Assalamualaikum.
Sememangnya blog saya tiada kata-kata aluan ataupun pengenalan kerana saya merasakan ia tidak penting. Yang penting bagi saya adalah perkongsian ilmu. Saya mempunyai hobi dan bakat sebagai penulis, Alhamdulillah.
Ditakdirkan Allah, saya tahu kelebihan tersebut secara kebetulan. Semasa sekolah menengah tingkatan 5 saya belajar di aliran sains tulen. Dalam pertandingan mendeklamasi sajak, cikgu saya suruh saya masuk.Terima kasih, cikgu.
Pada mulanya saya menolak sebab saya tak tahu nak tulis apa. Lagipun saya mempunyai masalah pertuturan yang agak teruk.
Tapi cikgu saya tak mengalah, dia siap beri tema bagi setiap perenggan.Semoga Allah memberkati beliau dengan kasih sayangNya, insya Allah.
Bila balik rumah, barulah idea datang, Alhamdulillah.
Saya masih ingat tajuk sajak tersebut, Epilog Keinsafan Seorang Musafir Jalanan.
Saya memenangi Anugerah Khas dalam pertandingan tersebut, Alhamdulillah sebab sekolah saya hanya saya seorang sahaja pelajar kurang upaya. "special gift". Saya belajar di sekolah biasa, duduk di asrama. Cabaran.....Fuhhh, tak usah cakaplah, macam-macam.
Kalau saya belajar di sekolah khas, belum tentu saya boleh bergaul dengan orang biasa, Alhamdulillah. saya bersyukur kerana Allah mengurniakan kepada saya, mak dan abah yang berpandangan jauh, Alhamdulilllah.
Pembukaan blog inipun, ada hamba Allah yang suruh saya tulis.Seolah-olah, kena cabarlah. hehehehe
Sekarang ni, mak saya suruh saya bukukan kisah hidup saya. Allah, beratnya tanggungjawab tersebut. Saya masih belum mampu melaksanakannya. Innalillahhiwainnahirojiun.Ya Allah, bantulah hambaMu ini. kurniakanlah hidayahMu dan kekuatan.
Walauapapun , saya sayangkan mak, abah, keluarga, guru, sahabat dan seluruh umat Islam. Semoga Allah memberikan kepada saya hidayahNya untuk terus belajar dan menulis, insya Allah. Sesungguhnya ilmu Allah ini terlalu luas.
Wallahhua'lam.
I Love Islam
13 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Alhamdulillah, Allah SWt menemukan saya dengan seorang sahabat. RezekiNya, Alhamdulilllah. Terima kasih buat sahabat saya kerana dah cabar saya. Sungguh tak terlintas di minda nak buat blog sebelum ini, mungkin dia nampak bakat pernulisan saya. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana dikurniakan anugerah pendakwah. Semoga Allah SWT mrahmati beliau dengan kasih sayangNya, insya Allah.
BalasPadamSesungguhnya saya sayangkan persahabatan ini. Semoga ia kekal di dunia dan akhirat, insya Allah.