Mencari Redha Ilahi


30 Mei 2011

Baru sebentar tadi

sesaat yang berlalu menguji
tiada apa yang mengujakan sebenarnya
tidak pula dikejutkan
tanpa sinis
biarlah ia cuma menjadi debu-debu
berterbangan halus semulus zarah
apa ada
hanya cerita
sebuah kisah
tauladan buat hati yang mahu mengerti
peringatan buat siapa yang menyedarinya

Coretan buat kekasihku, pemanduku di dunia menuju ke destinasi akhirat

Ya Allah, sungguh aku tidak mampu untuk menterjemahkan perasaan ini kepada dia
seandainya dia adalah takdirku di dunia dan akhirat
Engkau pertemukanlah kami dalam RahmatMu
aku bersedia menerimanya
jodohku ketentuanMu
aku telah menyerahkan segalanya kepadaMu
doa dan istikharahku padaMu
kuyakini dia adalah peneman hidupku
hanya Engkau yang mengerti hatiku ini
aku sebagai hambaMu
ketenangan yang aku rasakan ketika bersamanya
tidak dapat aku coretkan di sini
mungkin ia hanyalah sementara
walau aku tahu ia pinjaman untuk menguji kecintaanku lagi
aku tidak mampu untuk menyatakan isi hatiku kepadanya
hanya doa
biarlah aku menanti saja jawapan itu daripada dia
aku mencintai dia keranaMu
bukan kerana kebaikan dia
aku tidak mengenali siapa dia sebenarnya
akhlaknya , kebaikannya juga belum kutahu
aku tidak mahu ia ditutupi kepura-puraan lagi
cinta itu tidak bertambah dengan kebaikan
cinta itu juga tidak berkurang angkara keburukan
tetapi saling lengkap-melengkapi ketidaksempurnaan itu

"Kita bertemu kerana Allah Subhanallahtaala, biarlah Dia menentukan jodoh pertemuan ini"- insya Allah

Salam sayang daripada hati yang merindui pemanduku di dunia menuju ke destinasi akhirat- Assalamualaikum.....

Orang ni kena penyakit angau lagi, hahahahaha......

Nasihat pakar percintaan - Doakan, simpan saja perasaan itu di hati. Jelmakan ia berhati-hati. Insya Allah, adalah nanti.

ko tengah sibuk dengan kerja mengemas, kerja ko tak siap lagi wei. buatlah kerja ko itu elok-elok. ko kena ingat kerja ko tu ibadah, di dunia ko tanggung, di akhirat nanti ko nak jawap apa...........

22 Mei 2011

contoh.....pernulisan sajak-perkongsian ilmu

contoh saya buat satu

berkenaan apa ya....

1. fitrah
2. persaudaraan
3. islam

Salam ukhuwah ku ucapkan buatmu
Walau aku tidak tahu siapa dirumu
tapi aku tahu kau juga saudaraku
kita asalnya Adam dan Hawa fitrahnya

05 Mei 2011

Otak......hati.........ke mana?

Si jantung hati, oh si jantung hati
seperti pernah kita semua dengari ia
dah hafalpun
sebuah lagu
tapi masihkah kau ingat berapa kali ia berdegup
entahlah
aku sendiripun tak tahu
apa yang kaufikirkan sekarang?
apa adanya otak?
hanya ada sekeping isi tapi panjangnya
oh, siapa tahu destinasi fikirmu itu akhirnya ke mana
tenungmu, renungmu
kadang-kadang tu
tertawa sendiri
terkenang saat manis bersama kekasihmu
namun adakah kau sendirian
tenungkan nasibmu di sejadah
tidak, sebenarnya kau tidak bersendirian di situ
kecaman soalan berlegar di hati, banyakkkkk.....
"jahatkah aku ini bagai musuhnya syaitan padaku,
"baikkah aku ni sebagai hamba Tuhan mendambakan keampunan Rahmatullah?
atau pencinta Rabbulalamin "
entahlah......
ke mana tujumu nanti
syurga atau neraka?
siapa temanmu di kubur?
si dia..........siapa tu...
kau ketuk pintu yang mana satu?
nanti dulu......
kau nak masuk rumah yang mana?
rumah yang penuh ulat berbisa, siksanya oh sakit
juga tempat gelap lagi kelam tak bercahaya
bersama soal Mungkar, Nakil atau siksaan Zabaniah

apa ada di dunia ini hanya pinjaman buatmu, rumahmu
tiada nilai di sisi Tuhan
walau ia sebesar dan seindah Taj Mahal
buatlah, rebutlah kemewahan dunia itu
jangan diupa habuanmu di akhirat sana tauuuuuu

nak tahu apa yang aku inginkan?
cukuplah sekadar bilik untuk aku menghambakan diriku padaNya
pustaka penyimpan ilmi hidayahNya yang dikurniakan untukku
untuk aku hadiahkan buat siapa saja yang inginkan ilmuku
akan ku jadikan setiap detik itu bagai zikrullah
sujudku padaNya sebagai hambaNya
tak lain tak bukan kenyataan itu?

kerna satu sebab saja tau.......
si Dia telah membebaskan dan memerdekakan aku di dunia ini
yeahhhhhh, bestnyer......

nantikan episod seterusnya, insya Allah, tungguuuuu.........