Mencari Redha Ilahi


05 November 2022

SIAPA YANG MELAMPAU MESTI DIA CINTA DUNIA

Tadabbur Surah an-Naazi'aat


Sampai pada ayat yang ke 37 dan 38.


Firman Allah subhanahu wa ta’ala,

فَأَمَّا مَن طَغَىٰ


Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau.


[Surah an-Naazi’aat 79: 37]


Siapa orang yang melampau?


Jawapannya melebihi had.


Contohnya had kita sebagai hamba Allah ialah mesti taat pada perintah Allah.


Tiba-tiba kita tak sembah Allah, kita dah melampau.


Dan orang yang melampau ini, mesti ada satu lagi sifat melekat di dalam dirinya iaitu,


وَءَاثَرَ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا


Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata.


[Suran an-Naazi’aat 79: 38]


Cuba tengok zaman Nabi dan juga para sahabat.


Mereka ada telefon tak?


Tak.


Mereka ada ipad tak?


Tak.


Mereka ada mushaf bercetak tak?


Tak.


Tapi mereka selalu baca al-Quran.


Kita?


Kita ada telefon tak?


Ada.


Ada ipad tak?


Ada.


Ada mushaf bercetak tak?


Ada, melambak-lambak.


Selalu baca al-Quran tak?


Tak.


Kenapa pada zaman Nabi dan juga para sahabat tak ada kemudahan, tetapi mereka selalu baca?


Sebab mereka baca al-Quran sehingga masuk ke dalam hati.


Bila sampai ke hati, hati jadi bersih.


Boleh hafal dan baca bila-bila masa saja.


Kita?


Banyak kemudahan tapi hati kotor dan banyak cinta dunia.


Al-Quran tak masuk ke dalam hati kita.


Sebab itu kita tak hafal-hafal surah baru.


Betulah, bila fikir-fikir balik 10 tahun ini ada ke hafal surah baru?


Tak ada.


Huhu.


#BangunBerilahPeringatan

PEMIMPIN

 PEMIMPIN


"Kenapa dia yang terpilih ? kenapa bukan saya? saya lebih baik kot"


Kisah merebut kuasa dari zaman ke zaman tak pernah surut. Namun yakinlah dengan merubah diri kita menjadi HambaNya yg lebih baik, Allah pasti akan mengangkat darjat kalian.


Lihat bagaimana Allah MENGANGKAT darjat Talut dari orang biasa kepada Raja yang berkuasa. Walau rakyat tidak memiih namun kuasa Allah mengatasi segalanya.


Al-Baqarah 2:247


وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ ٱللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًاۚ قَالُوٓا۟ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِٱلْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ ٱلْمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُۥ بَسْطَةً فِى ٱلْعِلْمِ وَٱلْجِسْمِۖ وَٱللَّهُ يُؤْتِى مُلْكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ   


Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu."

Mereka menjawab : "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" 

Nabi mereka berkata:

" Sesungguhnya ALLAH TELAH MEMILIHNYA (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya 

✍️ kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan 

✍️ kegagahan tubuh badan". 

🌹Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; 

🌹 dan Allah jua Maha Luas (RahmatNya dan KurniaanNya),

🌹 lagi meliputi ilmuNya.


Seorang Pemimpin perlu memiliki ILMU, perlu kreatif dalam menyusun strategi, perlu PEKE kepada kepeluan orang bawahannya. 


Pemimpin juga perlu menjadikan dirinya Contoh ikutan. Maka Akhlak, sikap yang terpampar pada fizikalnya sangat penting untuk diberi perhatian.


Semoga lebih ramai "Talut" yang bakal lahir nanti insyaAllah

7 SEBAB MENGAPA PERLU TAHU SEJARAH AL-QURAN

 TUJUH (7) SEBAB MENGAPA KITA PERLU TAHU SEJARAH AL-QURAN

1. SAHIH. Al-Quran adalah ayat-ayat yang sahih (benar) dari Allah Azza Wa Jalla yang disampaikan kepada Rasulullah ﷺ melalui malaikat Jibril.


2. BERGURU. Al-Quran wajib dipelajari dengan berguru. Rasulullah ﷺ belajar daripada Jibril. Selepas itu Baginda ﷺ ajarkan kepada kaum keluarga dan sahabat Baginda. Mereka yang menerima pula mengajarkan kepada orang lain lagi lalu turun temurun hingga sampai kepada kita hari ini.


3. MUSHAF. Mengumpul ayat Al-Quran menjadi sebuah mushaf bukanlah bidaah dalam ibadah kerana mushaf adalah alat (medium). Adapun perbuatan sesat adalah jika mengubah ayat-ayat Al-Quran atau memesongkan maksudnya daripada apa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.


4. TERPELIHARA. Sejak wahyu pertama, Rasulullah ﷺ menjaga keaslian ayat Al-Quran. Baginda memberitahu beza ayat Al-Quran dengan hadis qudsi, wahyu yang bukan ayat Quran dan kata-kata pendapat Baginda. Ayat Al-Quran adalah ayat Al-Quran. Itulah yang dipelihara oleh Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman. Perjuangan itu disambung oleh generasi selepas mereka hingga sampai kepada kita hari ini. Setiap zaman akan ada golongan yang memilhara ayat-ayat Al-Quran.


5. DISIPLIN. Ayat Al-Quran dibaca dengan kaedah tertentu yang membezakan ayat-ayat Al-Quran dengan selainnya. Itu yang kita kenali sebagai tajwid. Oleh sebab itu, tidak diterima bacaan yang lain selain daripada apa yang diterima oleh Rasulullah ﷺ atau disebut Qiraat. Ada Qiraat yang kita boleh gunakan dan ada qiraat yang tidak boleh digunakan yang disebut sebagai Qiraat Maudhu iaitu cara baca Al-Quran yang tidak seperti diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.


6. TAFSIR. Selain daripada cara baca, kaedah untuk memahami ayat-ayat Al-Quran juga ada disiplinnya. Ayat-ayat Al-Quran tidak boleh difahami tanpa sumber yang benar. Itulah yang Rasulullah ﷺ dakwahkan sejak menerima wahyu pertama hingga Baginda wafat. Baginda tidak mengajarkan apa yang tidak daripada Allah Azza Wa Jalla.


Ulama dahulu juga menyusun kitab tafsir Al-Quran berdasarkan hadis dan keterangan yang diterima daripada Rasulullah ﷺ. Kemudian ada pula ulama yang mengajarkan dan menyusun kitab lagi untuk menjelaskan kitab tafsir tersebut. Budaya ilmu itu berterusan hingga kini kerana Al-Quran perlu difahami dengan sumber yang betul.


7. LANDASAN. Selepas Rasulullah ﷺ, tidak pernah putus pihak yang mempertahankan ayat-ayat Al-Quran agar seperti yang diajarkan Rasulullah ﷺ; baik dari segi kaedah membacanya dan juga kaedah memahaminya. Oleh sebab itu, kita perlu memilih landasan yang betul dalam pegangan kita kepada Al-Quran.


Landasan yang betul dan selamat adalah mengambil ilmu berkaitan Al-Quran daripada sumber yang dipercayai sejak dahulu hingga kini. Kita perlu berhati-hati agar tidak menerima ilmu Al-Quran yang tiada asalnya atau bercanggah dengan apa yang diajarkan oleh tiga generasi yang hampir dengan Rasulullah ﷺ. (Generasi Sahabat, Tabi'in dan Tabi'ut Tabi'in).


Ketika Nabi Adam diciptakan, para malaikat tunduk kepada Allah dengan pengakuan berikut:


سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ


Maha Suci Engkau (Ya Allah), tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".


(Al-Baqarah:32)


Begitu juga kita, tidaklah kita tahu apa-apa tentang Al-Quran melainkan apa yang Rasulullah ﷺ ajarkan mengikut apa yang diwahyukan kepada Baginda.


27 Julai 2022

Rumah Hani di Felda Teloi Kanan 1981

Hani lahir di Felda Teloi Kanan. Rumah pegawai sebab Abah dan mak kerja di sana dulu. Rumah pegawai Felda, rumah papan dan blok bata, serta lantai kayu. Kalau main lari dan lompat-lompat memang bergegarlah lantai bunyinya. ada tiga bilik. Felda ladang getah. Masa ni jalan tanah merah. Jauh dari pekan dan bandar.

22 Februari 2018

Novela : Ini Untuk Siapa?

Tumpahan kalimat yang ditulis ini, Aku istimewakan untuk mereka, Yang sedang rabak hatinya, Yang sedang keras jiwanya, Akibat ditinggal oleh insan, Yang dia pernah cinta dan tergila.

21 Februari 2018

CERPEN : MANA NAK LARI

Sebenarnya hati ini rindu kepadamu tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir… satu ayat panjang tapi penuh bermakna. Nota kecil. Dia mencatat sesuatu di kertas itu namun belum sempat dihabiskan, direnyuk-renyukkan. Dia menangis, teresak-esak. “Aku dah buat salah kepada dia, Ya Allah. Aku dah hina dia.” Semendung hari mahu hujan agaknya tapi mentari masih cerah. Dia termenung, memandang ke luar jendela. “Kau dah buat apa kat aku, hah?” Masih terngiang-ngiang kata-kata tersebut di telinganya. “Doakan saja dia, Hani” Anis cuba memujuk Hani. “Tapi Hani dah tersalah cakap. Hani rasa sedih.” “Semalam dia ok saja, Anis tengok.” “Itu semalam, Anis.” Hani cuma menggelengkan kepala. “Dia sekejap baik, Sekejap tak ok. Perangai dia. Semenjak, dua menjak ni saja, berubah.” Hani menyambung bicaranya.

20 Februari 2018

Ketika Kita Mengeluh


Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot... ”. اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah " Ketika kita mengeluh : “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku ... ”. اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa ... ”. اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat... ”. اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama dengan kita "