Mencari Redha Ilahi


18 Januari 2011

Seandainya...........

jauh sekali untuk menyakiiti
dekat padamu membuatkan aku bahagia
walau siapapun dirimu
kurang upaya
kerana aku meletakkan kebahagiaan itu pada hatiku
bukan di hatimu

aku tidak mengharapkan yang terbaik
aku cuba memberi apa termampu
aku cuma insan biasa
takkan upaya
aku tidak mampu membimbingmu kepada kebaikan
juga tergapai-gapai pimpinan buat diriku
benarnya aku serba lemah
namun
Allah Maha lebih mengetahui
kenapa kita dipertemukan
walau istikharahku bukan untukmu
dia tidak dirimu
namun aku tetap menerimamu
mengasihmu seadanya
kerna aku tahu taatku padamu
syurga untukku

Alhamdulillah
aku bersyukur padaNya
kerna kau masih menyayangi diriku
biar kita jauh terpisah
itu yang terbaik untuk kau dan aku
aku tenang kerna cintaku pada takdir
bukan padamu sepenuhnya

aku bukan pemimipin
juga pembimbing
namun aku cuba memberi
yang terbaik
dan istimewa untukmu
biar tidak kumampu lakukannya

aku tahu ibumu lebih berhak ke atas dirimu
aku memaafkan dia
membawa kau pergi jauh dari diriku
biarlah
itu antara dia dan Tuhan
aku tidak mampu melawannya
wahai suamiku
kerna aku tahu kau bukan untukku
kau hanya takdirku di awalnya
tidak ditambatkan di jiwaku sepenuhnya

aku menyepi lalu mencari
kembara membawa hatiku
menemui destinasi pintu cintaku
memarhabah ilmi, daei Islamiah
aku tidak kalah
jauh sekali untuk mengalah
biarkan kenangan lalu melayang
terbang laju bersama angin menghilang

bila hati bersemi cinta Tuhanku
aku rela diperhambakan Ilahi
aku tahu syurga melambai
menanti dibukakan pintu hidayahNya
untuk aku meneruskan perjuangan
tinta ini menjadi saksi
lalu druntuh tembok-tembok sepi
kerna warkah ini menjadi bicara sunyi
aku mencari siapa diriku
aku temui Ya Allah, Ya Rahim, Maha Pengasih, Maha Penyayang
dinoktahnya
Wallahhua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan