Mencari Redha Ilahi


26 Mei 2010

Bye, bye

Assalamualaikum.
Sekarang ini standby buku-buku kursus induksi untuk pelajar-pelajar yang akan bergelar Jururawat Klinikal Gred U29 tak lama lagi. Mereka akan keluar kolej sebagai jururawat terlatih, tahniah buat semua. Alhamdulillah, sebulan lagi. Insya Allah.

Mereka ni adalah jururawat lelaki dan juga perempuan, Untuk jawatan jururawat, ada satu jawatan Ketua Jururawat U32, kenaikan pangkat. selalunya kat hospital dipanggil "sister".Apa jadi kalau lelaki pegang jawatan "sister", ha? Ok tak....dipanggil sister. Ok sebab kebanyakan jururawat lelaki, cara layanan memang baik, dari segi komunikasi.

Cuti semester pelajar-pelajar kursus diploma akan bermula tak lama lagi, agak sunyi sepi kolej dibuatnya. Yang tinggal cuma pengajar, staf dan pelajar kursus sijil posbasik, itupun tak ramai. Kerja tetap kerja. Insya Allah.

Alhamdulillah, hari ini dapat slip gaji, hmmmm nampaknya untuk Tabung Haji belum dipotong lagi, entah bila akan dilakukan, Wallahhua’lam. Kalau sudah dibuat potongan tersbut, mudahlah kerana tak perlu membuat penyimpanan secara manual. Insya Allah, suatu masa nanti saya nak pergi beribadah dan menunaikan haji di Mekah. Rindunya, rindu-serindunya. Ya Allah, sampaikanlah hajat hambaMu ini. Amin.
Wallah hu’alam.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan