Banyak duri yang perlu ditempuhi sepanjang kehidupan ini. Kadang-kadang teramat sakit, membuatkan kita dalam dilema. Semua manusia ditakdirkan Allah Subhanallahtaala punya hati dan perasaan. Kebijaksanaan adalah apabila menyimpan memori yang pernah dilalui itu sebagai kenangan terindah. Seandainya anda mampu bertenang dan masih tersenyum apabila menceritakan kembali kedukaan itu, bermakna anda telah menikmati kedamaian dI dalam hidup, insya Allah. Hidup ini penuh misteri, kita tidak tahu apa akan berlaku sesaat yang mendatang, sejam kemudian, esok, lusa, tulat, minggu depan, semuanya dalam tangan Allah Subhanallahtaala.
Cinta itu bagaikan angin. Kadang-kala datangnya mendamaikan, sepoi-sepoi bahasa. Acapkali juga ia bagai taufan yang membawa petir dan hujan lebat membasahi bumi lalu menumbangkan pohonan yang dahulunya merimbun. Kehidupan dan cinta itu datang bersama-sama. Namun cinta yang bertunjangkan keimanan kepada Allah Subhanallahtaala tetap utuh, kukuh walau dilanda badai. Carilah cinta yang membawa kita kepada Allah Subhanallahtaala. Cinta yang halal melalui jalan perkahwinan.
Namun, andai ia tidak ditakdirkan untuk bersama di dalam perkahwinan, ingatlah kalimah-kalimah ini.
Ccinta sejati itu adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata: "Aku turut bahagia untukmu".
Seandainya ditakdirkan Allah subhanallahtaala menjumpai manusia sebegini, anda telah menemui sahabat, bukannya kekasih. Sahabat tetap bersama tatkala senang mahupun susah. Tetapi kekasih belum tentu begini, kerana cinta itu boleh bertukar menjadi kebencian dan dendam. Balaslah persahabatan itu dengan kasih sayang kerana pengorbanan hati ini amat berat untuk dilakukan.
Putaran waktu akan membuka ruang-ruang bahagia untuk semua jiwa yang pernah merasai sebuah kehilangan, insya Allah. Jangan membiarkan diri menggalas kehampaan dan bebanan yang berat di bahu. Kita berupaya mengubah suasana kehidupan kita dengan kebijaksanaan dan kewarasan akal serta keimanan yang teguh kepada Allah Subhanallahtaala.
* Dah lama tak menulis ayat-ayat cinta sebegini, huh. macam orang tengah ber'cinta' pula rasanya.
"Jatuh cinta lagi, aku sudah jattuh cinta." Teringatkan lirik lagu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan