Mencari Redha Ilahi


14 Mac 2011

Berdakwah - Memenangi hati seseorang untuk terus membaca pernulisan kita?

Belajar segala ilmu dengan tekun serta ikhlas dan tingkatkan semangat kekuatan hati untuk meningkatkan keupayaan berkomunikasi mengenainya. Walaupun kita mengetahui ilmu dan kemahiran tersebut tidak berkaitan dengan kerjaya khusus ataupun pernulisan kita.

Prinsip yang perlu ada di hati ialah "Kebahagiaan saya bergantung kepada kemampuan saya berkomunikasi dengan Allah Subhanallahtaala, manusia, dan seluruh alam"

Bersangka baik dan bersifat diplomatik selagi ia tidak menjurus kepada kemaksiatan serta dosa. Elakkan daripada pernulisan mengkritik, mencerca, menghina seseorang dan mengeluh di hadapan pembaca kerana kita berhubung dengan makhluk yang penuh emosi, berprasangka, diselubungi perasaan sombong serta bangga diri.

Sememangnya setiap orang tidak terlepas daripada mengkritik, mencerca, menghina dan mengeluh kecuali Nabi Muhammad Sallahhualaihiwassalam yang mempunyai ahklak sempurna lagi terpuji. Ia memerlukan kesabaran tinggi untuk memaafkan dan melupakan semua kesilapan yang telah dilakukan oleh seseorang kepada kita. Kelebihan manusia berjiwa besar ini dapat dilihat melalui cara layanan, kemesraan dan kelembutan Baginda, pembawa rahmat ke seluruh alam.

Kaedah pernulisan dakwah juga memerlukan perkara ini. Biarpun ia hanya tulisan pendek. Namun jika ditulis dengan perasaan yang ikhlas serta menyentuh hati, Insya Allah, ia mampu membuai jiwa serta menyentuh hati pembacanya untuk terus membaca dan menghayatinya berulang kali.

Kalamullah, Al Qur'an tidak jemu untuk dihayati biarpun ia dibaca dan diperdengarkan berulang kali. Mukjizat terbesar yang tiada tandingannya. Subhanallah, Maha Suci Allah.

Wallahhua'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan