Mencari Redha Ilahi


07 Februari 2011

Keindahan Al Quran (mungkin boleh digunakan untuk berdakwah, insya Allah)

Baca Buku Terjemahan Al Quran dari Surah An Nas hingga Al Fatihah, iaitu dari kiri ke kanan. Baca secara terbalik, bukan bermula daripada ayat pertama surah An Nas tetapi ayat ke 6
“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

Baca seperti kita baca buku Bahasa Melayu, Inggeris dan bahasa-bahasa lain seumpamanya.

Insya Allah, kita akan menemui sesuatu yang dinamakan 'petunjuk' di akhirnya.

Surah Al-Baqarah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; (2)

Surah Al-Fatihah
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Adakah buku-buku lain di dunia ini sebegini?

Wallahhualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan