28 Mac 2011
Malunya, seteguh tunjang iman ...............
Semalu.......letaknya di celahan rumpai, siapapun tak terperasan, namun keindahannya tetap ada. biarlah ia jauh di bawah tetapi cantik dipandang.
Pohon semalu.. hanya kelihatan daun dan batang berduri.. tiada satu pun indah untuk melihatnya.. namun apabila tiba masanya.. ia mengeluarkan bunga.. yang selama ini disembunyikan....
Wanita solehah.. adalah wanita yang sentiasa menjaga dirinya.. tidak mempamerkan keindahan dirinya di khalayak ramai.. menyimpan keindahan dirinya hanya untuk suami yang dirindu.
Wanita solehah, bersederhana dalam perhiasan dirinya dikalangan awam.. sehingga tiada kilauan mata yang tajam memandangnya.. maka selamatlah dirinya dari bahaya dan fitnah..
Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)
Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang muslimah.
Semalu mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam ke bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keimanan serta keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Semalu mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam ke bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keimanan serta keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Wallahhua'alam.
Oleh:Norfazihah Hani
http://www.facebook.com/notes/norfazihah-hani/malunya-seteguh-tunjang-iman-/183578018351931
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan