Mencari Redha Ilahi


30 Mei 2010

Hai, hai.....Bye, bye.......

Kahwin, asalnya saya ni ramai kawan lelaki sampaikan tak tahu siapa pilihan di hati. Rupa-rupanya ditakdirkan Allah SWT, perkahwinan saya bukan dengan mereka tetapi perhubungan antara kami berdua diaturkan oleh pihak ketiga .

Saya tetap merasai nikmat menjadi pengantin, Alhamdulillah. Walaupun dia cuma pinjaman Allah SWT bagi menguji hambaNya yang lemah ini. Bukan semua orang dapat nikmat menjadi suami isteri. Alhamdulillah.

Sekarang kahwin bukan lagi matlamat utama. Kalau 10 tahun dulu, kahwin menjadi antara keutamaan dalam hidup, sekarang tidak lagi. Apabila dikenang-kenang kembali, memang mampu membuatkan saya tersenyum. Yalah, dalam ramai-ramai kawan lelaki, perkahwinan saya diaturkan pihak ketiga. Itulah takdir namanya.

Alhamdulilllah, perkahwinan kami bahagia walaupun dia serba kekurangan. Dia juga orang kelainan upaya. Cuma ditakdirkan Allah SWT jodoh kami tidak kekal disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Allah SWT mengurniakan seorang suami yang baik kepada saya. Tetapi kekurangan yang beliau alami menyebabkan beliau tidak dapat menjadi pemimpin serta pembimbing di dalam keluarga.

Berat mata yang memandang ketika di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, berat lagi bahu yang memikul. Alhamdulillah, Allah SWT mengasihi saya dan memberikan ketenangan semasa talak dilafazkan. Ia umpama melepaskan bebanan tekanan bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah. Walaupun talak itu halal, tetapi ia perkara dibenci oleh Allah SWT. Dia cuma pinjaman daripada Allah SWT untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan kami sekeluarga. Saya redha melepaskan dan membebaskan dia. Seperti rajawali, terbang tinggi. Tetapi saya tetap sayangkan perkahwinan, kerana pahala yang Allah SWT janjikan seandainya hubungan kasih sayang suami isteri berjaya dikekalkan ke akhir hayat seperti pahala membina masjid.

Alhamdulillah, saya bersyukur Allah SWT sangat menyayangi diri saya. Saya sudah memaafkan dia dan melupakan semua kesalahan dia. Kosong, kosong. tiada dendam di hati. Saya sayangkan dia sebagai saudara seIslam, tetapi untuk saya dan dia kembali sebagai suami isteri adalah tidak. Di antara kami sememangnya tiada jodoh sebagaimana doa saya selapas solat istikharah sebelum saya berkahwin dulu.. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah SWT memisahkan kami dengan ketenangan.

http://tokjanggut1961.fotopages.com/?entry=1744584

http://fauzana78.fotopages.com/?entry=1746679

Tapi gambarnya sedikit saja. di 'link'kan daripada blog kakak ipar saya. Saya tak boleh letak kat blog "norfazihahhani" ni, kerana ia sudah tinggal kenangan. Hehehehe, jangan sandarkan pada kenangan. Biarkan, biarkan, biarkan berlalu.............

Wallahua'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan