Mencari Redha Ilahi


17 Mei 2010

Seteguh Helang

Hujan yang turun begitu lebat ketika ini membuatkan saya teringatkan satu kisah yang memotivasikan saya. Kisah seekor helang.

Burung-burung lain akan terbang kembali ke daratan seandainya hujan begitu lebat ditambah kilat bersabung memancar dan guruh berdentum. Bukankah begitu selalunya?

Tapi seringkali dilihat helang akan terus terbang meredah hujan tanpa mempedulikan kebasahan kerana matlamat yang penting untuk mencari rezeki, memberi suapan makanan kepada anak-anak. Naik ke langit melepasi awan yang paling tinggi. Terbang jauh mencari sinar mentari dengan harapan menemui kecerahan, di mana letaknya sumber rezeki yang Allah SWT telah sediakan untuk setiap makhlukNya.

Begitulah kehidupan kita, walau apa juga ujian dan cabaran yang Allah SWT berikan, kita wajib mengekalkan matlamat kehidupan untuk Allah SWT kerana Allah SWT telah menjanjikan kebahagiaan kepada setiap orang yang beriman kepadaNya.

Wallahhu'alam. I Love Islam.

1 ulasan:

  1. Siapalah hamba Allah yang mengundi cerita ini. Alhamdulillah. sebab cerita ini 'simple' tapi memberi motivasi kepada saya ketika saya ditimpa ujian. Saya tak sangka pula cerita ini memberi motivasi kepada orang lain. Semoga hamba Allah tersebut lebih berjaya, insya Allah. Tapi, perlu diiingatkan ketika helang terbang tinggi adakalanya helang keletihan, bermasalah dan memerlukan dahan pokok untuk berehat. Pokok tersebut akarnya di tanah. Ingat-ingatlah asal kita daripada tanah tempat kita berpijak dan kepada tanah juga kita akan kembali. Kemuliaan manusia cuma keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

    BalasPadam