Mencari Redha Ilahi


22 September 2013

Andai ada pilihan


Andai ada pilihan, jadikan isthikharah sebagai pemutusnya. Insya Allah akan tersingkap hijab qada' dan qadar Tuhan.

17 September 2013

Tanda Allah Itu Ada


Andai ada orang bertanya soalan ini, "Di mana Allah? Pukul dia, Tanya dia, "Sakit tak?" Jika dia jawab, sakit. Tanyakan kembali "Nampak tak sakit itu? Apa itu sakit?" Itulah tandanya Alah itu ada.

10 September 2013

Persoalan Tentang Ilmu

Persoalan tentang ilmu 1) Niat - Berapa ramai di kalangan kita belajar kerana mudah bekerja dan mengumpul harta dunia nanti dengan sekeping pengiktirafan ijazah? - Berapa ramai pula yang belajar untuk menunjukkan diri lebih alim daripada orang lain? - Berapa ramai pula yang belajar untuk menjadikan dirinya dipuji dan dihormati? - Berapa ramai pula di kalangan kita yang belajar untuk mencari-cari kesalahan ulamak terdahulu? - Berapa ramai yang belajar untuk mencari bukti bahawa pendapat aku sahaja yang betul sedangkan amalan ummat Islam di Malaysia sebenarnya salah belaka? - Berapa ramai pula menutut ilmu tanpa diniatkan langsung untuk balik ke tempat masing-masing bagi berjuang menegakkan Islam? 2) Memilih guru - Berapa ramai di kalangan kita yang tidak berhati-hati memilih guru lantas belajar dengan orang yang tidak betul pemikirannya? - Berapa ramai di kalangan kita yang belajar dengan guru yang tidak menjaga adab sebagai guru (mengutuk sana sini, mencerca alim ulamak, tidak berakhlak dalam kata-kata mahupun perbuatan dsb.)? - Berapa ramai di kalangan kita belajar sesuatu ilmu bukan dari ahlinya (belajar Feqh dari jurutera, belajar hadis dari ahli bahasa dsb.)? -Lebih teruk lagi, berapa ramai pula yang belajar tanpa guru? Membaca sana dan sini, lalu mengambil fahaman sendiri daripada penulisan ulamak. 3) Mengagungkan ilmu dan ulamak - Berapa ramai dari kita yang mengetahui cara mengagungkan ilmu yang disebutkan oleh para ulamak terdahulu? - Berapa ramai di kalangan kita yang tidak menghormati kitab ilmu? - Berapa ramai di kalangan kita yang meletakkan ilmunya sendiri di tempat yang rendah, lalu dengan mudah boleh dijual beli dengan kepentingan dunia? - Berapa ramai pula yang tahu adab sebagai seorang murid tetapi tidak tahu atau tidak mempraktikkan ada sebagai guru? - Berapa ramai yang tidak pula tahu membezakan antara meletakkan ilmu di tempat yang tinggi dengan takabbur atau menghina diri? - Berapa ramai pula tidak beradab dengan para ulamak agung, lalu diletakkan ulamak itu setaraf dengannya dalam pemikiran dan pemahaman dengan alasan mereka jua manusia yang tidak maksum? - Berapa ramai di kalangan kita yang terpengaruh dengan kalam beberapa kerat ulama su' pada hari ini yang dengan lantang mengkritik ulamak silam, lalu merasa sangsi dengan para ulamak itu? - Berapa ramai di kalangan kita yang bermulut celupar mengutuk deretan ulamak yang sudah lama mengorbankan diri untuk perjuangan Islam? - Berapa ramai pula yang bermulut celupar terhadap para ulamak terdahulu dan dengan sesedap hati mengatakan ulamak terdahulu sesat, melakukan bid’ah, berfalsampah dalam bab Aqidah, dan pelbagai lagi kata nista? Apabila kita nilai semula semua persoalan di atas, tentu sekali kita akan menjawab, “terlalu banyak.” Maka tidak hairanlah apabila kita dapati terlalu banyak orang yang ingin mendalami ilmu agama, akan tetapi jauh tersasar dari kebenaran, barakah tiada, manfaat juga sirna, lalu tidak dapat menegakkan yang haq. Jelaslah pada kita betapa pentingnya adab dalam menuntut dan menyebarkan ilmu. Tiada adab, nescaya tersalah jalanlah kita. Salah jalan bermakna sesat. Kalau orang yang belajar agama pun boleh sesat, bagaimana pula dengan yang tidak mahukan agama. Posted by KPTII at 10:26 Sumber : http://kolejpengajianislam.blogspot.com/2009/07/persoalan-tentang-ilmu.html