Hari ini, umur saya makin meningkat dah 30 tahun 15 hari jika dikirakan mengikut tahun Hijrah.
Apa yang saya cari dalam hidup?
Hidup saya sudah lengkap, Alhamdulillah.
Ada kerjaya, keluarga.
Orang cakap kahwin? Saya dah kahwin walaupun saya diceraikan. Alhamdulillah, saya bahagia kerana saya dah kahwin, tak perlu dipersoalkan lagi. Cuma ada sesuatu yang membahagiakan saya. Saya berkahwin kerana Allah SWT, mengikut restu ibu bapa. Biarpun solat isthikharah saya menyatakan bukan dia jodoh saya. Saya menerima dia seadanya. Kehidupan perkahwinan kami Alhamdulillah baik, biarpun dia mengalami masalah pembelajaran yang lebih teruk daripada saya. Alhamdulillah, saya bahagia kerana saya meletakkan kebahagiaan di hati saya. Allah SWT meminjamkan dia kepada saya untuk menguji keimanan saya dan keluarga. Alhamdulillah, kami bersyukur kami dapat melaluinya dengan baik. Tetapi masalah yang diterima selepas beberapa bulan perkahwinan kami benar-benar menguji keimanan saya sekeluarga, dia meninggalkan kami kerana campur tangan pihak keluarga sebelah sana yang tidak mengetahui ujian yang dia telah berikan kepada kami. Saya benar-benar kecewa. Cuma ada sesuatu yang membuatkan hati saya tenang biarpun Allah SWT memisahkan kami. Seorang Hamba Allah memberitahu saya, dia sayangkan saya. Dia hanyalah pinjaman Allah SWT buat saya dan keluarga. Alhamdulillah. Itu cukup membahagiakan saya kerana saya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sebaiknya. Namun, saya hanyalah seorang hamba Allah yang serba kekurangan.
Buatlah sesuatu kerana Allah SWT, insya Allah kita tenang walaupun ditimpa pelbagai ujian yang menguji kesabaran. Alhamdulillah, kehidupan saya bahagia kerana saya meletakkan Allah SWT di atas.
Saya dah tua dah woooooo, 30 tahun dah. Apa yang saya cari dalam hidup? Saya belum menemuinya. Rahmat Allah, saya belum temui, kekhusyukan solat belum ditemui.........apa lagi ya? Kembali kepada Allah SWT dengan jiwa yang tenang sedamai hati-hati pejuang memusafiri jalan-jalan ke Mutmainnah.
Ya Allah, Kurniakanlah hati yang berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu buat Norfazihah Hani, Amin Ya Rabballamin.
Wallahhu'alam.
02 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan