Assalamualaikum
Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk membaca dan menulis lagi pada hari ini. Itu nikmat yang allah SWT anugerahkan kepada saya, nikmat yang tidak ternilai harganya, Alhamdulillah. Hari ini saya membaca sisipan akhbar Utusan Malaysia, Mega. Isu Mode, dengan tajuk "Bagaimana nasib anak-anak lembap?"
Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman sewaktu sekolah rendah. Yalahkan, sekolah dengan budak-budak biasa, mesti ada cerita punyalah.
Pada awalnya saya ditempatkan ke kelas biasa, kelas nombor 2. tapi disebabkan dalam kelas saya lambat menulis, cikgu telah menempatkan saya ke kelas permulihan pembacaan, pernulisan dan pembelajaran. Kelas untuk pelajar lembap IQ.. Nak tahu berapa hari saya duduk kat kelas tersebut? Tak sampai seminggupun,. Dah kembali ke kelas biasa.
Apabila dikenang kembali, memang kelakar. Cikgu yang ajar kelas tersebut bernama Cikgu Rokiah, semoga Allah SWT merahmati beliau dengan Rahmatullah, insya Allah,.
Mesej daripada cerita ini ialah tidak semua OKU Bermasalah Pembelajaran itu IQnya rendah. Kadang-kadang Allah SWT berikan kepada kami IQ yang setaraf dan mungkin lebih tinggi daripada manusia normal. Alhamduiulillah. Walaupun saya ni OKU yang bermasalah pembelajaran, tapi saya tidak menjadikan itu sebagai masalah. Ia adalah cabaran kehidupan kerana Allah SWT tidak memandang kesempuranaan fizikal tetapi Allah SWT memandang keimanan seseorang.
Buat sesiapa yang dikurniakan anak bermasalah pembelajaran, itulah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai bagi anda. Jaga mereka dengan sebaiknya, beri pendidikan kerana setiap anak sudah dijanjikan rezeki oleh Allah SWT. Seperti diri saya sendiri. Alhamdulillah, Allah SWT memberikan rezekiNya kepada saya. Hanya saya seorang penjawat awam di antara kami 5 orang adik-beradik. Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan nikmatNya.
Walaubagaimanapun, saya tetap merasakan anak-anak yang bermasalah pembelajaran IQ rendah ini memerlukan kesabaran, perhatian dan kasih sayang daripada semua lapisan masyarakat. Sokongan padu, usaha dan doa daripada mak, abah, keluarga, sahabat, guru-guru, umat Islam dan seluruh dunia amat membantu kami untuk berjaya, insya Allah.
Wallahu’alam.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan