Mencari Redha Ilahi


23 Mei 2010

Happy Birthday To You

Happy Birthday To You, Happy Birthday To You. Hadiahnya sebiji kek siap dengan llilin sebatang……………….tanpa disedari penjajahan fikiran sedang berlaku dalam budaya sambutan hari lahir masyarakat kita.

Seandainya kek yang cantik itu boleh diumpamakan sebagai keindahan bumi. Tertegaknya lilin adalah pegangan Islam. Cahaya lilin menjadi Hidayah Nur Iman, hadiah daripada Allah SWT untuk orang Mukmin.

Happy Brithday To You, Happy Birthday To You, Happy Birthday To You. Lilin ditiup untuk memadamkan api, lalu dicabut lilin tersebut daripada kek. Upacara permotongan kekpun bermula tanpa menyedari propaganda oleh orang kafir bagi menghapuskan Islam di bumi. Hakikatnya budaya ini semakin menjadi ikutan masyarakat Islam tanpa menyedari kita sedang dijajah.

Semakin panjang usia kita, adakah amalan kita cukup untuk bekalan bertemu Allah SWT? Bersyukurlah kerana Allah SWT masih memberikan iman, nyawa, harta, ilmu dan kesempatan masa untuk kita menambah amalan ketaqwaan kepadaNya. Gantikan budaya sambutan Happy Brithday To You ini dengan kenduri kesyukuran kerana kita masih diberi nyawa untuk terus hidup dan beribadah kepada Allah SWT. Entah bila kita akan kembali kepadaNya. Mungkin hari ini, esok, lusa ataupun sesaat lagi.

Nikmati kehidupan hari ini dengan keceriaan senyuman, ketenangan zikrullah, dan akhiri ia dengan memohon keampunan Allah SWT serta memaafkan semua. Itulah kunci kebahagiaan saya sekarang, insya Allah semoga ia kekal sehingga ke akhir hayat.

Hadiah terbaik untuk seorang insan adalah buku, kenapa? Kerana ayat Al qur’an pertama diturunkan adalah Iqra’ (Bacalah). Saya suka membaca dan menulis.

Wallahu’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan