Mencari Redha Ilahi


29 Jun 2011

Sayangnya Dia

Sayangnya Dia kat aku
sampai sekarang hidup lagi
tapi adakah aku hidup untuk Dia?

Sayangnya Dia kat aku
sampai Dia beri tanpa aku mintapun
tapi adakah aku berterima kasih denganNya?

Sayangnya Dia kat aku
sampai Dia bagi semuanya percuma tanpa diminta kembali
tapi adakah aku bersyukur?

27 Jun 2011

Erti Hidup

Hiduplah selagi engkau dihidupkan olehNya dan jangan sekali-kali matikan cita-cita serta impian dengan berputus harap. Teruskan perjuanganmu sehingga kau dapat apa yang didambakan olehmu, ketenangan hati Rahmatullah. Insya Allah, walau kau tiada lagi di dunia ini, kau pasti sentiasa hidup di hati semua yang berkasih sayang keranaNya.

23 Jun 2011

Dengan Penulisan?

Jika anda mahu berjaya di dalam pernulisan, resipinya adalah seperti berikut:

1. Tumpukan usaha anda kepada satu model pernulisan jika anda baru bermula belajar menulis

2. Pelajari mengenai ilmu pernulisan tersebut dengan terperinci

3. Timba pengalaman di dalam bidang pernulisan yang diceburi. Cuba menulis dalam pelbagai genre sehingga anda menjumpai genre pernulisan yang benar-benar sesuai dan serasi dengan kreativiti anda. Kreativiti adalah cabaran untuk semua penulis.

4. Berkongsi kemahiran dan ilmu dengan orang lain.

5. Perbaiki kelemahan dan kekurangan yang anda kenalpasti.

6. Ambillah inisiatif untuk melihat semula bahan rujukan yang diperolehi contohnya daripada buku, pengalaman penulis-penulis hebat yang telah dijadikan model kejayaan dan internet. Kaji semula segala-galanya.

7. Terus berusaha sehingga berjaya menghasilkan karya kreatif sendiri.

8. Letakkan sijil atau gambar kejayaan walaupun ia cuma 'sijil penyertaan peraduan' yang telah anda perolehi di tempat yang mudah dilihat untuk memotivasikan pernulisan.

9. Sokongan orang tersayang, keluarga serta sahabat dan juga peminat setia yang membaca karya anda.

10. Jagalah Allah.

Hiduplah sebagai seorang penulis, kerana penulis akan sentiasa 'hidup' dengan karya mereka walaupun sesudah dimatikan Allah Subhanallahtaala, insya Allah.