Mencari Redha Ilahi


28 September 2010

Tanggungjawab - Dakwah Islamiah

Orang Kelainan Upaya Pembelajaran Dan Pertuturan menyampaikan dakwah Islamiah?

Sudahlah cacat. Fizikalpun tak betul, masalah saraf. Goyang sana, goyang sini. Lambat buat kerja. Lembab. Celebral Palsi. Orang nak ketawapun, ketawalah. Saya dah puas diketewakan orang, dah tak rasa apa dah, sudah lali. Tetapi saya tetap rasa kasihan dan sayangkan mak yang telah bersusah payah mengandungkan, melahirkan serta menjaga saya sejak saya di dalam kandungan lagi sehingga sekarang. Dia cukup sedih apabila anak dia dihina. Ingatlah, doa seorang ibu amatlah mustajab. Tiada hijab di sisi Allah SWT.

Masalah otak, Epilepsi, Sawan, Masalah Pembelajaran "Slow Learner". IQ, Alhamdulillah dikurniakan kebijaksanaan dalam ilmu agama. Tanda orang ini ditakdirkan untuk jadi baik, Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT

Gagap, memang sah tidak boleh membaca Al Qur'an dengan lancar, bacaannya merangkak-rangkak tapi Alhamdulillah, diberikan kebijaksanaan menghafaz Al Qur'an biarpun sedikit. Cukuplah untuk dibaca dalam solat fardhu. Insya Allah.

Dakwah Islamiah, Pernulisan, Alhamdulillah. Ya Allah, hambaMu ini bersyukur dengan kelebihan yang Engkau anugerahkan ini.

Pernulisan memerlukan kemahiran dan kebijaksanaan bagi menyusun ayat. Seorang penulis juga perlu banyak membaca serta membuat kajian. Bukan semua orang boleh menulis dengan baik, meskipun dia adalah penceramah yang hebat lagi tersohor. Sebagai seorang penulis, kekuatan hati banyak membantu dan ia datang daripada hidayah Allah SWT. Alhamdulillah.

"......kalau kita buat apa yang Allah suka dan ingatlah bahawa dengan pertolongan Allah SWT, tiada apa yang mustahil. Perkataan mustahil itu hanyalah pada fikiran manusia, bukan pada pandangan Allah." Dr. Mohd Shafie Md. Amin.

Membawa Islam sangat berat amanah dan tanggungjawabnya. Sering diuji. Juga diragu-ragukan. Berdoalah kepada Allah SWT supaya ditetapkan iman. Bertenang dan bertawakallah selalu agar ujianNya mampu kita hadapi. Insya Allah.

Ya Allah, janganlah Engkau gelincirkan hatiku. Ya Allah, jagalah hatiku ini.. Ya Allah, kurniakanlah kebaikan beragama kepadaku. Ya Allah, berikanlah aku ilmu yang bermanfaat untuk bekalan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, terangkan hatiku untuk mudah menerima dan memberikan nasihat. Amin Ya Rabbal Allamin.

Wallahhua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan