10 November 2024
Surah An Nur (Muhd Nadzi)
13 Jun 2024
Kunci Taqwa Adalah Ilmu
إنما يخشى الله من عباده العلماء
"Sesungguhnya Yang Takut Kepada Allah Diantara Hamba-Hambanya Adalah Mereka Para Ulama." - Surah al Fathir
“Contohnya pesakit di klinik, lepas check gula dalam darah. Keputusan gula dalam darah tinggi sampai lebih 20mmol/L.
Siapa yg takut? Pesakit ke doktor?
Doktor yang takut!
Pesakit tenang saja sambil senyum, siap melawak lagi.
Sebab apa? Sebab doktor alim tentang ilmu kedoktoran, dia tahu tentang bahaya jika tidak dirawat dengan cepat.
Begitulah juga ulama atau alim agama, mereka takut kerana mengetahui tentang hakikat ketuhanan.
Ibnu Katsir Rahimahullah menyebut, bahawa para Ulama/alim agama mereka faham sebenar-benar faham tentang hakikat Allah Ta’ala, pengetahuan kepada yang Maha Kuasa sudah sempurna, maka perasaan takut kepada Allah amat lah tinggi.
Kuncinya, ILMU.
Kerana ILMU membawa kita ke jalan KETAKWAAN
Doa Iftitah 2
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi. Contoh doa iftitah yang lain boleh didapati daripada maksud hadith berikut.
2. Daripada Ibnu Umar ra, beliau berkata:
Ketika kami solat bersama Rasulullah saw, ada seorang lelaki di kalangan kami mengucapkan,
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.
Rasulullah saw lalu bersabda,’ Siapakah yang telah mengucapkan perkataan sekian sekian? ‘
Seorang lelaki di kalangan kami mejawab, ‘Saya, ya Rasulullah.’
Rasulullah saw bersabda, ‘Kata-kata tersebut menakjubkanku, telah dibukakan untuknya pintu-pintu langit. ‘
Ibnu ‘Umar pun berkata, ‘Aku tidak pernah meninggalkan kata-kata tersebut sejak aku mendengar Rasulullah saw bersabda demikian.’
- Hadith riwayat Muslim no. 601. Kitab no. 5 (Masjid dan Tempat solat), Bab 27.
Transliterasi dan makna doa iftitah
(Mohon dibaca sambil merujuk doa iftitah di atas agar sebutan bacaan tepat. .Jazakumullahu khairan)
Allahu = Allah
akbaru = Maha Besar
kabiran = (dengan) segala kebesaran.
wa = Dan
alhamdu = segala puji
li = milik
Allahi = Allah
kathiran = sebanyak-banyaknya.
wa = Dan
subhana = Maha Suci
Allahi = Allah
bukratan = (pada) waktu pagi
wa = dan
ashilan = petang.
12 Jun 2024
Doa Iftitah
Assalamu'alaikum wa rahmatullahi. Contoh doa iftitah yang lain boleh didapati daripada maksud hadith berikut.
2. Daripada Ibnu Umar ra, beliau berkata:
Ketika kami solat bersama Rasulullah saw, ada seorang lelaki di kalangan kami mengucapkan,
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.
Rasulullah saw lalu bersabda,’ Siapakah yang telah mengucapkan perkataan sekian sekian? ‘
Seorang lelaki di kalangan kami mejawab, ‘Saya, ya Rasulullah.’
Rasulullah saw bersabda, ‘Kata-kata tersebut menakjubkanku, telah dibukakan untuknya pintu-pintu langit. ‘
Ibnu ‘Umar pun berkata, ‘Aku tidak pernah meninggalkan kata-kata tersebut sejak aku mendengar Rasulullah saw bersabda demikian.’
- Hadith riwayat Muslim no. 601. Kitab no. 5 (Masjid dan Tempat solat), Bab 27.
Transliterasi dan makna doa iftitah
(Mohon dibaca sambil merujuk doa iftitah di atas agar sebutan bacaan tepat. .Jazakumullahu khairan)
Allahu = Allah
akbaru = Maha Besar
kabiran = (dengan) segala kebesaran.
wa = Dan
alhamdu = segala puji
li = milik
Allahi = Allah
kathiran = sebanyak-banyaknya.
wa = Dan
subhana = Maha Suci
Allahi = Allah
bukratan = (pada) waktu pagi
wa = dan
ashilan = petang.
12 Mac 2024
6 Cara Supaya Tidak Ditimpa Ketakutan & Kesedihanp
[6 Cara Supaya Tidak Ditimpa Ketakutan dan Kesedihan: Ibrah Ayat لا خوف عليهم ولا هم يحزنون dalam Surah al-Baqarah]
Terima kasih kepada Tadabbur Centre kerana membuka peluang untuk kami tadabbur ayat-ayat tentang لا خوف عليهم ولا هم يحزنون.
Selepas sesi pertama bersama Ustaz Syahmi Syazeril tadi tentang ayat 38 surah al-Baqarah, ia menyebabkan saya tidak boleh duduk diam. Saya cari dan terus mencari tentang ayat-ayat ini. Perasaan ingin tahu lebih dalam tentang ayat ini.
Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya, خوف merujuk kepada ketakutan apa yang akan berlaku di akhirat dan حزن pula merujuk kepada kesedihan terhadap apa yang menimpa di dunia.
Di dalam Surah al-Baqarah, kita akan mendapati ada 6 kali berulang ayat لا خوف عليهم ولا هم يحزنون. Ayat ini terkait rapat dengan emosi manusia iaitu emosi takut dan sedih.
Cuma persoalannya bagaimana cara untuk keluar atau berdamai dengan emosi ini mengikut petunjuk daripada ayat-ayat al-Quran? Apakah cara atau amalan yang perlu dibuat supaya kita tidak ditimpa ketakutan dan kesedihan.
Antara cara yang digariskan melalui ayat dalam surah al-Baqarah antaranya:
1- Mengikut petunjuk iaitu al-Quran.
{ قُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ مِنۡهَا جَمِيعٗاۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدٗى فَمَن تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }
[Surah Al-Baqarah: 38]
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
2- Beriman kepada Allah dan hari akhirat serta melakukan amal soleh
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلنَّصَٰرَىٰ وَٱلصَّٰبِـِٔينَ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }
[Surah Al-Baqarah: 62]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
3- Menyerahkan diri kepada Allah dan melakukan sebaik amal
{ بَلَىٰۚ مَنۡ أَسۡلَمَ وَجۡهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَلَهُۥٓ أَجۡرُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }
[Surah Al-Baqarah: 112]
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
4- Membelanjakan harta dan tidak mengungkit pemberian
{ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ثُمَّ لَا يُتۡبِعُونَ مَآ أَنفَقُواْ مَنّٗا وَلَآ أَذٗى لَّهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }
[Surah Al-Baqarah: 262]
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
5- Menginfakkan harta siang dan malam dalam keadaan sembunyi atau terbuka
{ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُم بِٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ فَلَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }
[Surah Al-Baqarah: 274]
Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
6- Beriman, beramal soleh, mendirikan solat, tunaikan zakat
{ إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ لَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ وَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ }
[Surah Al-Baqarah: 277]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Insyaallah menantikan sesi seterusnya esok untuk kupasan ayat kedua bertemakan لا خوف عليهم ولا هم يحزنون.
Semoga Allah sentiasa mengilhamkan idea dan refleksi yang lebih baik semasa kita tadabbur al-Quran pada bulan Ramadan ini.
Nik Fatma Amirah
#NFTadabburRamadan2024
10 Mac 2024
Ay Rayyan
Sabar
Sabar seorang Yusuf (A.S) adalah sabar yang proaktif, sabar yang membuat beliau bertumbuh, bukan sabar yang membuat beliau melumpuh. Sabar yang meneguh, bukan sabar yg merapuh. Plot demi plot yang terbentang bukan SEKADAR cerita tentang suasana.
Tetapi ianya adalah cerita yang MENUNJUKKAN PROSES. Ramai antara kita berada dalam proses yang sama. Dalam proses ini - ada pilihan yang terbentang. Sekali lagi, surah Yusuf mengajar kita tentang bagaimana MEMILIH PERSPEKTIF lantas BERSIFAT DECISIVE berlandaskan persepektif yang telah dipilih. Ini level juara, bukan level biasa-biasa. Nampak tulisan yang ditulis ini mungkin biasa-biasa, tetapi apabila dibentangkan faktanya daripada Al Quran, pasti kita ternganga.
Memahami definisi sabar dari surah Yusuf akan menjadikan kita sosok yang fokus kepada wawasan akhirat. Akan menjadikan kita sosok yang SENYUM dan bahagia dalam sabar. Sosok yang MENIKMATI APA ITU SABAR.
Sabar yang dinikmati adalah sabar yang akan tertulis sebagai ibadah, ianya sama sekali bukan sabar yang terjadi kerana mengalah atau hasil dari avoidant personality. Ya, anda baca dengan betul; “avoidant personality.”
Bolehkah manusia depressed kerana bersabar?
Jika dilihat dari konteks syarak; tidak. Sabar bukan punca depression, tetapi pendam - ya. Untuk sebahagian situasi, ada persamaan antara SABAR dan PENDAM. Tetapi pada makna yang lebih mendalam - kesan dan pelaksananaan keduanya adalah jauh berbeza.
Apakah sabar membuatkan kita tidak bersedih dan sentiasa ceria? Tidak.
Sabar bukan bermakna kita dismiss perasaan sedih atau perasaan itu sama sekali tidak wujud. Tetapi, sabar itu adalah sebuah emosi yang konstruktif dan DIREKTIF - iaitu sejenis sabar yang memang pasti “mengarahkan” jiwa kepada ALLAH.
Kembali kepada ALLAH sebagai satu jalan transformasi diri. Di sini constant growth akan berlaku bagi orang yang bersabar dengan jalan yang benar dan akhirnya - berakhir di puncak kehidupan sebagai sosok penuh pengalaman, manfaat dan pengaruh iman ke atas orang lain.
Banyak ayat Quran cerita tentang sabar. Hal ehwal sabar yang kita fahami tidaklah sebatas berdiam diri atau merelakan semua terjadi kerana kita “helpless”. Ia berbeza dengan definisi sabar yang Al Quran ajar.
Jika definisi sabar kita adalah melahirkan orang yang layu, ini tidak benar. Sabar dalam Islam melahirkan karakter pahlawan. Sabar itu bukan sekadar pada iman atau berdiamnya tindakan, tetapi adalah pada pemikiran dan perspektif dalam memahami hikmah di sebalik kejadian.
Apa yang ditulis ini bukanlah kata-kata kosong melainkan semuanya ada di balik Surah Yusuf.
Jemput ke seminar Surah Yusuf untuk ketahui lebih mendalam. InshaALLAH, bukan kupasan Google atau dari buku sedia ada.
Dengan izin dan bantuan ALLAH semata, saya akan berusaha sampaikan dalam bentuk yang relatable sehingga anda akan jatuh cinta dengan surah ini dan memandang erti sabar dan kehidupan tidak lagi seperti biasa, kerana ayat-ayat ALLAH itu sentiasa luar biasa. Saya sekadar penyampainya sahaja. InshaALLAH.