Mencari Redha Ilahi


13 Julai 2023

BEZA

 PERBEZAAN ANTARA أطْلَعَ على DAN اِطّلَعَ على


Bagi yang biasa membaca teks Arab, akan pernah melihat dua frasa kata kerja ini. Nampak seperti sama, tetapi tidak.


1. Dari sudut sorof, أطْلع fiil thulathi yang ditambah 1 huruf iaitu أ atas wazan أفعل, manakala اِطّلَع adalah thulathi yang ditambah 2 huruf iaitu ا dan ت, asalnya اطْتَلع atas wazan افتعل. 


2. Selain itu, أطْلَع adalah fiil mutaaddi (transitif), iaitu ia boleh menyambut objek tanpa perantara huruf jar.

أطْلَع -يُطْلِع.... على... 

Boleh diterjemah: "memberitahu, menyatakan, memperlihatkan kepada seseorang tentang sesuatu.."


سأُطْلِع أبي على الخبر 

Terjemahan: Aku akan memberitahu ayahku tentang berita itu


 di mana fiil itu boleh terus menyambut objeknya/maf'ul bih iaitu (أبي) tanpa huruf jar. Adapun huruf jar على di situ diperlukan utk menyambut objek kedua iaitu perkara yang ingin disampaikan. 


Dalam Al-Quran, Allah s.w.t berfirman:


وَمَا كَانَ ٱللَّهُ لِیُطۡلِعَكُمۡ عَلَى ٱلۡغَیۡبِ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ یَجۡتَبِی مِن رُّسُلِهِۦ مَن یَشَاۤءُۖ )

[Surah Aal-E-Imran 179] 


Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang Ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang Ghaib). 


3. Fiil اطَّلَع - يَطَّلِعُ على...pula adalah fiil lazim (tak transitif) kerana ia memerlukan huruf jar على untuk menyambut objeknya. Ia bermaksud "melihat". Contohnya:

أريد أن أطَّلِعَ على الكتاب 

Saya mahu melihat (membaca) buku itu.


Allah s.w.t berfirman: 


لَوِ ٱطَّلَعۡتَ عَلَیۡهِمۡ لَوَلَّیۡتَ مِنۡهُمۡ فِرَارࣰا 

Surah Al-Kahf 18

jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan