Mencari Redha Ilahi


28 April 2011

sudirman pelangi petang lirik

27 April 2011

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu lirik by RioChikagu

rindu saya masih untuk awak

sayang awak.wmv

Doa Seorang Kekasih

Doa Seorang Kekasih

Doa Jodoh

tips mencari jodoh

Jika Aku Jatuh Hati

jika aku jatuh....wmv By : Humaira Fii Hamra

surat cinta untuk calon suami~

untuk calon isteriku

Bila Waktu Telah Berakhir

Bila Waktu Telah Berakhir

opick bila waktu tlah berakhir

opick bila waktu tlah berakhir

Opick - Bila Waktu Telah Berakhir

opick bila waktu telah berakhir

ketika tangan dan kaki berbicara

Jalan Ku Pulang - UNIC

Tarhim - Munif Ahmad

Bidadari - Munif Ahmad

Isteri Solehah - Soff One

Suci Skeping Hati - Saujana

Hijjaz - Rindu

26 April 2011

Kopratasa - Permata untuk Isteri

Kopratasa - Permata (untuk isteriku) Video Clip Karaoke

Kopratasa - Permata untuk Isteri

Kopratasa - Permata untuk Isteri

Kopratasa - Permata untuk Isteri

Kopratasa - Permata untuk Isteri

Nur Kasih- Inteam

Mahligai Mu Dari Airmata Ku - Lestari

Siapa Dihati Mu (Rahmat)

25 April 2011

keutamaan berdakwah

http://islam-download.net/artikel-islami/keutamaan-berdakwah.html

24 April 2011

Apa adanya anjing...........

Apa adanya anjing…….
Anjing
Siapa pernah tengok anjing?
Muslim yang melihatmu pasti melarikan dirinya jauh daripadamu

Walau engkau najis
Sentuh, belailah
Andai tangan ketika itu basah atau berpeluh
Basuhlah 7 bahagian air mutlak bersama 1 bahagian air tanah
Tiada haram untuk menyentuhmu

Tak serupa manusia walau sama keadaan
Sering berdekatan pula
Berlainan jantina bukan muhrim tetap haram disentuh

Setiamu, sabarmu kepada tuanmu
Dipanggil mari
Dihalau pergi
Dipanggil mari
Dihalau pergi
Dipanggil mari
Engkau sahabat terbaik buat tuanmu, kesetiaanmu
Al-kisahnya Ashhabul Kahfi?
Kesabaranmu , kasih sayangmu
Penghibur di kala tuanmu sepi
Penjaga terbaik buat tuanmu
Penyelamat tuanmu daripada gangguan

Tetapi apa yang engkau dapat?
Penghinaan akhirnya......mereka tidak menyukaimu

14 April 2011

Di Taman Firdausi

Setiap detik..
Setiap hari..
Setiap waktu..
Aku selalu memikirkanMu..
Kerana aku sayang kepadaMu..
Tetapi aku juga tahu hidup tanpa bersujud padaMu Ya Allah, seumpama pokok tak berbunga dan berbuah. Engkau bajailah hatiku ini dengan keimanan. Semoga buah taqwa yang dihasilkan itu kekal kemanisannya. Sewangi bunga-bunga di taman Firdausi, insya Allah.

RAHMAT - Hanya Segenggam Setia

12 April 2011

Jika Harus Memilih

"Jika harus memilih satu di antara dua, maka pilihlah orang yang mencintai kita, Kerana orang yang mencintai kitalah yang sanggup mengerti dan membuat diri kita bahagia, insya Allah."



Allakhazaam - Jika Harus Memilih

07 April 2011

JUALAN MURAH 1- MALAYSIA ( RM 38 )

hUBUNGI : HAJI ABNOL KASSIM BIN MAHMUT 019-5162775





05 April 2011

Wali Band - Cari Jodoh

Kad Bertulis Tangan Masih Di Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kad Bertulis Tangan Masih Di Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Ketika Cinta Bertasbih - Melly Goeslaw feat Amee With Lyric By Nury

Wali Band-Aku Cinta Allah (Dgn Lirik Lagu)

Wali - Mari Shalawat (Lirik)

WALI BAND __ TOMAT (TAUBAT MAKSIAT) With FULL LYRICS

04 April 2011

Pak Long Selagi Ada Rindu

EYE - Satu Nama Tetap Di Hati

EYE - Izinkan Selamanya Namamu Di Hati *Original Audio

Hijjaz - Debu-debu Dosa

Melakar Cinta Dipintu Syurga

Kaku terdiam

Kepiluan
kucuba mengusirmu
tapi kegelisahan juga yang melanda
cuma berlalu
bersama kasih
tercalar
aku tersiksa tiada tertahan
bisa tertikam pada kalbuku
tidak bermaya langkah ini
tiada disangkal lagi
kau kulepaskan
dibebaskan
luka tintaku
patahnya bagai arang
hitamnya takkan bersambung lagi

Bila Pejajah Terkejut Tulisan Jawi Dikuburkan.. | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Bila Pejajah Terkejut Tulisan Jawi Dikuburkan.. | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Rab, 10 Nov 2010 16:00 |
Print
0

Semasa bekerja di Queen Mother Library, saya diminta untuk melayan seorang pengunjung, warga emas Scottish.

Walaupun saya menjangkakan yang umur beliau sudah mencecah umur 70-an dan sudah bertongkat, tetapi datuk Scottish ini kelihatan 'cerah' fizikal dan akal.

Semasa menguruskan kad keahlian perpustaan beliau, banyak soalan diajukan kepada saya.

Antara yang amat menarik perhatian saya ialah:

"Are you jawi people... errr I mean from Malaya?"

"Yes I am from Malaya. We call our country now as Malaysia."

"How do you have a good English (Latin character) writing?"

"Because simply I'd been grown up by this."

"Ohh dear me, I thought Malayan people are still using this Arabic or Quranic font to write their language. I still remember it's called jawi, and even a lot of people call your people as jawi."

Rupa-rupanya pakcik itu, seperti ratusan bahkan mungkin ribuan lagi warga British yang lain, pernah berkhidmat menjajah Tanah Melayu suatu masa dahulu.

Beliau terkejut kerana tulisan jawi sudah tidak lagi digunakan secara meluas di negara kita, sedangkan semasa beliau bertugas di negara kita sepanjang sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas.

Bahkan beliau sendiri boleh mengingati beberapa huruf arab/jawi.

Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi.

Mana tidaknya, itulah dia tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan.

Arwah abah saya sendiri, yang pernah menjadi salah seorang pegawai atasan Telekom, banyak mencatat di dalam jawi.

Arwah atuk saya, melanggan akhbar Utusan Melayu yang kini telah dipusarakan.

Bahkan, pemasyhuran kemerdekaan pada tahun 1957 turut ditulis di dalam tulisan jawi.

Itu belum ditelek lagi dokumen perjanjian perdagangan antara Raja-raja Melayu dengan pedagang dan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

Ketika pendita Za'ba telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi dengan karya agungnya 'Rahsia Tulisan Jawi', agak malang kerana anak-anak didik penjajah berkulit sawa matang telah mentalkinkannya di dalam sistem pendidikan.

Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 ketika mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan.

Apa yang berlaku di negara kita pada waktu tersebut ialah duplikasi sekularisasi daripada negara Turki, setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, antara keutamaan anak didik penjajah ketika itu ialah me'latin'kan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab.

Daripada wujudnya kelas jawi di sekolah rendah, akhirnya jawi terkubur di dalam buku teks subjek Pengajian Islam sahaja.

Kesannya, ialah generasi muda yang merangkak-rangkak membaca jawi dan yang sedihnya, menjejaskan 'kelancaran' bacaan al-Quran mereka.

Ya saya akui ada perdebatan akademik mengenai adakah tulisan jawi membantu bacaan al-Quran, akan tetapi itu bukan soal pokok yang ingin saya bincangkan di sini.

Di United Kingdom, saya rasa kagum dengan bagaimana orang-orang Pakistan dan India yang ramai bermigrasi di sini memelihara tulisan Urdu mereka supaya sama dengan tulisan Arab.

Anak-anak muda mereka masih lagi lancar menulis di dalam tulisan Urdu, walaupun bersekolah Inggeris, dan hidup pun gaya British.

Mereka masih mampu menerbitkan surat khabar di dalam tulisan Urdu di negara sekular ini, dan ianya dibaca secara meluas.

Pergilah sahaja ke masjid, atau ke kedai halal, anda akan dapat melihat tulisan Urdu.

Cuma alhamdulillah ketika pemerintahan Tun Abdullah dengan slogan Islam Hadharinya, beliau telah menggagaskan j-Qaf.

Pada peringkat awal, saya pun tidak tahu apakah yang dimaksudnya dengan j-Qaf.

Rupa-rupanya, ia adalah merupakan satu cubaan untuk menyuntik nafas baru di dalam subjek Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain (singkatannya ialah j-Qaf).

Ramai rakan-rakan sepengajian saya di Mesir bekerja sebagai guru j-Qaf di sekolah kerajaan.

Ketepikan khilaf politik, didoakan agar usaha itu boleh mengembalikan kegemilangan tulisan jawi.

Dan tidak cukup dengan itu sahaja, generasi saya, iaitu generasi mak abah kepada anak-anak moden perlu sedari awal mendidik anak-anak kita dengan tulisan Arab.

Pendedahan awal akan memastikan mereka lancar membaca al-Quran apabila dewasa nanti.

Tulisan jawi bagi saya amat membantu penguasaan bahasa Arab dan al-Quran.

Justeru, ketika Pendita Za'ba telah berusaha merekaya tulisan jawi dengan karya 'Rahsia Tulisan Jawi'nya, maka janganlah kita menjadi generasi yang 'merahsiakan tulisan jawi di dalam pusaranya'.

- Artikel iluvislam.com
Info Penulis

Ahmad Irfan @ Abid Fana kini menetap di Aberdeen, United Kingdom. Sila lawati blog penulis untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi. - http://facebook.com/abidfana

Glosari: Laman web AbidFana - http://www.abidfana.com, Sumber Grafik: Zulhafidz - Bacalah English, Info: Penerbitan & kemaskini semula artikel laman versi 01 oleh aeyie®

Oh Allah Forgive Me

Allah Maha Pengampun-"La Tahzan" (Dr Aidh Al Qarni)

Raihan - doa taubat

Ustaz_Shamsuri_Bila_Dua_Air_Bertemu_6

Ustaz_Shamsuri_Bila_Dua_Air_Bertemu_4

Ustaz_Shamsuri_Bila_Dua_Air_Bertemu_2

Ustaz_Shamsuri_Bila_Dua_Air_Bertemu_5

Ustaz_Shamsuri_Bila_Dua_Air_Bertemu_3

Ustaz_Shamsuri_Bila_Dua_Air_Bertemu_1

01 April 2011

doa rabitah.wmv

UMMI-haddad alwi