Mencari Redha Ilahi


03 Jun 2010

Alasan Tebaik Untuk Tak Nak Kahwin

Apa alasan terbaik untuk diberikan kepada lelaki kalau tak nak kahwin? Ramai hamba Allah ketawakan saya apabila saya cakap saya belum bersedia untuk berkahwin. Entahlah, tapi mereka tak tahu saya dan keluarga menderita setelah saya berkahwin dulu. Ada Hamba Allah cakap kalau saya anak dara, bolehlah cakap macam tu. Ya Allah, malunya. Dah tu saya nak bagi alasan apa lagi?

Sekarang ni, kalau orang masuk meminang, senang cerita pilih. Memang saya ni pemilihpun. Apa salahnya bila saya memilih? Tak salahkan, OK apa? Janda dah bebas memilih. Kalau dulu semasa anak dara, saya disuruh untuk kahwin. Saya kahwin kerana mak dan abah suruh saya kahwin, bukannya betul-betul nak kahwin. Sebab saya buat solat istikharah dan doa seperti doa kat awal blog ini, saya dah dapat petunjuk. Jiwa saya resah, gelisah. Sekejap nak, sekejap tak nak. Dah tu macam mana?

Sekarang saya bebas untuk meletakkan syarat perkahwinan. Alhamdulillah.
Calon suami saya mesti mempunyai ciri ciri seperti berikut

1. Jaga hubungan dengan Allah SWT
2. Jaga hubungan dengan semua manusia
3. Jaga hubungan dengan alam sekitar
4. Boleh membimbing agama, membimbing al qur'an
5. Sama hobi dengan saya. Hobi saya dengar kuliah Agama Islam, membaca, menulis
6. Menyayangi saya seadanya
7. Kaya ilmu, kasih sayang, kelembutan
8. Banyak duit sebab nak pergi buat ibadah di Mekah dan boleh beramal jariah, untuk bekalan di kubur
9. Boleh memasak sebab saya tak boleh memasak atas dasar keselamatan
10. Boleh memandu kereta, ada kereta dan lesen yang sah
11. Warganegara Malaysia

Hahahaha, adakah orang yang macam ni? Insya Allah saya tunggu dia datang. Tapi dia mesti menempuh satui lagi cabaran, mak dan abah saya.  Banyak pengorbanan yang dia wajib lakukan. Pengorbanan dibayar di akhirat, Insya Allah kalau betul-betul niatnya ikhlas kerana Allah SWT

Berani tak? Ubat hati saya dulu.

Ya Allah, Engkau dah menguji hambaMu dengan pelbagai dugaan. Ya Allah, kurniakan kepada hambaMu yang lemah ini jalan keluar bagi masalah ini.

Amin Ya Rabbal Allamin.

Penceraian, ini tanda kasihnya Allah SWT kepada saya. Sebenarnya saya lebih suka solo tapi terfikir juga kalau mak dengan abah dah takde nanti., saya nak tinggal dengan siapa? Abang dan adik, mereka ada keluarga sendiri.

Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui. Wallahhua'lam.

2 ulasan:

  1. Ya Allah, siapalah yang mengundi artikel ini. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana mendapat tempat di hati saudara. Semoga ada baiknya untuk saudara juga, insya Allah.Wallahhua'lam.

    BalasPadam
  2. Jeng, Jeng. Nak tahu tak? Ada seorang hamba Allah tu, dia ketawakan saya bila dia baca syarat yang ketat begini.

    Insya Allah, memang ada baiknya saya letakkan syarat ini kerana daei Islamiah memerlukan orang sebegini untuk memngembalikan kegemilangan Islam. Jaga hubungan dengan Allah SWT, manusia dan alam sekitar. Mungkin nampak pelik, tapi itulah yang mahsl tu....fikir-fikirkanlah.

    Saya cuma orang kurang upaya yang serba kekurangan, banyak perkara yang tidak mampu untuk saya lakukan. Maaf untuk bakal suami saya itu. Biarpun saya boleh buat perkara-perkara ini asalnya walaupun tidak kesemuanya tapi disebabkan sakit, ia menjadi suatu keterbatasan untuk diri saya. Ya Allah, membuatkan hati ini sedih.

    Doa-doakanlah saya.

    Ya, Allah, kurniakanlah kesihatan yang baik untuk hambaMu ini dengan rahmat dan kasih sayangMu.

    Wallahhua'alam

    BalasPadam