Mencari Redha Ilahi


12 Mac 2024

6 Cara Supaya Tidak Ditimpa Ketakutan & Kesedihanp

 [6 Cara Supaya Tidak Ditimpa Ketakutan dan Kesedihan: Ibrah Ayat لا خوف عليهم ولا هم يحزنون dalam Surah al-Baqarah]


Terima kasih kepada Tadabbur Centre kerana membuka peluang untuk kami tadabbur ayat-ayat tentang لا خوف عليهم ولا هم يحزنون.


Selepas sesi pertama bersama Ustaz Syahmi Syazeril tadi tentang ayat 38 surah al-Baqarah, ia menyebabkan saya tidak boleh duduk diam. Saya cari dan terus mencari tentang ayat-ayat ini. Perasaan ingin tahu lebih dalam tentang ayat ini.


Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya, خوف merujuk kepada ketakutan apa yang akan berlaku di akhirat dan حزن pula merujuk kepada kesedihan terhadap apa yang menimpa di dunia.


Di dalam Surah al-Baqarah, kita akan mendapati ada 6 kali berulang ayat لا خوف عليهم ولا هم يحزنون. Ayat ini terkait rapat dengan emosi manusia iaitu emosi takut dan sedih.


Cuma persoalannya bagaimana cara untuk keluar atau berdamai dengan emosi ini mengikut petunjuk daripada ayat-ayat al-Quran? Apakah cara atau amalan yang perlu dibuat supaya kita tidak ditimpa ketakutan dan kesedihan.


Antara cara yang digariskan melalui ayat dalam surah al-Baqarah antaranya:


1- Mengikut petunjuk iaitu al-Quran.


{ قُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ مِنۡهَا جَمِيعٗاۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدٗى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }

[Surah Al-Baqarah: 38]


Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".


2- Beriman kepada Allah dan hari akhirat serta melakukan amal soleh


{ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلنَّصَٰرَىٰ وَٱلصَّٰبِـِٔينَ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }

[Surah Al-Baqarah: 62]


Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


3- Menyerahkan diri kepada Allah dan melakukan sebaik amal


{ بَلَىٰۚ مَنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَلَهُۥٓ أَجۡرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }

[Surah Al-Baqarah: 112]


(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


4- Membelanjakan harta dan tidak mengungkit pemberian


{ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ثُمَّ لَا يُتۡبِعُونَ مَآ أَنفَقُواْ مَنّٗا وَلَآ أَذٗى لَّهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }

[Surah Al-Baqarah: 262]


Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


5- Menginfakkan harta siang dan malam dalam keadaan sembunyi atau terbuka


{ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُم بِٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }

[Surah Al-Baqarah: 274]


Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.


6- Beriman, beramal soleh, mendirikan solat, tunaikan zakat


{ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ لَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }

[Surah Al-Baqarah: 277]


Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


Insyaallah menantikan sesi seterusnya esok untuk kupasan ayat kedua bertemakan لا خوف عليهم ولا هم يحزنون.


Semoga Allah sentiasa mengilhamkan idea dan refleksi yang lebih baik semasa kita tadabbur al-Quran pada bulan Ramadan ini.


Nik Fatma Amirah


#NFTadabburRamadan2024

10 Mac 2024

Ay Rayyan

AR- RAYYAN

Teringat peristiwa tangki minyak kereta saya, yang kering di dalam perjalanan. 

Indikator meter memberikan amaran baki minyak. Akan tetapi, saya tak endahkan, walaupun sedang melewati beberapa stesen minyak. 

Menyangka saya akan sampai di stesen minyak pilihan hati. Akhirnya, saya terkandas, akibat kedegilan sendiri. 

Di rumah, kita tahu baki keperluan dapur. Kita tak mahu susah payah, kehabisan stok di saat sedang memasak. 

Sebelum beras, garam atau gula kehabisan, kita  bersiap sedia membeli, membuat persediaan. 

Bayangkan kita diberitahu oleh seorang doktor, penyakit kritikal kita semakin parah. Anggaran usia, hanya boleh bertahan beberapa bulan saja. 

Apa perasaan kita? Pasti sedih dan sukar untuk menerima ujian berat ini. 

Sesedih apa pun, kita mula tersedar untuk siapkan diri dengan bekalan amalan kebaikan, sebelum bertemu Tuhan. 

Tanyalah kepada sesiapa saja yang waras, pasti akan tahu usia mereka sekarang. Akan tetapi, baki umur adalah rahsia Tuhan. 

Baki usia kita di dalam genggaman, Al-Muhyi Yang Maha Menghidupkan, dan Al-Mumit Yang Maha Mematikan. 

Kita tak mungkin hidup tanpa kehendak Allah. Dan tiada kesulitan untuk Allah mematikan kita, walaupun satu saat.

Firman Allah SWT:
 
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan² yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. 

Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.”   
(Surah al-Baqarah:185)

Mengikut Imam al-Qurtubi, kalimah Ramadan berasal dari kata akar (رمض), yang bermaksud kepanasan yang dilalui oleh orang² berpuasa. Seolah-olah kepanasan itu akan membakar dosa² manusia, dengan amalan soleh mereka.  

Maka, marilah kita gunakan peluang umur yang berbaki, di bulan Ramadan tahun ini.  

Moga dengan bertambahnya ibadah, dapat menghapuskan segala dosa² kita. 

Ketika kita merasa penat seharian bekerja, dan berlapar berdahaga, pujuklah diri dengan keistimewaan luar biasa yang dijanjikan Tuhan. 

Bulan yang dipilih oleh Allah untuk diturunkan al-Quran, yang penuh keberkatan. 

Bulan yang dijanjikan keampunan dan ar-Rayyan, salah satu pintu di syurga, khusus untuk orang² ikhlas berpuasa.

Semoga Allah berikan kita kesihatan yang baik, untuk bersungguh menjalankan ketaatan kepada-Nya. 

Agar setiap hari kita, dipenuhi dengan bacaan al-Quran sambil merenung pesanan Tuhan.
 
Dengan penuh harap, agar Allah merahmati kita  sebagai "VIP istimewa," yang layak memasuki pintu ar-Rayyan di akhirat nanti. 

Semoga setiap usaha dan amalan kita diterima-Nya dengan penuh rahmat dan ampunan. 🤲
                         والله أعلم

#ramadan2024

Sabar

 Sabar seorang Yusuf (A.S) adalah sabar yang proaktif, sabar yang membuat beliau bertumbuh, bukan sabar yang membuat beliau melumpuh. Sabar yang meneguh, bukan sabar yg merapuh. Plot demi plot yang terbentang bukan SEKADAR cerita tentang suasana. 


Tetapi ianya adalah cerita yang MENUNJUKKAN PROSES. Ramai antara kita berada dalam proses yang sama. Dalam proses ini - ada pilihan yang terbentang. Sekali lagi, surah Yusuf mengajar kita tentang bagaimana MEMILIH PERSPEKTIF lantas BERSIFAT DECISIVE berlandaskan persepektif yang telah dipilih. Ini level juara, bukan level biasa-biasa. Nampak tulisan yang ditulis ini mungkin biasa-biasa, tetapi apabila dibentangkan faktanya daripada Al Quran, pasti kita ternganga. 


Memahami definisi sabar dari surah Yusuf akan menjadikan kita sosok yang fokus kepada wawasan akhirat. Akan menjadikan kita sosok yang SENYUM dan bahagia dalam sabar. Sosok yang MENIKMATI APA ITU SABAR. 


Sabar yang dinikmati adalah sabar yang akan tertulis sebagai ibadah, ianya sama sekali bukan sabar yang terjadi kerana mengalah atau hasil dari avoidant personality. Ya, anda baca dengan betul; “avoidant personality.” 


Bolehkah manusia depressed kerana bersabar? 


Jika dilihat dari konteks syarak; tidak. Sabar bukan punca depression, tetapi pendam - ya. Untuk sebahagian situasi, ada persamaan antara SABAR dan PENDAM. Tetapi pada makna yang lebih mendalam - kesan dan pelaksananaan keduanya adalah jauh berbeza. 


Apakah sabar membuatkan kita tidak bersedih dan sentiasa ceria? Tidak. 


Sabar bukan bermakna kita dismiss perasaan sedih atau perasaan itu sama sekali tidak wujud. Tetapi, sabar itu adalah sebuah emosi yang konstruktif dan DIREKTIF - iaitu sejenis sabar yang memang pasti “mengarahkan” jiwa kepada ALLAH. 


Kembali kepada ALLAH sebagai satu jalan transformasi diri. Di sini constant growth akan berlaku bagi orang yang bersabar dengan jalan yang benar dan akhirnya - berakhir di puncak kehidupan sebagai sosok penuh pengalaman, manfaat dan pengaruh iman ke atas orang lain. 


Banyak ayat Quran cerita tentang sabar. Hal ehwal sabar yang kita fahami tidaklah sebatas berdiam diri atau merelakan semua terjadi kerana kita “helpless”. Ia berbeza dengan definisi sabar yang Al Quran ajar. 


Jika definisi sabar kita adalah melahirkan orang yang layu, ini tidak benar. Sabar dalam Islam melahirkan karakter pahlawan. Sabar itu bukan sekadar pada iman atau berdiamnya tindakan, tetapi adalah pada pemikiran dan perspektif dalam memahami hikmah di sebalik kejadian. 


Apa yang ditulis ini bukanlah kata-kata kosong melainkan semuanya ada di balik Surah Yusuf. 


Jemput ke seminar Surah Yusuf untuk ketahui lebih mendalam. InshaALLAH, bukan kupasan Google atau dari buku sedia ada. 


Dengan izin dan bantuan ALLAH semata, saya akan berusaha sampaikan dalam bentuk yang relatable sehingga anda akan jatuh cinta dengan surah ini dan memandang erti sabar dan kehidupan tidak lagi seperti biasa, kerana ayat-ayat ALLAH itu sentiasa luar biasa. Saya sekadar penyampainya sahaja. InshaALLAH.

Tentang Berdoa



TENTANG BERDOA

Ustaz Syaari Ab Rahman


"Al Fatihah bukan sekadar surah.


Ia adalah doa.


Maka setiap kali kita membaca 7 ayat ini semasa qiyam (berdiri) di dalam solat;


IA ADALAH PERMINTAAN HAMBA KEPADA TUHANNYA.


“Ya Allah, saya mohon pertolongan-Mu. Saya ini, banyak benar masalah,”


Ramai orang tidak menyedari surah Al Fatihah tidak hanya sebagai ayat Al Quran, tetapi Allah bantu dan beri panduan bagaimana bertertib dengan Dia.


Tidak ada sesiapa masuk ke istana terus memohon kepada Raja;


“Tuanku, bantulah saya!”                       


Tak boleh begitu. Bukankah istana ada senarai protokol yang perlu dipatuhi?


Sebelum memohon, terlebih dahulu raja itu perlu dipuji-puji.


“Apa istimewanya kamu untuk Aku segerakan permohonanmu, sedang Aku sendiri tak pernah ada dalam hidup kamu?” (buk!)


Lalu Allah bimbing, andai mahu doa mustajab, maka inilah yang perlu dipatuhi;


Puji Allah, kemudian baru minta tolong.


Alhamdulillahi robbil alamin.


Puji lagi; Ar Rahmani Rahim.


Puji lagi; Maliki yau middin.


Apabila selesai memuji, barulah panjangkan permohonan.


Ini kata laluan untuk ‘masuk ke dalam istana’. Sering kali kita berkehendakkan sesuatu daripadaNya, tanpa silu kita terus meminta. Adab langsung tiada. Seolah-olah tak kenal siapa itu Allah. Dia hanya dicari semasa dalam masalah. Apabila sudah senang, terus Dia kita lupakan (nauzubillah).


Agama ini, terasnya adalah solat. Sesiapa yang memelihara solat, inshaAllah agamanya terpelihara.


Dan teras solat, adalah AL FATIHAH.


‘Mohonlah pertolongan daripada Allah dengan SABAR dan SOLAT’.


Apa maksud sabar? Kenapa sabar yang disebut dahulu?


Kerana dalam solat, ramai yang tak sabar.


Dalam solat, dibacanya Al Fatihah sekadar baca. Dia tidak sabar untuk memahami setiap ayat, hanya mahu mengejar salam sahaja.


Maka, jika mahu permintaan dimakbulkan, dalam solat perlu ada unsur SABAR. Dalam solat, jangan tergesa-gesa. JANGAN BERSOLAT HANYA KERANA IA ADALAH KEWAJIPAN. Kita solat kerana mahu minta tolong.


Sebab itu, kalau ada kesempatan solat sunat; BACA AL FATIHAH PERLAHAN-LAHAN seolah-olah itu skrip yang Allah beri.


PATUHI SKRIP INI, IA ADALAH RAHSIA UNTUK 7 PETALA LANGIT MENERIMA PERMINTAANMU DAN IA DIPERKENANKAN ALLAH.


***


Ada 3 tips/rukun untuk doa mustajab.


1.Puji Allah dahulu.


“Ya Allah, Dikau Maha Pengasih, Maha Penyayang; apa sahaja masalah yang sedang aku hadapi adalah perkara baik yang datang daripadaMu. Aku takkan bersangka buruk padaMu, wahai Allah,”


Jangan buruk sangka pada Dia semasa kita menghadapi cabaran hidup.


2. Kita memohon HANYA pada Allah.


3. Yang terakhir ini ramai terlepas pandang;


Andai doa ini mustajab, KITA AKAN GUNAKAN IA UNTUK APA?


Misalnya kita mohon rezeki anak, sudah bertahun-tahun kahwin belum memiliki anak, lalu kita ikut langkah di atas.


”Segala puji bagiMu, Allah. Pasti ada sebab mengapa Dikau belum mengurniakan kami anak. Kurniakanlah kami anak, wahai Allah,”


Doa sungguh-sungguh, angkat tangan betul-betul. Tanda orang tak bersungguh, mengangkat tangan pun dia enggan. Letak atas kepala lutut saja.


Dan yang ketiga kena sebut;


 ‘Aku perlu anak ini, untuk tujuan apa?’


‘Aku mahu wang yang banyak, untuk buat apa?’


Belajar daripada Nabi Zakaria;


“Ya Allah, aku mahukan anak. Tapi bukanlah aku mahukannya hanya kerana iri orang lain semua ada. Aku mahukan anak kerana dia diperlukan untuk membantuku mengajar Taurat kepada Bani Israel,”


Baginda kaitkan permohonannya dengan agama.


Begitulah ibrah daripada surah Al Fatihah. Biar apa pun yang kita minta, di hujungnya ia perlu membuatkan kita untuk terus komited di jalan yang lurus.


‘Ya Allah, aku memohon kesihatan daripadaMu. Mudah-mudahan dengan tubuh yang sihat, ibadahku akan bertambah banyak dan khusyuk’.


‘Allah Tuhanku, kelihatannya rezekiku agak tertahan pada bulan ini. Banyak benar wang yang keluar. Limpah ruahkanlah rezeki dari arah yang tidak aku duga, wahai Allah. Dan aku berjanji, dengan rezeki ini, aku akan bersedekah setiap Jumaat sebanyak rm10’.


Pastikan apa yang Allah beri, kita pulangkan kembali untuk kepentingan agama.


Ada orang minta wang daripada Allah, tapi terlupa dia pada rukun yang ketiga.


Allah beri dia harta, tetapi dia bertukar diri menjadi Qarun.


Qarun itu diberikan Allah apa saja yang dia minta, namun oleh sebab tiada rukun yang ketiga; pertambahan kekayaannya menyebabkan dia semakin lalai, menunjuk-nunjuk malahan khianat pula kepada Nabi Musa dan bani Israel.


Akhirnya, dia mati dalam keadaan suul khotimah.


**


Kita pula hari ini, mahukan anak anak cemerlang dalam peperiksaaan.


Tanya semula diri sendiri, ‘kenapa berharap benar untuk anak cemerlang?’


Pastikan ia terkait kembali pada agama,"


#OlahanVideoWaridahLothpi

Pelan tadabur alquran

 BismilLah..

Dalam Seminar Ramadan (SINAR) Siri 1.0, Ustaz Syaari Ab Rahman telah berkongsi tentang:


🎯(i) ‘Ring composition’ dalam surah al-Baqarah;

🎯(ii) ‘Ring composition’ bagi ayat 185 surah al-Baqarah (satu-satunya ayat yang menyebut kalimah Ramadan dalam al-Quran); dan

🎯(iii) Langkah-langkah untuk berinteraksi dengan al-Quran, terutamanya dalam bulan Ramadan:

=====

🧠8 STEPS FOR MEANINGFUL INTERACTION AND “TADABBUR” ON THE QURAN DURING THIS RAMADAN:


🌱1. R - RECITE the Quran with proper Tajweed and melodious recitation to enhance your spiritual experience with these words of God. (75:16-19)

= Berusahalah untuk membaca al-Quran dengan bacaan yang baik, betul sebutan makhrajnya & tertunai semua hak hurufnya.


🌱2. A - ABSORB the basic meaning of each ayah or have a good reference from any tafsir when dealing with seemingly 'complicated' ayah. (3:7)

= Bacalah tafsir yang ringkas sebelum sesuatu ayat itu ditadabbur.


🌱3. M - MEDITATE on the historical context of revelation, visualizing the time and circumstances of Prophet Muhammad SAW or his companions for deeper understanding. (25:33)

= Sentiasa bertanya soalan, "bilakah & bagaimanakan situasi / keadaan Nabi SAW & para sahabat ketika ayat al-Quran ini diturunkan?" agar pemahaman tentang ayat lebih mendalam.


🌱4. A - ANALYZE selected Quranic verses with a critical mind and heart, seeking profound insights and wisdoms that resonate with your life. (47:24)

= Tadabbur ayat al-Quran dengan minda & hati yang mahu mencari hikmah & peringatan yang dekat dengan pengalaman & kehidupan kita sendiri.


🌱5. D - DISCUSS with your groups or find colleagues, fostering diverse perspectives to enrich your understanding about an ayah or surah. (34:46)

= Berbincang dengan kumpulan & sahabat untuk mendapat perspektif yang pelbagai tentang sesuatu ayat al-Quran agar dapat membantu menambah kefahaman.


🌱6. H - HAVE TIME to engage with lectures from scholars or asatizah in the field of linguistics and tafsir to grasp the nuances of Quranic Arabic and intertextual (tanasub) references. (4:82)

= Peruntukkan masa untuk mendalami bahasa Arab Quran & ilmu tanasub dengan merujuk / menghadiri kuliah yang berkaitan sebagai rujukan.


🌱7. A - ACQUIRE multidisciplinary knowledge and documentaries related to the Quran, ranging from sciences to history, to appreciate its comprehensive wisdom. In Quran, a word is a world ! (31:27)

= Pelajari kepelbagaian disiplin ilmu ketika membaca ayat-ayat Allah.


🌱8. N - NURTURE the power of memorization and recitation, embedding the verses in your heart, and implementing it in your nightly prayers and reflections. (54:17, 22, 32, 40)

= Berusaha untuk menghafal ayat-ayat al-Quran agar dapat melihat apa yang ada di sekeliling kita dengan cara yang Tuhan mahu (Quranic lens / Quranic perspective).

======

Firman Allah:


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۢ  وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ  إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ ١٨


Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (Al-Hashr : 18)

....


Moga RAMADAN yang bakal kita lalui nanti 

menjadi lebih bermakna dengan bekalan AL-QURAN di jiwa, 

agar kita dapat menjadi hamba Allah 

yang sentiasa bersyukur & bertaqwa.


WalLahu a'lam wa BarakalLahufiikum 🌹


.:SyafiniRomli:.

10 Mac 2024

29 Syaaban 1445H


Telegram: PujukHatiDenganAlQuran

https://t.me/PujukHatiDenganAlQuran


#notasyafini

#damaidenganalquran

#SINAR #SeminarRamadan

#AlMukhbitun

Pelan pengajian anakhafiz

 PELAN PENGAJIAN ANAK HAFIZ


Ramai tanya saya, apa nak buat bila kita berminat sangat nak masukkan anak ke full tahfiz tapi masalahnya keluarga tak setuju. Lagi lah bila yang tak setuju tu adalah si suami.


Macamana nak yakinkan mereka ?


Caranya, kita "bentangkan" Pelan Pendidikan anak dari umur sekarang hingga umur anak keluar dari  universiti supaya mereka tahu yang masuk ke madrasah full tahfiz tak bermakna anak takde masa depan yang lebih cemerlang dalam kerjayanya...malah dia boleh jadi lebih baik dari orang lain..sebab di dadanya ada 30 juzuk Al Quran. InsyaAllah.


Sebab apa lebih baik?


Sebab, kalau nanti dia jadi engineer, dia engineer yang hafiz


Kalau doktor, doktor yang hafiz


Kalau lawyer, kaunselor, pakar ekonomi...juga yang ada title Al Hafiz.


Tapi ini bukan title Al Hafiz yang biasa-biasa. Ini Al Hafiz yang HAFAZ 30 juzuk dan INGAT 30 juzuk. Al Hafiz jenis ini kebiasaannya mampu dilahirkan di madrasah-madrasah full tahfiz yang tiada akademik.


Baiklah. Apa yang perlu dibentang pada mereka ?


PELAN PENDIDIKAN ANAK


▪️Umur 4 hingga 6 tahun

Anak mula diajar Al Quran bermula dari Iqra. Sebaiknya ibu ayah ajar sendiri di rumah supaya anak cepat khatam. Usahakan anak khatam Al Quran seawal 6 tahun supaya semasa di darjah 1 anak sudah boleh mula diajar menghafal juzuk 30 dengan hukum bacaan yang betul.


Dari segi pemilihan tadika, pilih yang ada sistem Cepat Membaca supaya anak dah kuasai 3M bila naik ke darjah 1 nanti. 


▪️Umur 7 - 10 

Daftarkan anak di sekolah integrasi tahfiz supaya pergaulannya lebih terjaga. Integrasi Tahfiz = sekolah yang ada subjek Hafazan. Jika kawasan kita tiada sekolah integrasi, boleh aje daftarkan di sekolah kerajaaan biasa. Cuma pemantauan ibubapa kena lebih dari segi pemakaian, pergaulan anak dan aktiviti2 sekolah yang anak boleh dan tak boleh sertai.


▪️Umur 11 hingga 15

Daftar ke madrasah full tahfiz. 

Targetkan anak habis hafaz selewatnya dalam masa 3 tahun. Tapi jangan terkejut kalau ada yang habiskan hafaz 30juzuk dalam masa 4-5 tahun lebih-lebih lagi kalau anaknya perempuan sebab isu haid. Bayangkan kalau haidnya 15hari, kiranya dalam sebulan menghafal hanya 15 hari yang berbaki. 


Masa daftar ke madrasah tahfiz ni, pastikan anak sudah menguasai tajwid dengan baik supaya anak cepat layak ke Kelas Hafazan. Jika anak masuk ke madrasah dengan tajwid yang longgar, anak akan lama di Kelas Nazirah (kelas asas al quran). Bila lama di kelas Nazirah, maka terjejaslah target masa hafazan anak...terjejas jugalah pelan yang telah kita rancang.


▪️Umur 15 dan 16

Ini biasanya umur untuk anak berada di Program Syahadah yang akan berlangsung selama 12 bulan setelah khatam 30 juzuk. Program ini sangat penting buat para huffaz supaya hafalan mereka lebih mantap dan supaya mereka nanti keluar sebagai huffaz yang ingat 30 juzuk.


▪️Umur 16 dan 17

Jika anak tamat hafaz seperti yang dirancang, masa anak umur 16 tahun, daftarkan anak ke Tingkatan 4. Semasa umur 17, anak mengambil SPM. Hanya perlu ke PPD berdekatan untuk dapatkan surat penempatan ke Tingkatan 4 di sekolah yang dipilih.  


Di sekitar Johor, terdapat 4 buah sekolah menengah yang menyediakan Fast Track SPM untuk pelajar-pelajar tahfiz berusia antara 17-18 tahun (Program Intervensi Tahfiz) - belajar 1 tahun di tingkatan 5.


i. SMK Bekok, Segamat

Pautan permohonan: https://cutt.ly/RTWtQOo


ii. SMK Benut, Pontian

Pautan permohonan: https://forms.gle/Lk1hkrzXn7tJoxqH8


iii. SMK Simpang Renggam, Kluang

Pautan permohonan: https://forms.gle/Dvd7FgJbyeR18sAZ7


Namun suka diingatkan, mata pelajaran di sekolah-sekolah ini mengikut mata pelajaran di sekolah biasa iaitu TIADA Bahasa Arab/Al Quran Wa Sunnah/Syariah Islamiah. Kiranya sekolah-sekolah sebegini sesuai untuk pelajar yang tidak berminat untuk mengikuti pengajian agama di peringkat STPM/Universiti. 


Bagi ibu ayah yang berkemampuan, saya suka mencadangkan untuk ibu ayah tempatkan anak hafiz ini di sekolah-sekolah integrasi under Ikram Musleh kerana pergaulan dan adab pelajar-pelajar di sana lebih terjaga. 


Senarai sekolah Ikram Musleh boleh klik sini : https://musleh.edu.my/


Anak sulung saya berdaftar di sekolah under Ikram Musleh ni ketika dia berusia 17 tahun (masuk Form 4).


Tapi jika anak tamat hafaz/syahadah agak lewat boleh terus daftarkan untuk Fast Track SPM sama ada di, 


1. Akademi Lembah Ilmu (selangor) : https://www.lembahilmu.my/


2. KUIM Melaka : http://www.kuim.edu.my/pusatislam/index.php/ms/ketua-pusat-islam-as-syafie-kuim/19-program-tahfiz-bestari-persediaan-spm


3. UNISEL : https://www.smarttahfiz.edu.my/


Tempat-tempat ini insyaAllah sesuai untuk anak hafiz kita yang berusia 18 tahun ke atas kerana menyediakan pengajian dengan suasana kolej.


Satu lagi sekolah menengah islam swasta di Johor yang menyediakan fast track SPM dan dalam masa yang sama menitikberatkan pengulangan hafazan adalah Sekolah Menengah Islam At Tanwiriah, Muar, Johor (bayaran rm600 termasuk asrama).


Anak perempuan saya yang kedua selepas tamat syahadah insyaAllah mengambil Fast Track SPM nya di sini ketika berusia 17 tahun (daftar 2024)


Pun begitu, jika ibu ayah risaukan pergaulan mereka, boleh aje tempatkan mereka di fast track tahfiz yang disediakan oleh madrasah seperti kalau di Johor,

1. Madrasah An Nur, Muar

2. Madrasah Al Jauhar, Kota Tinggi (lelaki sahaja)


Atas alasan ini lah, anak perlu ke madrasah tahfiz seawal 11 tahun, bukannya tunggu dia tamat darjah 6 supaya anak dapat khatam awal, dapat sudahkan syahadah tahfiz dahulu sebelum menduduki SPM.


▪️Selepas SPM Nak Sambung Ke Mana?


Ada beberapa pilihan


✔Universiti Malaya / UIA / KUIS dll - memohon ke program Asasi Agama

✔Universiti Sains Islam Malaysia - memohon ke program Tamhidi Syariah dan Undang-undang

✔Universiti Awam/Swasta - program matrikulasi dan diploma

✔Universiti Madinah/Mesir/Jordan - bidang Pendidikan Islam, Qiraat, Farmasi, Perubatan, Pergigian.


PERMOHONAN KE UNI ISLAM MADINAH AL MUNAWWARAH 

http://www.abuanasmadani.com/wp-content/uploads/2012/11/Maklumat-dan-Syarat-Permohonan-Belajar-Di-Universiti-Islam-Madinahbaru-1.pdf


PERMOHONAN KE MESIR/JORDAN

https://www.infoupu.com/permohonan-pengajian-timur-tengah/


Jika anak tidak mahu mengambil program asasi/diploma/ke luar negara, untuk pilihan bidang ijazah yang lebih luas, anak boleh mengambil STPM Tahfiz sebelum memilih pelbagai program ijazah sarjana muda di universiti tempatan.


Senarai pusat tingkatan enam yang menawarkan STPM aliran tahfiz.👇

1. SMK Agama Putrajaya

2. SMK Agama Kedah

3. SMK Agama Kerian

4. SMK Agama Maahad Muar

5. SMK Agama Tok Bachok

6. SMK Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail

7.SMK Agama Kota Kinabalu

8 SM Imtiaz YT Kemaman

9.SMK Agama Sheikh Hj. Othman Abd Wahab, Kuching


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun.

2. Lulus peperiksaan SPM

3. Minimum C Pendidikan Islam/ Pendidikan Syari'ah  Islamiah/ Pendidikan  al-Quran  dan al-Sunnah

4. Minimum C Bahasa Arab 

6. Telah menghafaz minimum 7 juzuk.


Jadi, jika kita merancang untuk anak ambil STPM Tahfiz, pastikan masa di peringkat SPM, anak mengambil senarai mata pelajaran yang diperlukan seperti di atas. 


PERMOHONAN KE TINGKATAN ENAM (STPM) ALIRAN TAHFIZ 

https://www.permohonan.my/permohonan-tingkatan-6-tahfiz-kpm/


Selesai ijazah sarjana muda, anak juga boleh menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan PhD jika berminat menjadi pakar akademik.


Bayangkan setelah kita menerangkan Pelan Pendidikan yang se-detail ini....adakah pasangan atau keluarga kita masih tegar berkata tidak setuju ?😅


Semoga penulisan ni dapat membantu ibu ayah merancang yang terbaik untuk anak masing-masing😊


Kalau ada apa2 persoalan atau penambahan ilmu/info, saya alu-alukan untuk tulis di ruangan komen.


CikguShainiRazali

Page Aku & Tahfiz

Tadabbur Ayat 14 Surah Al-Baqarah

 Assalamu’alaikum wa rahmatullahi. Di sini dikongsikan penerangan tadabbur ayat 14 surah 2: al - Baqarah oleh Ustaz Abd Muein Abd Rahman.


Berikut ialah transliterasi dan makna ayat 14 Surah 2: al – Baqarah.


Transliterasi dan makna ayat 14 Surah 2 : al - Baqarah

(Mohon dibaca sambil merujuk al- Quran agar sebutan bacaan tepat. Jazakumullahu khairan)


a’uzu = Aku berlindung

bi = dengan

Allahi = Allah

min = daripada

asy- syaitani = syaitan

ar-rajimi = yang direjam.


wa = Dan 

iza = apabila

laqu = mereka telah bertemu (dengan)

allazina = orang-orang yang

amanu = beriman

qalu = mereka telah berkata,

amanna = ‘Kami telah beriman.’

wa = Dan 

iza = apabila

khalau = mereka telah bersendirian

ila = dengan

syayatini = syaitan-syaitan

him = mereka,

qalu = mereka telah berkata,

inna = ‘Sesungguhnya kami

ma’a = bersama (sependirian dengan)

kum = kamu semua,

innama = hanyalah

nahnu = kami

mustahzi-una = orang-orang yang berolok-olok.’ (14)


Dalam ayat 13, disebut orang munafik mengatakan orang beriman bodoh tetapi dalam ayat 14 disebut apabila orang munafik bertemu dengan orang beriman, mereka mengaku beriman disebabkan mereka ada penyakit takut kepada manusia. 


Penyakit paling merbahaya ialah takut kepada manusia tetapi tidak takut kepada Allah. 


Dan apabila orang munafik kembali kepada syaitan- syaitan mereka iaitu orang- orang kafir, mereka mengatakan mereka hanya berpura-pura beriman.


Syaitan ialah sifat, bukan makhluk.


Perkataan ‘syaitan’ berasal daripada perkataan ‘syatuna’ maknanya ‘ba’uda’ iaitu telah jauh. 


‘Ba’idun’ atau ‘syaitan’ ialah orang atau makhluk yang telah jauh. 


Jom kita perhatikan maksud ayat berikut yang jelas menunjukkan bahawa syaitan bukanlah makhluk tetapi sifat.


Dan seperti itulah Kami telah menjadikan bagi setiap Nabi itu suatu musuh, syaitan -syaitan (daripada jenis) manusia dan (daripada jenis) jin.

- ayat 112 surah 6: al- An’am.


Orang yang mengajak kepada kemungkaran ialah syaitan dan menjadi musuh kita. (walau pun kawan atau suami kita)


Sifat tercela orang munafik ialah mereka tiada pendirian.


Sama-samalah kita perhatikan maksud ayat berikut.


Tiada pendirian antara yang demikian itu (iman atau kafir), tidak kepada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak kepada golongan itu (orang-orang kafir).

- ayat 143 Surah 4: an-Nisa’.


Punca mereka tiada pendirian ialah mereka mencari redha manusia. Mereka juga berpihak kepada sesiapa yang boleh menguntungkan mereka dari segi material seperti tersebut dalam ayat berikut.


Dan daripada kalangan mereka ada orang yang mencela kamu tentang (pembahagian) zakat.

Maka jika mereka telah diberikan sebahagian daripadanya, mereka berpuas hati.

Dan jika tidak mereka diberikan sebahagian daripadanya, kemudian mereka menjadi marah. 

- ayat 58 Surah 9 : at- Taubah.


Jom kita perhatikan maksud hadith berikut pula.


Daripada Abu Hurairah ra, beliau berkata bahawa Nabi saw bersabda:

Celakalah hamba dinar dan dirham dan qatifah dan khamishah. 

Jika dia diberikan (benda-benda tersebut) dia berpuas hati, tetapi jika tidak diberikan, dia tidak berpuas hati.

- Hadith riwayat Bukhari no. 2886. Kitab 56 (Jihad), Bab 70.


Dalam hadith di atas, Nabi saw mencela orang yang menyembah selain daripada Allah tetapi bukan dalam bentuk berhala iaitu menjadi hamba wang dan pakaian mewah.


Ada juga orang yang menjadi hamba rumah, asyik kemas rumah sampai tak sempat nak lakukan amalan soleh. Atau pun menjadi hamba kereta, hamba pinggan-mangkuk, hamba telefon, hamba barangan antik, dsb

Sinopsis

 Apa jua sinopsis surah atau sinopsis juzuk al-Quran yang sampai ke tangan kita, dalam apa bahasa pun, dengan apa pendekatan penulisan pun, maka manfaatkanlah sebaik mungkin. Namun masuklah sendiri ke dalam al-Quran itu, membacanya setiap ayat Tuhan itu dengan perlahan-lahan, merenung terjemahan dan tafsirannya, mengembaralah ke dalam alam al-Quran dengan penuh tanda tanya, seolah-olah kita tidak pernah membaca apa-apa sinopsis pun sebelum ini, benar-benar mengharapkan petunjuk Tuhan sepenuhnya untuk meneruskan kehidupan, kita tundukkan hati dan emosi kita sepenuhnya pada apa jua yang bakal Tuhan firmankan pada kita, bersedia untuk melakukan apa sahaja yang Tuhan sampaikan kepada kita untuk bertindak demi mengecapi makna sebenar bahagia dari Pencipta bahagia.

04 Mac 2024

Al Fatihah Ayat 7

Ttadabbur ayat 7 surah al- Fatihah bahagian 2 


Apakah pula yang dimaksudkan ‘nikmat yang Allah berikan’ kepada mereka?


Sama-samalah kita perhatikan maksud ayat berikut.


Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian.

Dan Aku telah cukupkan (lengkapkan) ke atas kalian nikmatKu.

Dan telah Aku redhai untuk kalian Islam itu (sebagai) agama. 

- ayat 3 Surah 5 : al- Ma-idah.


Nikmat Allah ialah agama Islam yang telah Allah lengkapkan pada waktu Rasulullah saw masih hidup. Bukan Islam yang ditokok- tambah selepas itu, yang tidak berasaskan dalil al-Quran atau sunnah. Islam yang ditokok- tambah tidak Allah terima atau redha.


Antara ciri yang paling jelas pada golongan yang Allah telah berikan nikmat ialah mereka berilmu dan beramal dengannya.


Golongan orang-orang yang dimurkai ke atas mereka ialah orang-orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengannya.


Contoh paling ketara ialah orang-orang Yahudi yang ada kitab Taurat tetapi tidak beramal dengannya. Malah ada yang melampau dan menukar isi kandungan kitab Taurat. 


Dalam ayat di atas, Allah sandarkan ‘memberi nikmat’ kepadaNya. Ini bererti hanya Allah yang boleh memberi nikmat kepada kita.


Sedangkan dalam ayat yang sama, ‘dimurkai ke atas mereka’ tidak disandarkan kepada Allah.


Sama-samalah kita perhatikan maksud ayat- ayat berikut.


1. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati.

- ayat 159 Surah 2 : al- Baqarah.


Orang-orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengannya dilaknati oleh Allah dan semua makhluk. Laknat jauh lebih teruk daripada marah kerana laknat ialah jauh daripada rahmat Allah. Tanpa rahmat Allah, seseorang tidak mungkin masuk syurga.


2. Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu semua mengatakan apa yang tidak kamu semua kerjakan. Amat besar kebencian (kemurkaan) di sisi Allah bahawa kamu semua mengatakan apa yang tidak kamu semua kerjakan.

- ayat 2-3 Surah 61 : Ash-Shaf.


3. Apakah kalian menyuruh manusia dengan (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kalian melupakan diri kalian sendiri, padahal kalian membaca Al-Kitab (Taurat)?   Maka apakah tidak kalian berfikir?

- ayat 44 Surah 2 : al- Baqarah.


Terdapat sebuah kisah tentang seorang Yahudi yang menyuruh anaknya yang sedang nazak mengikut perintah Nabi saw mengucap dua kalimah syahadah sedangkan dia sendiri tidak beriman.


Kita, orang Islam, juga boleh termasuk dalam golongan yang dimurkai kalau kita tidak mengamalkan apa yang kita dah belajar.


Siapakah pula yang dikatakan golongan yang sesat?


Mereka adalah: 


1. orang-orang yang tidak berilmu tetapi beramal.


Mereka ini beramal tanpa dalil yang sahih tetapi mengikut adat atau berdasarkan ikut-ikutan.

Contohnya membaca surah al-Waqi’ah sebelum tidur untuk mencegah kefakiran.

(tidak ada dalil yang sahih).


2. orang-orang yang tidak berilmu dan tidak beramal.


Golongan yang sesat bukan saja orang Nasrani tetapi juga orang Islam yang beramal tanpa ilmu iaitu melakukan amal ibadah tanpa dalil yang sahih daripada al-Quran atau hadith. Juga termasuk dalam golongan ini ialah sesiapa saja yang tidak belajar dan tidak melakukan amal ibadah.

Amal Palsu

 Bayangkan. 

Sudah bertahun-tahun memiliki emas. 

Tiba suatu ketika, perlu menggadaikannya kerana terdesak. 


Bila tiba di kedai emas, semua emas yang ada diperiksa, lalu dijawab.


"Maaf. Kami tak boleh timbang emas ni. Tiada nilai. Sebab emas palsu." 


"Aik.."


Jika situasi tersebut berlaku pada anda, rasa macam mana? 

Kecewa sungguh-sungguh. 

Bila sesuatu yang selama ni dianggap berharga, tiba-tiba baru tahu rupanya tiada nilai sehinggakan tidak dapat ditimbang. 


Akhirat kelak, di timbangan mizan, akan berlaku fenomena amal yang selama ini dianggap bernilai, rupa-rupanya hanya debu. Tiada nilai. Tidak ditimbang. 


=====

 قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِینَ أَعۡمَـٰلًا (103) ٱلَّذِینَ ضَلَّ سَعۡیُهُمۡ فِی ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا وَهُمۡ یَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ یُحۡسِنُونَ صُنۡعًا (104) أُو۟لَـٰۤىِٕكَ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ بِـَٔایَـٰتِ رَبِّهِمۡ وَلِقَاۤىِٕهِۦ فَحَبِطَتۡ أَعۡمَـٰلُهُمۡ فَلَا نُقِیمُ لَهُمۡ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِ وَزۡنࣰا (105) 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

[Surah Al-Kahf: 103-105]

=====


Bukan emas sahaja yang palsu.

Rupa-rupanya, amal palsu juga wujud. 


Kalimah صُنۡعًا dalam ayat tersebut merujuk pekerjaan yang dilakukan dengan perancangan rapi, penuh kemahiran. Bukan perbuatan biasa-biasa. Suatu pekerjaan yang mengerah harta, tenaga & masa. 


Tapi, pekerjaan tersebut sia-sia

 Tidak dinilai di sisi Allah SWT.


Kenapa sia-sia? 

Salah satunya mungkin si pelaku membuat sekecil-kecil zarah perbuatan yang menghapuskan amal. 


======

{ فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَیۡرࣰا یَرَهُۥ (7) وَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةࣲ شَرࣰّا یَرَهُۥ (8) }

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


[Surah Az-Zalzalah: 7-8]

=====


Walau sebagus apapun amal. 

Andai terselit sekecil-kecil zarah perbuatan penghapus amal (riak, ujub, manna wal aza etc), apa yang dilakukan bernilai kosong. 


Dah sedekah, tolong orang, tapi ungkit & sakitkan hati si penerima sedekah...

Habis. 


Dah penat-penat bangun solat tahajjud, pada sebelah paginya, khabarkan pada kawan-kawan sepejabat sebab mahu dilihat "soleh"...

Habis.


Dah bayar zakat, dah pergi haji, kemudian upload di media sosial dengan niat orang memuji dan bercakap-cakap akan ke"soleh"an diri.

Habis. 


Ketika belajar ayat-ayat ini dalam sesi #TAMAR2024 semalam, memang rasa gerun. 


Peliharalah amal.

Pelajarilah Al-Quran, 

Belajarlah ilmu agama. 

Agar setiap pekerjaan & perbuatan punyai nilai di sisi Allah SWT. 


Jangan sampai hanya di akhirat, baru tersedar. 

Sedangkan saat itu, segalanya terlambat. 

Yang diharapkan syurga, rupa-rupanya perjalanan amal membawa ke neraka, naudzubillah.


=====

{ وَمَنۡ خَفَّتۡ مَوَٰزِينُهُۥ فَأُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ فِي جَهَنَّمَ خَٰلِدُونَ }


Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam neraka Jahannam -


[Surah Al-Muʾminūn: 103]

=====

Al-Baqarah Ayat 1


Transliterasi dan makna ayat 1 Surah 2 : al - Baqarah

  (Mohon dibaca sambil merujuk al- Quran 

agar sebutan bacaan tepat. Jazakumullahu khairan)


a’uzu = Aku berlindung

bi = dengan

Allahi = Allah

mina = daripada

asy- syaitani = syaitan

ar-rajimi = yang direjam.


bi = Dengan

ismi = nama

Allahi = Allah

ar-Rahmani = yang Maha Pemurah,

ar-Rahimi = yang Maha Penyayang.   


alif lam mim = alif lam mim (1)


Surah al- Baqarah ialah surah Madaniyah iaitu ia diturunkan selepas Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah tetapi ia adalah surah yang kedua dalam susunan al- Quran. Susunan sesuatu surah dalam al-Quran tidak menurut tertib ianya diturunkan kepada Nabi saw.


Begitu juga dengan surah al- Fatihah. Ia ialah surah pertama dalam susunan al- Quran sedangkan ayat-ayat yang pertama diwahyukan ialah ayat 1- 5 surah al-Alaq.


Ayat-ayat al-Quran diturunkan mengikut keperluan semasa berdasarkan peristiwa yang berlaku atau soalan yang ditanya.


Susunan surah-surah  yang ada dalam al- Quran adalah mengikut susunan yang telah ditetapkan di Lauh Mahfuz sebelum ayat-ayat al- Quran diturunkan.


Surah al-Baqarah ialah surah yang terpanjang dalam al-Quran. Jika surah ini dibaca di dalam rumah, syaitan akan lari (berdasarkan hadith sahih). Kenalah selalu dibaca bukan dibaca apabila baru masuk rumah saja. Mesti di baca oleh tuan rumah bukan oleh orang lain atau dipasangkan CD. Ianya berkesan jika di baca oleh orang yang bertakwa, yang mematuhi perintah Allah. Jika masih ada perkara lagha di dalam rumah tersebut, maka syaitan masih ada. Wallahua’lam.


Apakah makna ‘alif lam mim’ dalam ayat 1 surah 2 : al – Baqarah?


Ada 4 pendapat ulamak tentang makna ‘alif lam mim’.


1. Ia ada makna. 

Ada ulamak yang berpendapat ianya nama Allah dan ada yang berkata ianya nama surah. 

Pendapat ini tiada dalil, maka pendapat ini tertolak.


2. Ia ada makna tetapi Allah saja yang tahu maknanya. 

Pendapat ini tiada dalil, maka pendapat ini juga tertolak.


3. Ia tiada makna sebab ianya semata-mata huruf. 


Sama-samalah kita perhatikan maksud ayat-ayat berikut.


Alif Lam Ra. 

Itulah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas.

Sesungguhnya Kami, Kami telah menurunkannya berupa Al-Quran yang dibaca dalam bahasa Arab agar kalian memahami(nya). 

-  ayat 1- 2 Surah 12 : Yusuf.


Selari dengan ayat 2 Surah Yusuf di atas, huruf- huruf  ‘alif lam mim’ difahami walau pun ia tiada makna. Ia difahami sebagai huruf-huruf bahasa Arab.


Kenapakah Allah turunkan huruf-huruf yang tiada makna?  


Walaupun tiada makna, hikmahnya ada, bukan sia-sia. Tujuannya ialah untuk menzahirkan kehebatan al-Quran.


Kehebatannya ialah ia diturunkan dalam bahasa Arab, iaitu sama dengan bahasa dan huruf orang Quraisy. Apabila huruf dan bahasa sama, maka Allah mencabar orang Quraisy yang menuduh Nabi saw membuat al-Quran sendiri.


Allah mencabar orang Quraisy untuk membuat ayat al- Quran kerana mereka sepatutnya boleh membuat ayat al-Quran sebab al-Quran ialah dalam bahasa mereka. Namun mereka tidak dapat membuat satu ayat pun, walau pun bahasanya sama, sekali gus membuktikan al-Quran bukan cipataan Nabi saw tetapi ianya ialah daripada Allah.


Ini ialah pendapat Imam Mujahid, ahli tafsir terkenal zaman tabi’in.


4. Ulamak tak tahu samada ada makna atau tidak, mereka berserah kepada Allah.

17 Februari 2024

Mohd hilmi

Aku sedang belajar menerima utk tidak menerima
😂😂

3 Januari 2024

Kadang-kadang ada cikgu yang Allah hantar untuk belajar sesuatu yang wajib awak belajar. Belajar kemahiran 'menerima untuk menolak'. Tiada perkara yang lucupun jika ini keputusan terbaik dan ia benar.

Mohd Hilimi

Kerna pada hakikatnya
Diriku yg tergoda
Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terleka dibuai mesra
Pada cinta yg hampa


Norf

Tiada yang silap di sisi Tuhan
Semua takdir Allah tentukan
Insan terkadang tersadung juga
Tuhan tahu siapa kita
Hanya pahala dan dosa menjadi pemisah
Ampunan taubat dipohon dari Tuhan dan dirinya
Nantikan dia di syurga abadi.



06 Februari 2024

Perpisahan

 Hari ini menemui catatan kenangan 9.20 pagi 3 Oktober 2009. 14 Syawal 1430


Hari ini aku redha

Dengan Rahmatullah

Dia pergi meninggalkan aku

Biarpun ucapan maaf

Dulu di mahkamah sememangnya mudah pada pandangan insan tapi luka di hati berat ditanggung.

Siapa tahu hanya Allah Maha Alim.

Aku mencintai dia kerana Tuhan.

Alhamdulillah, aku berbahagia Rahmatullah, aku redha dia pergi jauh daripada aku kerana aku letakkan Allah di hati ini lebih dari segalanya. Alhamdulillah, aku tenang dengan Allah setiap detik dan ketika, insya Allah.


9.20 pagi.


3/10/2009


14 Syawal  1430 hijrah


25 Januari 2024

Agenda Merosakkan Agama

 Agenda tahrif yang merosakkan agama Islam dilakukan oleh musuh²nya sejak dahulu melalui pelbagai cara yang zahirnya kelihatan akademik.


Kisah² palsu agama dalam tafsir dan hadis bercampur aduk dengan Isrā'īliyyāt riwayat Ahli Kitab yang memeluk Islam. Kebatilan mereka ditapis oleh ulama² hadis yang menjaga kesahan sanad setiap riwayat yang disampaikan.


Fikrah² sesat dalam akidah oleh aliran Khawārij, Muktazilah, Murjiah, Shī'ah, Mujassimah, Taşawwuf Bātinī dsb yang menggunakan dalil al-Quran dan Sunnah dengan tafsiran yang menyeleweng. Firaq ḍāllah ini telah ditangkis oleh ulama² akidah ASWJ seperti Ashā'irah Mātūridiyyah dalam karya² mereka sepanjang zaman.


Kemudian golongan orientalis menggunakan kajian sejarah Islam (kajian dunia Timur) khususnya sirah Baginda SAW untuk memburukkan imej Islam secara tidak langsung. Digambarkan Islam sebagai agama peperangan, penghambaan, penindasan dan eksploitasi wanita untuk seks dan diskriminasi gender. Penyelewengan² fakta ini telah dijawab oleh pemikir² Islam di pusat pengajian tinggi sama ada di negara Islam atau di Barat sendiri.


Seterusnya, golongan sekularisme dan yang tersadung ke dalam jebak hitam ini seperti liberalisme menerobos masuk dalam epistimologi ilmu Islam khususnya syariah. Kesakralan syariah akan diruntuhkan melalui medium fiqh dan ijtihad yang dikuasai oleh sarjana hukum dan mujtahid sejak zaman berzaman. Liberalis akan memprojeksi syariah sebagai man made law atau hasil tangan manusia yang merubah ciptaan Allah, dengan fatwa² fiqhiyyah. Syariah dituduh mundur dan terkebelakang kerana dasar, prinsip dan norma Islaminya dituntuni oleh ulama yang mundur khususnya aliran tradisionalis (yang sering dijadikan mangsa belasahan liberalis dan modenis). Golongan ini sangat ingin mengemudikan stering fiqh dan ijtihad mengikut kaedah liberal mereka agar syariah kononnya akan lebih progresif dan berdaya. Namun kebatilan golongan ini telah tersekat dengan adanya para ulama muĥaqqiqīn yang mendapat kepercayaan ummah.


Yang terakhir ini paling menonjol sejak beberapa dekad yang memulakan usaha di negara Indonesia dengan kemunculan Jaringan Islam Liberal (JIL) yang didanai oleh The Asia Foundation dari tahun 2001-2005. Jaringan ini mempromosi pelbagai idea tentang pluralisme, Islam inklusif, modenisme dan ide pembebasan daripada apa yang mereka namakan "fikrah² yang menindas". 


Serpihan² idea gerakan ini telah mula menapak di Malaysia dengan berselindung di sebalik organisasi yang zahirnya menampilkan idea pembaharuan, progresif dan reformasi agama.


Namun, seperti biasa kita hanya akan sedari selepas semua itu menjadi barah yang sukar dirawat. Idea² ni biasanya mengambil kesempatan di sebalik pergeseran dalaman umat Islam sehingga orang tidak sedar dengan kehadirannya. Mereka wujud dan bergerak.


Kadang kala kesan perbalahan dalaman antara kita yang memberikan point dan idea tambahan kepada puak² liberalis ini.


Dr HK

25.1.2024

Imam Al-Syafie & Al-Quran

 IMAM AL-SYAFIE & AL-QURAN


1) Hafaz al-Quran ketika masih kecil


Imam al-Syafie telah hafaz al-Quran ketika berumur 7 tahun.

واستمر على ذلك، حتى جمع القرءان وهو ابن سبع سنين.


2) Bacaan di bulan Ramadhan


Berkata al-Rabi' bin Sulaiman:

كان الشافعي يختم القرءان في شهر رمضان ستين ختمة.

"Adalah Imam al-Syafie mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadhan sebanyak 60 kali".


3) Jalur sanad al-Quran


Jalur sanad al-Quran Imam al-Syafie adalah melalui imam qiraat yang kedua iaitu Imam Ibnu Kathir yang merupakan qari Mekah. Berikut adalah jalur sanad beliau hingga sampai kepada Rasulullah SAW:

قال محمد بن عبد الله بن عبد الحكم، أخبرنا الشافعي: حدثنا إسماعيل بن عبد الله بن قسطنطين، قال: قرأت على شبل وأخبر الشبل: أنه قرأ على عبد الله بن كثير وأخبر عبد الله بن كثير: أنه قرأ على مجاهد وأخبر مجاهد: أنه قرأ على ابن عباس وأخبر ابن عباس: أنه قرأ على أبي بن كعب، وقرأ أبي بن كعب على رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Maksudnya: "Telah berkata Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam, telah mengkhabarkan kepada kami al-Syafie: telah menceritakan kepada aku Ismail bin Abdulllah bin Qusthanthin, beliau telah berkata: aku telah membaca ke atas Shibl dan beliau mengkhabarkan: bahawa dia telah membaca ke atas Abdullah bin Kathir dan beliau mengkhabarkan: bahawa dia telah membaca ke atas Mujahid dan beliau mengkhabarkan: bahawa dia telah membaca ke atas Ibnu Abbas dan beliau mengkhabarkan: bahawa dia telah membaca ke atas Ubai bin Ka'ab dan Ubai telah membaca ke atas Rasulullah SAW".


Sumber:

- Al-Dhahabi. Siyar A'lam al-Nubala'.

- Abd al-Ghani al-Daqr. 1996. Silsilah A'lam al-Muslimin: Al-Imam al-Syafie.


#FaktaalQuran

Tadabbur

 "Perasan tak, selalu kita disuruh tadabbur, tapi masalahnya kita tak tahu kaedah untuk tadabbur sendiri!


Sampai bila kita nak beralasan tidak melaksanakan tadabbur disebabkan 'tidak tahu'? Lebih teruk lagi, khuatir kita sudah termasuk golongan yang ditempelak dalam al Quran kerana tidak serius mentadabburi al Quran.


Kaedah tadabbur  


Kaedah 1: Mengaitkan antara ayat al-Quran berdasarkan makna dan dikumpulkan mengikut tema.


-Setiap ayat perlu ditelusuri sehingga dapat melengkapkan ayat yang mempunyai makna juz’iy dan mencari sebab ayat yang mempunyai makna berulang sama ada maknanya selari dengan tema ayat ataupun terdapat makna yang lain.

-Setiap perbincangan perlu diteliti sehingga dapat mengeluarkan kaitan antara ayat dan pengajaran daripadanya.


Contohnya: Surah al-An’am 6:68

- Di dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW agar berpaling daripada golongan yang memperolok-olokkan ayat-Nya sehingga mereka menukar topik perbualan.

- Surah ini diturunkan ketika zaman Makkiah kepada nabi SAW dan para pengikut baginda.

- Ketika zaman Madaniyyah terdapat golongan munafiqun (zahirnya Islam) yang menyokong golongan kafir dan bersahabat dengan yahudi. Mereka mendengar orang-orang kafir dan 

yahudi ini mempertikai dan mencabar ayat Allah SWT dan rasul-Nya. Namun mereka tidak mempertahankan kebenaran atau meninggalkan majlis tersebut.

- Kemudian Allah SWT menurunkan Surah An-Nisa’ 4:138-140 untuk mencela perbuatan mereka.

- Allah SWT menerangkan di dalam ayat tersebut tentang golongan yang termasuk dalam kelompok munafiq dan menyamakan mereka dengan golongan kafir. Mereka akan 

berkumpul bersama di dalam neraka.


• Kedua-dua surah ini mempunyai tema yang sama iaitu:

1. Menjadikan orang kafir sebagai teman rapat

2. Gelaran munafiq bagi golongan yang ingkar kepada ayat-Nya.

Taubat Nasuha

 Surah at Tahrim : Ayat [8]


Wahai orang-orang yang beriman! 

Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 

" Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ..........    ...........................................................


NOTA TADABBUR ⤵️

‼️WAHAI ORANG YANG BERIMAN SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA TIDAK AKAN SUNYI DARI  MELAKUKAN KESALAHAN.

 Maka PENTINGNYA UNTUK KITA BERISTIGFAR DAN BERTAUBAT.

 SATU TAUBAT YANG HEBAT IAITU TAUBAT NASUHA.

 

SYARAT  UNTUK CAPAI MARTABAT TAUBAT NASUHA 

TAUBAT YANG BETUL IKHLAS KEPADA ALLAH.

1️⃣ PERLU MENINGGALKAN DARI MELAKUKAN PERBUATAN DOSA  

2️⃣PERLU ADA RASA PENYESALAN.

3️⃣  BERAZAM UNTUK TIDAK KEMBALI MELAKUKAN  PERKARA TERSEBUT.

KALAU KITA BERHIJRAH KITA TIDAK MAHU LAGI KEMBALI KEPADA KEBURUKAN.

4️⃣MENINGGALKAN PENGARUH YANG BURUK DISEKELILING KITA.

CONTOH: JIKA KITA DIKELILINGI ORANG YANG BUAT RIBA , JAUHKAN. SUPAYA TIDAK TERPENGARUH , LAMA KELAMAAN MENJADI KEBIASAAN.

  SEANDAI ALLAH MENERIMA TAUBAT KITA, 

   SEOLAH-OLAH  DOSA ITU SUDAH TIADA LAGI. 

MAKA SESEORANG ITU 

 DIMASUKKAN KA SYURGA YANG SUNGAI MENGALIR DIBAWAHNYA.


Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H ) dalam Al-Wabil al-Soyyib:

"Apabila Allah mengkehendaki kebaikan untuk seseorang hambaNYA, maka Dia buka pintu taubat, pintu penyesalan, pasrah, kehinaan diri, bergantung harapan, memohon pertolonganNYA, pengembalian yang benar kepadaNYA, sentiasa merendahkan diri kepadaNYA, berdoa, mendekatkan diri kepada Allah dengan semampu mungkin.

Di mana kejahatan yang pernah dilakukannya menjadi sebab rahmat untuknya sehingga syaitan berkata: Alangkah baiknya jika aku biarkan dia dan tidak jatuhkan dia ke dalam maksiat"


Menulis Imam Nawawi dalam kitabnya yang terkenal, Riyadhus Salihin, dalam pendahuluan ketika menyusunkan hadith-hadith yang berkenaan dengan taubat. Kata beliau, berkata ulamak, "Taubat itu adalah wajib dari tiap-tiap dosa. Kalau dosa yang diperbuat itu adalah maksiat dari seorang hamba terhadap ALLAH SWT, yang tidak bersangkut sesama anak Adam, maka syarat taubat kepada ALLAH SWT itu tiga perkara. 

Pertama; berhenti daripada melakukan maksiat seketika itu juga. 

Kedua; merasa menyesal yang sedalam-dalamnya atas perbuatan yang salah itu. 

Ketiga; mempunyai tekad yang teguh bahawa tidak akan mengulanginya lagi. 


Kalau hilang salah satu daripada tiga syarat itu, tidaklah sah taubatnya. 


Sekiranya maksiat itu bersangkutan dengan sesama anak Adam, maka syarat taubatnya adalah empat perkara, iaitu: 

Pertama, kedua dan ketiga itu sama seperti syarat yang tadi, kemudian ditambah dengan keempat, iaitu melepaskan dengan sebaik-baiknya hak orang lain yang telah diambil. 

Jika hak orang lain itu ialah harta benda atau yang seumpamanya, maka segeralah mengembalikannya. 

Kalau menuduh atau memfitnah yang bukan-bukan, maka segeralah meminta maaf kepadanya. 

Kalau kesalahannya itu adalah mengumpat dibelakang, maka akuilah kesalahan yang dilakukan itu secara berterus terang dan kemudian  mintalah  maaf. 

Sebab itulah maka wajib baginya bersegera bertaubat dari sekalian dosa yang diingat ataupun yang tidak diingat". 

 

Ulamak-ulamak tasawuf banyak membuat kesimpulan tentang maksud taubat nasuha.


Sahabat-sahabat Rasulullah saw sejak Umar Al-Khattab, Abdullah bin Mas'ud, Ubay bin Ka'ab, Muaz bin Jabal sependapat bahawa erti taubat nasuha ialah taubat yang tidak mahu kembali lagi kepada kesalahan itu.


Al-Kabi mengertikan, "Taubat nasuha ialah menyesal dalam hati, minta ampun dengan lidah, berhenti di saat itu juga dari dosa tersebut dan meneguhkan azam tidak hendak mendekat ke sana lagi".


Said bin Jabair berkata, "Taubat nasuha ialah yang diterima ALLAH SWT. Untuk diterima taubat itu hendaklah memenuhi tiga syarat. 

Pertama, takut kalau2 taubat tidak akan diterima. Kedua, mengharap agar diterima. 

Ketika mulai saat itu memenuhi hidup dengan taat".


Menurut Said bin Al-Musayyab, "Taubat nasuha ialah menasihati diri kerana telah bersalah dan patuh menuruti nasihat itu".


Al-Quraizhiy mengatakan bahawa untuk memenuhi perlengkapan taubat nasuha adalah dengan empat cara, iaitu memohon ampun dengan lidah, berhenti dari dosa itu dengan badan, berjanji dengan diri sendiri tidak akan mengulangi lagi, menjauhkan diri dari teman-teman yang hanya akan membawa terperosok kepada yang buruk sahaja.


Al-Junaidi Al-Baghdadi berpendapat lain iaitu beliau mengatakan bahawa "Jika seseorang telah taubat nasuha dia tidak akan ingat lagi pada kesalahan dan dosa-dosa yang telah lalu itu. Sebab kasih sayang dan cintanya telah tertumpah kepada satu jurusan saja, iaitu Tuhannya. Jika seseorang telah tertumpah kasih kepada ALLAH SWT, manakan ingat lagi kepada dosa yang telah lalu".

16 Januari 2024

Storytelling

"Seronok melihat sahabat-sahabat menulis ala-ala storytelling, dan dapat pula banyak like." getus aku dalam hati.
.
Marah ke? Tak lah. Tumpang gumbira mereka berjaya. Aku perlu salahkan diri sendiri bukan orang lain.

Aku adalah mencuba menulis kaedah yang mereka guna tu, tapi macam tak menjadi.

"Memang tak menjadi pun, mana ada orang like storytelling kau!" Aduh, tiba-tiba satu suara bisikan membakar jiwa aku. Pedih.

Tak apa, aku cuba lagi storytelling beberapa tulisan.

Result masih saja sama. Tak nampak peningkatan.

Pening.

"Hah baru kau tahu kan. Sedar sikit ingat dah ada beberapa buku solo, kau dah hebat!"

Aduh, suara bisikan itu menampar lagi. Lebih perit rasanya.

Nasib baik aku tak melatah. Aku masih bertahan tak hangus dibakar kritikan.

Ting!

Tiba-tiba dapat satu idea.

Aku ada kenal seorang guru penulisan ini, dia memang gigih melatih orang untuk menulis.

"Cuba kau tanya dia." seperti ada hembusan nasihat bagaikan malaikan yang melintas.

Aku pun kumpul kekuatan dan hantar satu mesej. Tekan ayat baik punya:

"Adiguru ku, saya ada buat beberapa posting di FB. Kalau tuan ada ruang masa, mohon ziarah saya di sana. Saya cuba konsep storytelling. Masih mencuba.

Saya harap tuan dapat berikan komentar, apa lagi yang perlu saya baiki." End of mesej.

Sent.

Tunggu. 

Beberapa ketika, nampak ada blue tick.

Berdebar juga ni. Tapi tetap bersemangat nak belajar sesuatu dari adiguru.

Ting!

Talifon berbunyi tanda ada hantaran mesej yang masuk di HP saya. 

"Cuba buat storytelling yang simple dulu. Semudah cerita memuji salah seorang staf dalam perbuatannya yang tuan ingat di tempat dia mencari rezeki di tempat tuan.

Tentang perkongsian tok Aki di FB itu, cubaan tok pada dua perenggan awal ada ceritanya, tetapi nilai baik dipaksa ke atas tulisan. Ia menjadikan mesej kebaikan dipaksa ke atas pembaca.

Kesannya, ia menjadi berat dan terputus."

Alhamdullilah,

Saya dapat ilmu lagi. Saya pasti akan baiki cara persembahan storytelling saya.

Jap, jap.

Saya share sedikit lagi tips adiguru.

📍Perkara-perkara nostalgik ada kesan yang kuat dalam penulisan. 

Contohnya, bau ubat di farmasi mengingatkan si anak ketika 14 hari menjaga emak sebelum meninggal dunia.

Atau pun lihat buku sekolah, teringat buku nota menjadi 'burung' selepas dicampak dari tingkat dua.

Apa yang kita lihat, bau, rasa, dengar dan sentuh adalah modal dari langit agar tulisan kita tumbuh di bumi.


07 Januari 2024

As Saff dan Al-Jummah

 3 perkaitan penting antara surah al-Saff dan surah al-Jumuah: 


1. Jika surah al-Saff menyatakan tentang Nabi Musa a.s. dan cabaran daripada Bani Israel, maka surah ini mengangkat martabat Rasulullah SAW dan ummat Islam yang berbeza daripada Bani Israel.


2. Jika surah al-Saff menyatakan tentang apa yang dikhabarkan oleh Nabi Isa a.s., maka surah ini menyatakan bahawa Bagindalah yang diutuskan, sekaligus menjadi jawapan.


3. Jika surah al-Saff menyatakan jihad sebagai sebaik-baik perniagaan, maka surah ini menyatakan solat Jumaat adalah jauh lebih baik daripada perniagaan.


Inilah beberapa “hint” mengapa surah al-Jumuah mesti menjadi bekal wajib kita semua saat berhadapan dengan fitnah materialistik di akhir zaman. 

05 Januari 2024

Surah At Taubah

 Surah at Taubah 

  

Kenapa Surah At-Taubah Tiada Lafaz Bismallah Pada Permulaan Ayat?


  Surah at-Taubah   merupakan surah ke 9 di dalam al-Quran   mengandungi 129 ayat.


Surah at-Taubah juga disebut dengan nama-nama lain seperti di dalam tafsir Imam al-Khatib Syirbini seperti Bara’ah, al-Muqashqishah, al-Buhusah, al-Muba’sirah, al-Hafirah, al-Fadhihah, dan surah al-Azab


Adakah tiada lafaz Bismillah ditulis di awal surah ini bermaksud kita tidak dibenarkan untuk mengungkapkan bacaan Basmalah? 

Atau adakah ianya sekadar tidak ditulis sahaja tetapi boleh  sahaja  dibaca seperti biasa? 


Untuk menjawab persoalan ini, ikuti rujukan daripada Pejabat Mufti Wilayah sendiri berkaitan 'Membaca Bismillah Ketika Membaca Surah at-Taubah'.


Mufti Wilayah memulakan penerangan dengan memberikan 5 perbezaan pendapat Ulama berkenaan dengan sebab tidak di letakkan lafaz Bismillah pada permulaan surah iaitu melalui tafsir Imam al-Qurtubi. 


Pandangan pertama menyatakan bahawa, golongan Arab pada zaman Jahiliyyah apabila di antara mereka terdapat kaum yang melakukan perjanjian, kemudian ingin memutuskan perjanjian itu, maka mereka tidak akan menulis lafaz basmalah pada surat untuk memutuskan perjanjian itu.

 Oleh itu, surah Bara’ah (al-Taubah) diturunkan bertujuan untuk memutuskan perjanjian di antara Baginda Nabi SAW dengan kaum Musyrikin. Di mana Baginda Nabi SAW mengutuskan Saidina Ali RA membaca surah ini kepada mereka tanpa memulakannya dengan lafaz Basmalah.


Pandangan yang kedua, Imam Qurtubi menukilkan athar daripada Ibnu Abbas RA, bahawa ia bertanya kepada Saidina Usman RA berkenaan dengan tidak diletakkan lafaz Basmalah pada Surah al-Taubah.

 Maka Saidina Usman RA menceritakan bahawa ketika diturunkan sesuatu ayat maka Baginda SAW akan memanggil tukang tulisnya untuk menulis dan meletakkan sesuatu surah serta ayat pada tempat yang ditentukan oleh Baginda SAW. Saidina Usman menceritakan lagi bahawa Surah al-Anfal merupakan surah yang terawal diturunkan dan surah Bara’ah (al-Taubah) merupakan surah yang terakhir diturunkan di dalam al-Quran.

 Begitu juga, isi kandungan serta penceritaan di dalam kedua surah ini adalah hampir sama. Selain itu, Baginda Nabi SAW tidak menjelaskan kepadanya bahawa surah al-Anfal dan Surah al-Taubah merupakan satu surah yang sama atau tidak. Oleh itu, Saidina Usman RA berpendapat (menurut sangkaannya yang kuat) bahawa surah al-Taubah merupakan sebahagian daripada surah al-Anfal, oleh sebab itulah Saidina Usman RA tidak meletakkan di antara keduanya lafaz Basmalah.


Mengikut pandangan yang ketiga, terdapat riwayat daripada Saidina Usman RA, menyatakan bahawa surah al-Taubah tidak tertulis baginya lafaz Basmalah kerana surah ini merupakan kesinambungan daripada surah al-Baqarah oleh kerana itulah tidak ditulis di antaranya lafaz Basmalah. Begitu juga apa yang disebut oleh Said bin Jubair RA, menyatakan surah al-Taubah  menyerupai surah al-Baqarah.


Pandangan keempat. Imam Qurtubi menukilkan pandangan Abu Ismah dan selainnya, mereka menyatakan, pada zaman Saidina Usman ketika dihimpunkan al-Quran, terdapat perselisihan para sahabat Rasullullah SAW berkenaan dengan surah al-Taubah. Sebahagian daripada mereka menyatakan bahawa surah al-Taubah dan al-Anfal merupakan satu surah dan sesetengah daripada mereka menyatakan dua surah yang berbeza. Oleh itu, Saidina Usman mengambil jalan tengah dengan tidak mencantumkan kedua-dua surah ini kemudian beliau tidak meletakkan lafaz Basmalah. Dan ini bertujuan untuk membenarkan pendapat kedua-duanya.


Pandangan kelima, Imam Qurtubi menukilkan riwayat dairpada Abdullah bin Abbas RA ketika beliau bertanya kepada Saidina Ali RA berkenaan hal tidak ditulis lafaz Basmalah pada surah al-Taubah. Justeru Saidina Ali RA menyatakan bahawa lafaz Basmalah merupakan lafaz keamanan dan surah al-Taubah diturunkan kerana peperangan. Al-Mubarrid menyatakan bahawa tidak boleh dihimpunkan di antara keduanya (iaitu Basmalah dan Surah al-Taubah). Kerana Lafaz Basmalah merupakan rahmat dan Bara’ah di turunkan kerana kemarahan.


Daripada kesemua pendapat daripada ulama ini, Imam Qurtubi menyimpulkan tiadanya lafaz Bismillah pada permulaan surah at-Taubah adalah kerana wahyu daripada Jibril AS tidak di datangkan ketika ayat ini diturunkan 


 Jika tadi berkenaan penulisan kalimah Bismillah, kali ini adalah lafaznya. Jadi jika tidak ditulis, adakah salah untuk lafazkannya?


Lafaz Bismillah merupakan lafaz yang diucapkan untuk mensucikan Allah SWT dan ianya disunatkan untuk membaca ketika memulakan sesuatu urusan atau amalan harian seperti sabda Nabi SAW:


كلُّ أمرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ ببسمِ اللهِ الرحمنِ الرحيم فهو أقْطَعُ


Maksudnya: Setiap perkara yang tidak dimulai dengan memuji Allah, maka amalan tersebut akan terputus. Riwayat Ibnu Majah (1894)


Di dalam hal membaca al-Quran, para ulama menganjurkan supaya membaca lafaz Ta’awuz dan lafaz Basmalah. Ini seperti mana Firman Allah SWT:


فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّـهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ


Maksudnya: Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. (Surah al-Nahl, 98)


Bacaan Bismillah Pada Permulaan Setiap Surah

Begitu juga, dianjurkan untuk membaca Basmalah pada memulakan bacaan surah seperti yang dilakukan Baginda Nabi SAW di dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA katanya, ketika Nabi SAW terjaga dari tidurnya lalu Baginda SAW tersenyum. Maka kami bertanya, Kenapakah kamu tersenyum wahai Rasulullah? Kemudian Rasullullah SAW bersabda:


‏"‏ أُنْزِلَتْ عَلَىَّ آنِفًا سُورَةٌ ‏"‏ ‏.‏ فَقَرَأَ ‏"‏ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  (إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ * فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ * إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأَبْتَرُ)


Maksudnya: Baru sahaja diturunkan ke atas aku satu surah. Lalu Baginda SAW membaca “Basmalah” kemudian Baginda SAW terus menyambung dengan bacaan surah al-Kauthar.


Tidak Di Lafazkan Bismillah Dengan Beberapa Hujah

Berkaitan dengan membaca Bismalah pada permulaan surah al-Taubah, ulama berbeza pendapat berkenaan dengannya.


Ibnu Hajar dan Khatib Syirbini mengharamkan pembacaan Basmalah pada awal surah al-Taubah disebabkan ia tidak ditulis pada mushaf. Ini kerana ia diturunkan ketika peperangan dan makruh membacanya ketika di pertengahan surah.


Imam al-Ramli memakruhkan pembacaan Basmalah di awal surah dan sunat dipertengahan surah.


Di dalam hal membaca lafaz Basmalah di awal surah al-Taubah, Imam Nawawi menyatakan di dalam kitabnya, bahawa selayaknya untuk dijaga dengan membaca lafaz Basmalah pada setiap permulaan surah kecuali surah Bara’ah.


Selain itu, pandangan al-Ja'bari menyatakan disyariatkan meninggalkan bacaan lafaz Basmalah pada permulaan surah al-Taubah kerana diturunkannya disebabkan peperangan. Dan terkandung di dalamnya keburukan sifat golongan munafik. Oleh itu, tidak disyariatkan membaca Basmalah pada pertengahan surah seperti membaca pada awalnya.


Kesimpulan

Melalui penerangan yang dibuat oleh Mufti Wilayah seperti diatas, beliau telah simpulkan bahawa membaca lafaz Bismillah ketika hendak memulakan surah at-Taubah adalah tidak dituntut oleh syarak kerana tidak ditulis padanya di dalam al-Quran.


Selain itu, sebab diturunkan surah ini bertujuan untuk peperangan dan lafaz Basmalah merupakan lafaz rahmah. Oleh itu, tidak sepatutnya dihimpunkan kedua-dua di dalam satu masa yang sama.


Justeru sebaiknya kita disarankan membaca lafaz Ta’awuz (a'zubillahhiminasyaitonirrajim) pada permulaan bacaan surah al-Taubah


Wallahula'lam...


sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan