Mencari Redha Ilahi


28 November 2011

Talk, Talk, Talk

If you want to talk to Allah, perform solah. If you want Allah talk to you, read al-qur'an.

11 Muharam 1402 Hijri, insya Allah

Hari lahir Norfazihah Hani. Sekarang dah tahun 1433 hijrah..........umurnya nanti insya Allah, 31 tahun. Umur meningkat, ilmu dan pengalaman juga insya Allah meningkat. Masih dalam pencarian, belajar. "The lifelong Learning to daqwah Islamiah not a destination but it is journey in our life" insya Allah. Wallahhua'alam.

Tahun 1433 Hijrah

Assalamualaikum. Alhamdulillah, selamat tahun baru. Bermulanya hijrah baru. Setiap saat adalah baru. Jangan disia-siakan, manfaatkan ia demi kesatuan ummah. kita menuju destinasi Allah yang satu. Daei Islamiah memerlukan tindakan, insya Allah. Kita majukan umat melalui ajakan maaruf, mencegah kemungkaran. Kekayaan hati adalah kekayaan sebenar, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Lupakan apa yang telah kita berikan untuk seseorang, tetapi ingatlah apa yang akan kita buat untuk memajukan Islam, iaitu Dakwah islamiah, ia cuma memerlukan ilmu. Tetapi laksanakan ia dalam kelembutan dan senyuman insya Allah pasti Allah Subhanallahtaala memberikan jalanNya. Wallahua'alam.

23 November 2011

Tinta ini menari-November (Muka buku - norfazihah hani)

Sayang rescue 911 dah hampir......fuh dah hampir 30 tahun hidup di dunia ini, keduniaan banyaknya sudah digapai Alhamdulillah. cuma urusan akhirat yang masih banyak lagi
SukaTak Suka · · Kongsi · pada 3hb November pukul 2.27 ptg

Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umurku. insya Allah semoga ada keberkatanNya.pada 3hb November pukul 2.37 ptg · SukaTak Suka

Assalamualaikum. Alhamdulillah, salam aidil adha diucapkan. Maaf zahir dan batin dipinta. Semoga diberikan kebaikan kepada setiap pekerjaaan yang kita lakukan, insya Allah. 1001 orang saudara dan juga sahabatku di facebook ini, selamat berukhuwah dan semoga persaudaraan ini membawa kebaikan dan Rahmatuulllah di dunia dan akhirat, insya Allah. Walau yang dicari belum ku temui,pasangan jodohku di du...nia dan akhirat, yang dapat membimbingku kepada kebaikan dan Islam, insya Allah. Aku redha tapi azamku tetap satu, kini aku cuma mencari redhaNya. aku nak pi Mekah dan Madinah, nak beribadah di sana, insya Allah."Tabung Haji" , insya Allah. Dah hampir 30 tahun, esok adalah hari lahirku. Semoga umurku membawa keberkatan daripada Allah subhanallahtaala, insya Allah. Salam sayang buat semua. Wassalam..Lihat seterusnya..
SukaTak Suka · · Kongsi · pada 8hb November pukul 9.20 pagi

Alhamdulillah, hari ini hari lahir saya yang ke 30, semoga ada kebaikan dan keberkatan daripada Allah Subhanallahtaala buat semua, insya Allah. Salam sayang daripada Norfazihah hani, wassalam
SukaTak Suka · · Kongsi · pada 9hb November pukul 9.07 pagi

Alhamdulillah, hari ini hari lahir saya yang ke 30, semoga ada kebaikan dan keberkatan daripada Allah Subhanallahtaala buat semua, insya Allah. Salam sayang daripada Norfazihah hani, wassalam
SukaTak Suka · · Kongsi · pada 9hb November pukul 9.07 pagi

Nampak rupa macam budak kecik hihihihihi.....hidup mesti diteruskan, insya Allah.
SukaTak Suka · · Kongsi · pada 9hb November pukul 10.15 pagi


pejabat.....pusat sumber kolej
KSKB Ulu Kinta
Oleh: Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta (KSKB UK)
.
SukaTak Suka · · Kongsi · pada 10hb November pukul 3.22 ptg

Kehilangan, ia pasti. Setiap manusia pasti akan kehilangan, namun jadikanlah kehilangan itu kekuatan kerana Allah menjanjikan kekuatan kepada kita di sebalik kehilangan itu, andai kita menjadikan Allah sebagai teman ketika senang mahupun susah. ingat Allah.Dia ada bersamamu, insya Allah di mana saja. Wallahhua'alam
SukaTak Suka · · Kongsi · Selasa pada pukul 1.02 ptg

Tidak perlu menuntut yang sempurna, kerana itu akan mempersulitkan kesederhanaan. Apa yang penting sempurnakanlah niat kita di hati kerana Allah. insya Allah, Dia pasti memberkati usaha kita, seterusnya memudahkan usaha dan perjalanan hidup kita. Wallahhua'alam
SukaTak Suka · · Kongsi · Selasa pada pukul 1.27 ptg

Jom solat zohor
SukaTak Suka · · Kongsi · Selasa pada pukul 1.30 ptg

Tidak semua orang mampu membaca atau menghafaz al qur'an dengan lancar. Tetapi semua orang mesti jadi pendamping al-qur'an agar nanti di kubur al-qur'an datang menemui kita dan mengiktiraf kita sebagai sahabat. Bukan setakat membaca @ menghafaz tapi fahami & hayati maksud serta masukkan ia sebagai isi dalam kehidupan. Wallahhua'alam
SukaTak Suka · · Kongsi · 20 jam yang lalu

Sesekali tinta ini ditajamkan untuk melajukan aliran hidayah ilmi yang Allah subhanallahtaala kurniakan melalui iqra, pastinya menuju ke sungai-sungai dakwah Islamiah untuk hati-hati yang mahu mengerti keindahan Islam itu. Wallahhua'alam
SukaTak Suka · · Kongsi · 41 minit yang lalu

Kerapkali kita terlupa gambar yang kita letakkan itu tika umur masih muda tetapi usia itu makin meningkat. Sesaat yang berlalu. Masa mengejar tanpa undur lagi, semakin hampir kepada kematian. Sakit tua itu tiada ubat. Sakit mati itu ubatnya hanya Rahmat Allah. Untuk mendapatkannya,isikan hidup dengan amal soleh, insya Allah semoga ada Rahmatullah bersamamu. Wallahhua'alam
SukaTak Suka · · Kongsi · 13 minit yang lalu

17 November 2011

Subhanallah Maha Suci Allah


ANGKA 7 LANGIT 7 LAPISAN LAUT Di DALAM AL QURAN DIHASILKAN DARI GRAF MICROSOFT EXCEL BERDASARKAN BILANGAN SURAH DAN JUMLAH AYATNYA

WALLAHHUA'ALAM.

10 November 2011

cetusan hati

Kenapa saya pilih dakwah…………Damaikan jiwa yang kosong, carikan hati yang sejuk dan tenang

Segala pujian hanyalah untuk Allah Subhanallahtaala. Selawat dan salam untuk para nabi dan rasul khususnya kepada Nabi Muhammad Sallahhualaiwassalam yang dicintai.

Nabi Muhammad Sallahhualaiwassalam dan para sahabat Baginda. Para Tabi’in, ulama zaman silam. Teguhnya iman mereka menjadikan diri saya kuat. Alhamdulillah, saya banyak membaca kisah-kisah mereka. Saya bekerja sebagai pembantu tadbir di perpustakaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta. Walaupun buku rujukan agama tidak banyak di sini, ia adalah cabaran sebagai seorang pendakwah. Mencari sumber lain adalah jalan terbaik, iaitu internet. Tetapi ia memerlukan kepakaran membezakan antara yang benar dan yang batil. Seringkali menimbulkan kekeliruan, Alhamdulillah. Allah Subhanallahtaala mengurniakan kepada saya sahabat-sahabat dari kalangan ustaz dan ustazah sebagai rujukan.

Siapa lagi? Keluarga saya. Inilah model kedua terbaik yang saya ada. Hanya abah, mak dan saya yang betul-betul meminati program agama di rumah, Kenapa tidak saya teruskan? Mak saya adalah guru al qur’an saya. Mak dan abah saya berani menhantar saya belajar di sekolah biasa, sedangkan saya adalah orang kelainan upaya yang bermasalah pembelajaran ‘slow learner’ siapa sangka anak meeka boleh belajar di kalangan orang biasa, sekolah biasa. Alhamdulillah. Saya bangga memiliki mak dan abah serta keluarga yang memahami saya.

Masa sekolah dulu saya duduk di asrama, selalu mengikuti program kuliah maghrib menjadikan saya minat kepada Islam, ditambah pula dengan keIslaman seorang ketua pengawas, Mohamad Ooi Abdullah. Saya menjadikan dia sebagai ikutan, kenapa dia minat kepada Islam? Sedikit sebanyak membuka ruang untuk saya terus belajar melalui kuliah yang diadakan selepas maghrib. Itulah kenangan terindah saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera. Saya cuba ubah diri saya kepada kebaikan, sedikit demi sedikit. Cuma satu perubahan yang masih saya tercari-cari sehingga sekarang. ‘Pemakaian tudung labuh bidang 60 inci” kenapa saya perlu memakai tudung labuh? Sedangkan penutupan aurat cuma setakat melabuhkan tudung ke dada. Saya masih mencari jawapan. Adakah faktor iman? Mungkin orang tidak memahami apa yang saya rasa setiap kali melihat orang memakai tudung labuh. Saya sayangkan semua itu tetapi saya tidak mempunyai kemampuan untuk meneruskannya sekarang. Adakah ia cuma ikut-ikutan?

Dakwah, hmmm kenapa? Siapa membawa saya kepada dakwah? Namanya Mohamad Hafiz Ng, pendakwah di Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Dia banyak membantu saya di saat saya merasakan terumbang-ambing untuk menjadi pendakwah atau tidak? Syaitan sentiasa membuai hati inii. Dia juga mengenalkan saya kepada “facebook” dan pernulisan blog Islam. Saya ada membaca satu artikel mengenai facebook. Wah. Rupa-rupanya facebook itu adalah milik sebuah kesatuan bekas pelajar-pelajar yahudi di sebuah universiti. Adakah saya akan terus berdakwah? Insya Allah, semoga Allah Subhanallahtaala membuka hati saya terus-menerus untuk membuai bersama program agama Islam. Meneguhkan prinsip perjuangan kepada kemajuan dan kemenangan umat Islam.

Kita lancarkan perang saraf ke atas puak yahudi menggunakan facebook. Penulisan tazkirah di laman tersebut. Mengajak orang melakukan kebaikan, dengan kejujuran dan keikhlasan. Teknik pernulisan mestilah mudah difahami, jaga peribadi sebagai seorang Muslim.

Majukan ekonomi umat Islam melalui iklan produk Islam, bisnes. 90% ekonomi adalah daripada perniagaan, kecil atau besar itu bukan alasan, apa yang penting ialah kekayaan hati.

Gambar, jagalah keperibadian kita sebagai seorang Muslim.Menutup aurat. Tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Firman Allah SWT yang berbunyi :
“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”(Al-Baqarah : 208)

Orang nampak usaha kita ini mungkin kecil. Tapi apa jadi kalau satu usaha yang selama ini dipandang remeh kepada mereka memudahkan kita, membuatkan kita masuk syurga. Siapa tak nak masuk syurga. insya Allah, kita masuk ke syurga bukan kerana amalan tapi sebab rahmat dan kasih sayang Allah Subhanallahtaala kepada kita. Untuk mendapatkan rahmat dan kasih saying Allah Subhanallah, apa yang diperlukan? Amalan kita juga. Kedua-keduanya diperlukan untuk meniti jalan ke syurga Allah Subhanallahtaala. Insya Allah.

Tazkirah untuk diri saya juga.

Wallahua’alam.

Lipstik oh lipstik...

Apa tengok-tengok
gigit baru tahu

bibir kau cantiklah
gincu apa kau pakai

merah, fuh menyala, seksi
pink, lembut ajerrrr
kuning oh, tak pernah dibuat orang
tapi cubalah
oren....sesuai dengan orang kulit kuning langsat....cun oooo
dramatik.....hijau-biru, ungu
warna silver perak.........wow lembut..siapa berani cubalah hahahaha
hijau, wargh, wargh.....kalau adun dengan warna kuning lawa?
tengok pelangi sesuai tak?

jangan fikir yang terang-terang dan garang tu
fikirkan yang lembut saja di bibirmu
tapi
bagaimana bibirmu?
adakah ia seperti yang kauucapkan kepada mereka?

aku tetap aku
tak payah nak bergincupun
masa tunang dan kahwin dulu adalah sikit

kerana Allah Subhanallahtaala sudah jadikan wanita sebagai perhiasan dan
perhiasan terbaik adalah wanita solehah
Ya Allah, cantikkanlah akhlakku sebagaimana engkau telah mencantikkan rupa parasku. Amin Ya Rabbalallamin.

(nota : tidak berkenaan dengan sesiapapun, hanya cetusan idea penulis)

08 November 2011

Indahnya hidup andai bersyariat (pencarian hari lahir ke30)

Alhamdulillah, hari ini hari lahir saya yang ke 30. Semoga ia memberi kebaikan dan keberkatan daripada Allah Subhanallahtaala buat semua insya Allah.
Kadang-kadang orang menyambut hari lahir dengan kegembiraan, namun untuk apa keseronokan itu? Anda tahu, ia membuatkan saya merasakan dekat sangat dengan kematian. Hidup saya untuk dunia ini kalau boleh saya nak 1000 tahun, saya nak kaya, nak sedekah banyak-banyak kat orang. Tapi itulah umur saya ni baru 30 tahun, belum cukup ibadat untuk mengadap Allah Subhanallahtaala, cita-cita saya nak pergi beribadah di Mekah. Sekarang hari raya idul adha. Tengok gambar kaabah, rindu sangat. Sesungguhnya saya masih mencari "apa itu keindahan hidup bersyariat".
Wallahhua'alam.