Mencari Redha Ilahi


08 September 2010

Bebaskanlah cinta itu

Istikharah dan doa mengatakan dia adalah jodoh yang Allah SWT tetapkan buat saya, sememangnya kukuh dan melekat di hati sehinggakan saya berani untuk menyatakannya kepada dia. Kekuatan dan keberanian datang daripada Allah SWT. Saya juga seperti wanita lain, pemalu orangnya.

Bagi seorang janda seperti saya, perkahwinan bukanlah matlamat utama. Berani saya mengatakan saya tak nak kahwin sebenarnya. Saya mempunyai pengalaman pahit sepanjang perkahwinan yang lalu, boleh dikatakan ia menimbulkan trauma perkahwinan. Dengan keadaan diri, berat sebenarnya tanggungjawab yang bakal dipikul sebagai seorang isteri dan ibu. Saya akui saya tak mampu sebenarnya untuk memikul tanggungjawab tersebut. Perkahwinan yang lepas telah membuktikannya. Orang beriman tidak melakukan kesilapan berulangkali, kan ?

Perkahwinan yang lepas juga saya mulakan dengan solat sunat isthikharah dan doa tapi hati saya resah dan gelisah, tidak tenang seolah-olah ada ‘benda’ yang tak kena. Tapi apakan daya bagi seorang anak dara, ikut saja apa yang mak dan abah suruh.

Perkahwinan kami cuma bertahan beberapa bulan sahaja. Bagaimana perasaan seorang isteri pada masa tersebut, semestinya sedih dan menangis dengan trauma yang ditinggalkan.Tapi Alhamdulillah, banyak perkara yang saya dapat. Pengalaman jadi pengantin, urusan pejabat agama, peguam syariah, dan mahkamah syariah. Bukan semua orang dapat pengalaman begitu. Alhamdulillah, saya dapat. Pengalaman yang mendewasakan saya.

Adakah saya akan berkahwin semula? Biarlah Allah SWT menentukannya kerana Dia yang menjaga hati saya. Saya hanya mampu beristikharah dan berdoa kepada Allah SWT. Allah SWT telah menemukan ssaya dengan seseorang. Alhamdulillah, kami serasi sebagai kawan. Dia tahu saya sayangkan dia. Saya dapat merasakan dia menyayangi saya. Alhamdulillah, pengalaman banyak mengajar saya. Cuma mungkin masanya belum tiba untuk Allah SWT menyatukan kami sebagai suami isteri yang sah. Hidup kami penuh dengan tanggungjawab.

Allah SWT yang menemukan kami. Saya sebagai hambaNya hanya berusaha yang terbaik, berdoa dan berserah kepada Allah SWT. Bebaskan cinta itu, suatu masa nanti dia akan kembali kepada saya, insya Allah. Saya cukup yakin dengan istikharah dan doa saya kepada Allah SWT. Wallahhualam. Biarlah Allah SWT menentukan.

5.03pm
Sabtu
4/9/2010

2 ulasan:

  1. Assalamualikum, salam aidil fitri.
    Patut bersyukur Norfaz kehadirat Ilahirobbi yang sudah memberikan banyak nik'mat. Kita harus yakin bahwa Allah sangat mencintai hamba "pilihanNya" dan bahkan Allah sangat dekat dengan hambanya (fa inni khorib). Saya bisa memahami cabaran Norfaz, tidak smue wanita mampu menahan cabaran seberat itu, namun Norfaz bisa melaluinya dengan sabar dan jiwa yang besar, inilah yang Allah kehendaki. Mudah mudahan setelah cabaran ini Allah anugrahkan kebahagiaan yang jauh lebih besar yang belum pernah deberikanNya sebelumnya. Tidak ada tempat yang pantas bagi Korang sabar, kecuali syurga jannatun na'im, semoga.

    BalasPadam
  2. Waalaikummussalam. Alhamdulillah dan terima kasih dengan ulasan yang diberikan, saya amat menghargainya. Insya Allah. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan iman buat anda juga untuk menghadapi kehidupan dengan kesabaran.

    Cinta Allah SWT itu juga bersifat membebaskan. Dia juga membebaskan setiap makhlukNya di bumi ini. Cuma terpulang bagaimana cara kita menghargai dan menikmati cinta Allah SWT itu.

    Seandainya kita mencintai seseorang, bebaskan dia. Insya Allah, kita akan diberikan ketenangan dan kebahagiaan walaupun dia bukan ditakdirkan bersama kita. Wallahhualam

    BalasPadam