Ketupat daun palas atau ketupat daun kelapa, mana satu pilihan? Satu berasnya pulut, yang satu lagi beras nasi.
Kalau balik Kedah, makan ketupat pulut. Kalau balik Selangor, makan ketupat nasi. Berbeza bentuk, berbeza rasa. Tetapi kuahnya boleh yang sama saja, Sama ada rendang ataupun serunding. Tak kisahlah. Asal makan. Baca doa. Halallantoyiba. Amin.
Itulah, Abah orang Selangor. Mak pula orang Kedah.
Hari raya AidilFitri di Selangor, hari raya Aidiladha pula di Kedah.
Kemeriahannya, Alhamdulillah.
Hidup sebagai perantau, sentiasa bermusafir.
Sering juga muhasabahkan diri, kita sebenarnya nak ke mana?
Lubang neraka atau taman-taman syurga?
Penyelidikan kuantitatif dan kualitatif.
Dosa kita, maksiat kita?
Pahala kita, ibadah kita?
Jawabnya. Sentiasa ilmu, sentiasa amal, sentiasa iman, insya Allah.
Saya sentiasa sayang semuanya. Tak kiralah hati ini dilukaipun, sebab hati kita sering dilukai oleh orang-orang yang kita sayangi.
Tepuk dada, tanyalah iman. Mereka tidak mampu untuk menyayangi kita lebih daripada kasihnya Allah Subhanallahtaala terhadap kita.
Rahmat Allah Subhanallahtaala lebih tinggi dan jauh mengatasi segalanya. Yakinlah. Angkat tangan dan berdoalah agar Allah Subhanallahtala membuka hati semua makhlukNya untuk menyayangi kita
Kenapa? Jawabnya, hati kita milik Allah Subhanallahtaala.
Tiada dendam di hati ini, biarlah ia berlalu. Andai diingati juga, merana jiwa.
Hidup mesti bahagia kerana misi kita adalah untuk kembali kepada Allah Subhanallahtaala dengan nafsu mutmainnah atau jiwa yang tenang.
Minta maaf dan memaafkanlah.
Sentiasa sayang dan bahagia dengan Rahmatullah, insya Allah.
Kita mungkin tidak mengenali antara satu sama lain tetapi apa yang penting adalah kita saudara seIslam. Kita berkongsi matlamat hidup yang sama sebagai hamba yang diciptakan Allah Subhanallahtaala dan dengan Rahmat Allah, kita akan sampai penghujung destinasi - Syurga al-Firdaus bersama-sama. Insya Allah.
Salam Aidilfitri.
Wallahhu'alam.
Norfazihah Hani Binti Abnol Kassim.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan