Mencari Redha Ilahi


31 Mei 2010

Doktor Oh Doktor

Suatu hari, seorang apek pergi ke klinik kerana sakit perut.

Di dalam bilik doktor.

Doktor : Apek, ini ubat masuk dalam lu punya itu dubur.lah.

Apek tersebutpun baliklah ke rumah. Sampai di rumah, apek itupun masak bubur dan ditambah dengan ubat tadi. Dia makan bubur tersebut. Tapi, perut dia bertambah sakit. Diapun pergi ke klinik, jumpa doktor tadi.

Apek : Haiya, doktor. Wa punya perut sakit teruk, adoiiiii. Lu kasi ubat apa suruh wa masuk dalam wa punya itu bubur nasik. Wa makan itu bubur manyak pahit woooo.

Doktor : Apek, itu ubat bukan untuk makan tapi masuk dalam lu punya itu tempat berak.

Kesimpulannya, berhati-hatilah kerana bukan semua orang boleh berbahasa Melayu dengan baik. Belajar bahasa lain, tambah kemahiran. Sayapun tengah belajar bahasa lain, selain Bahasa Melayu yang digunakan setiap hari. Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan bahasa paling penting, Bahasa Al Qur'an, Bahasa Arab. Tetapi masih baru. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Insya Allah, tiada ruginya menambah dan menggunakan ilmu. Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan