Mencari Redha Ilahi


29 Oktober 2010

Bersalah @ Tidak

Sesungguhnya perasaan bersalah itu lebih tajam daripada sekeping kaca yang terdapat di dalam semamgkuk sup - L. Ron Hubbard

Maafkanlah saya andai saya bersalah dan membuat dosa.

26 Oktober 2010

Kebahagiaan Dan Ketenangan

“(Iaitu ) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.” ( Surah Ar Ra’du ayat 28 )

25 Oktober 2010

Teknik Apabila Memutuskan Cinta

Teknik apabila memutuskan cinta, insya Allah berkesan

1. Solat sunat isthikharah

2. Doa
Ya Allah, seandainya dia ini baik untuk aku demi dunia dan akhiratku, pertemukanlah dan kekalkanlah jodoh antara kami di dunia dan akhirat dengan kelembutan kasih sayangMu sehingga ke akhir hayat kami. Tapi ya Allah, seandainya dia tidak baik untuk aku demi dunia dan akhiratku, pisahkanlah kami dalam persahabatan dan persaudaraan Islam dengan ketenangan.

3. Letakkan Allah SWT di atas. Pengharapan hanya kepada Dia. Apa jadipun kita masih ada Allah SWT, tempat untuk mengadu.

4. Ajak kahwin, sebab orang bercinta kerana Allah SWT tidak akan tunggu lama-lama kerana perkahwinan itu menutup pintu-pintu maksiat.

5. Hidupkan hati dengan zikrullah setiap detik.

6. Hafaz al-quran, orang yang hafaz al-quran ni, tumpuannya sepenuh kepada al-quran. dengar al-quran

7. Hadiri majlis ilmu dengan tekun

8. Berdakwah.

9. Menulis.

10.Ingatlah ujian adalah tempaan Allah SWT agar manusia pilihanNya lebih baik dan hebat.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)”

11.Amalkan doa
"Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka , jika aku tidak Engkau hindarkan tipu daya mereka , nescaya aku akan cenderung untuk ( memenuhi keinginan mereka ) dan tentulah aku termasuk orang yang bodoh."
Surah Yusuf : 33
(Kalau nak baca ayat Al Qurr’an sebagai doa, dibaca daripada Robbi aampai habis ayat tersebut)
Doa minta Allah memelihara hati dan perasaan ketika mengalami kesedihan ataupun kekecewaan. ( nak senang..... doa ketika putus cinta lah ni...hehehe ) walaupun hati kita sedih, Allah bantu , memberi kekuatan dan ketenangan. Insya Allah. Alhamdulillah, Allah membantu saya.
Doa minta Allah jauhkan kita daripada godaan nafsu, syaitan, dan kejahatan manusia

12.. Bebaskanlah dia kerana itu jalan yang terbaik. Seandainya dia baik untuk kita, insya Allah. Allah SWT akan mempertemukan kembali tidak di dunia, di akhirat nanti.. Kalau bukan, cari saja orang lain. Orang lain banyak lagi.


13. Simpan segala hadiah, kenangan atau pemberian dia. Insya Allah suatu masa nanti kita akan ketawa kalau kita tengok kembali, betapa teruknya..........hahaha


14. Tumpukan kepada kerjaya dan hobi

15. Kalau tidak suka dia, jangan benci dia. sebab seringkali jodoh kita akan dipertemukan dengan orang yang kita tak suka

15. Cari saja orang baru.

 Semoga ada baiknya, insya Allah.

Wallahhualam.

24 Oktober 2010

Antara 2 Cinta

Alhamdulillah, saya buat keputusan. Setelah saya bersolat sunat istikharah. Saya telah menolak satu cinta, kerana dua cinta tidak boleh diletakkan dalam satu hati. Biarlah, saya bersedia untuk menghadapi ujian tersebut.

Dua cinta tidak boleh diletakkan di dalam satu hati. Sesungguhnya itu jawapan yang saya ada.

Ya Allah, sesungguhnya saya dah berikan hati saya kepadaMu. Tiada siapa boleh mengambilnya, kecuali Engkau Ya Allah.

Kerana satu sebab, saya bercita-cita untuk menghafaz Al-qur'an. Sesungguhnya, penghafiz tidak boleh mencintai selain Al Qur'an. Kalamullah.

Wallahhualam.

12 Oktober 2010

Saya masih mencari......

Firman Allah yang bermaksud :
“Serulah manusia kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik Sesungguhnya TuhanMu yang lebih mengetahui mengenai siapa yang tersesat daripada jalanNya dan Dia yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk”.- [al-Nahl :125]
Cabaran meraih kepercayaan orang ramai terhadap keupayaan diri dalam bidang dakwah Islamiah cukup berat sebenarnya.
Bagaimana membuatkan orang faham apa yang kita sampaikan.
Bagaimana menutup kelemahan diri dengan bertanya kepada yang lebih tahu iaitu ustaz-ustaz dan alim ulama, jangan malu. Saya akui saya masih belajar. Kecintaan saya kepada ilmu. Saya sayang semua guru-guru saya.
Cabaran sebagai orang kelainan upaya bermasalah pembelajaran.
Cabaran sebagai seorang janda.
Cabaran sebagai seorang Muslimah yang masih mencari diri.
Alhamdulillah, saya percaya kepada jenama diri dan kaedah permasaran yang baik  Jenama diri saya ialah "norfazihahhani". nama yang kurang popular di dunia ini, tapi orang kenal, insya Allah. Kita tunggu dan lihat suatu masa nanti. Mungkin masa itu nanti, saya pula yang tiada masa untuk diri saya, hahahahaha.
Bagaimana menyuntik kehadiran diri dalam dunia dakwah, iaitu melalui penulisan di laman sosial facebook dan blog.
Apabila mereka sedar, barulah peluang datang.
Alhamdulillah. saya nampak peluang yang Allah SWT berikan.
Satu peluang untuk saya berdakwah, satu lagi peluang untuk saya jadi baik. Alhamdulillah. insya Allah.
Saya mempunyai sesuatu yang betul-betul saya sayang dan bersyukur sebab saya memilikiinya.
Saya berbesar hati untuk menawarkannya kepada orang lain nikmat tersebut.
Saya nak kongsikan apa yang saya sayang ini, ilmu tentang Islam dengan semua orang selagi saya mampu, Insya Allah.
Peluang hanya datang sekali dalam hidup saya dan ia perlu digunakan dengan sebaik-baiknya.
Sebelum Allah SWT menarik nikmat 'otak' ini,. kerana kelenjar pituitari saya dah rosak sikit. Kelenjar yang mengawal semua bahagian otak. Kenapa saya perlu tunggu lagi?
Saya belajar ilmu kerana kecintaan saya kepada Islam itu sendiri.
Bukankah ayat al-qur'an yang pertama diturunkan mewajibkan kita membaca. Iqra'. Bacalah. Saya suka membaca. Membaca bagai bicara bisu antara kita dan penulisnya.
Sesiapa yang nak jadi penulis, carilah ilmu banyak-banyak dengan kembara sedunia, dengar kuliah, membaca buku ataupun melayari internet.
Jadilah pecinta ilmu. Pecinta orang yang berilmu.
Semoga Allah SWT membuka pintu hidayahNya buat saya untuk jadi baik dengan berdakwah, insya Allah. Saya bahagia melakukannya.
Wallahhualam.

06 Oktober 2010

Doa Rabitah

Ya Allah

Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..

05 Oktober 2010

Cermin Ketuhanan - Indahnya Kehidupan

Kehidupan adalah cermin ketuhanan paling indah dan halus. Cermin sesuatu yang indah adalah yang indah juga, cermin yang memancarkan keindahan sesuatu yang indah akan juga menjadi cerminan yang indah.

Segala yang menimpa kita adalah indah-seindahnya kalau hidup kita bersama sesuatu yang paling indah..Hua Rabbul Jalil.

Facebook : Saifuldin Mohd Nawawi
Penyunting : Norfazihah Hani Binti Haji Abnol Kassim

Kisah saya dan kawan saya

Sebenarnya Allah SWT membukakan kepada saya jalan untuk menuju kepada kebaikan Islam setelah saya kenal abang Muhammad Ooi Teong Keat Abdullah semasa sekolah dulu. manakala pembuka jalan untuk saya berdakwah melalui pernulisan pula adalah ustaz Mohamad Hafiz Ng San Sui Abdullah, kedua-duanya mualaf.

Bagaimana hendak saya meletakkan kesyukuran dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana menunjukkan jalan hidayahNya melalui kebaikan mereka melainkan rasa bersyukur kerana diberikan kecintaan saya kepada Islam.

Alhamdulillah. Semoga kedua-dua Hamba Allah ini diberikan kebaikan di dunia dan di akhirat. Saya cukup sayangkan keIslaman mereka berdua ini.

Wallahhualam. Wassalam.