Kerinduan ini mengajar erti kesabaran
Sepi tanpa warkah cinta bukan bermaksud tiada di hati
cuma berkelana mencari erti
tak mungkin ku lupakan sesuatu yang aku renangi dan menangi dulu
walau aku punya lidah tergagap
tergeliat katanya
namun hati ini amat mencintaI WARKAH HIDAYAHnya
mana mungkin aku melupai saat itu
kemenangan itu merupakan permulaan bukan akhirku
05 September 2011
08 Ogos 2011
Ramadhan Al Mubarak Kembali lagi
Apa yang kau cari?
entahlah, akupun tak tau selagi tak diberitahu
hahahaha
hanya kau dan Allah saja yang tau
Malaikat Raqib dan atibpun tak tau apa di hatimu
cuma bila kau zahirkan pertuturan dan perbuatanmu barulah ada catatan
tolong sikit, ada shif lagi hah
tukar ganti
masuk subuh yang lain
masuk asar nanti lain pula
mungkin itu gunanya doa pagi dan petang
ringkasnya al mathurat
masuk bulan ramadhan bulan yang dinanti perindu-perindu akhirat
tapi aku tau aku belum termasuk di kalangan mereka
entahlah aku masih macam tu

Pejabat Baru.........Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta
Alhamdulillah, dah pindah ke pajabat baru...........suasana baru, kawan baru, ramainya. Semalam berkesempatan bertemu dan berkenalan dengan Pengarah Kolej ini. Cikgu Elengovan namanya.Alhamdulillah, insya Allah. Pengalaman Baru, tempat baru, kali pertama berpuasa di sini.Insya Allah, Semoga Allah Subhanallahtaala memberikan Rahmat dan kasih sayangNya buat Norfazihah Hani walau di mana saja Norfazihah Hani berada. Amin. Berpuasa, Alhamdulillah, dapat menunaikan ibadah puasa di sini. Banyaknya buku. Insya Allah, boleh menambah ilmu. Selamat tinggal Kolej Kejururawatan ipoh. Selamat datang Perpustakaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta.
29 Jun 2011
Sayangnya Dia
Sayangnya Dia kat aku
sampai sekarang hidup lagi
tapi adakah aku hidup untuk Dia?
Sayangnya Dia kat aku
sampai Dia beri tanpa aku mintapun
tapi adakah aku berterima kasih denganNya?
Sayangnya Dia kat aku
sampai Dia bagi semuanya percuma tanpa diminta kembali
tapi adakah aku bersyukur?

27 Jun 2011
Erti Hidup
Hiduplah selagi engkau dihidupkan olehNya dan jangan sekali-kali matikan cita-cita serta impian dengan berputus harap. Teruskan perjuanganmu sehingga kau dapat apa yang didambakan olehmu, ketenangan hati Rahmatullah. Insya Allah, walau kau tiada lagi di dunia ini, kau pasti sentiasa hidup di hati semua yang berkasih sayang keranaNya.
23 Jun 2011
Dengan Penulisan?
Jika anda mahu berjaya di dalam pernulisan, resipinya adalah seperti berikut:
1. Tumpukan usaha anda kepada satu model pernulisan jika anda baru bermula belajar menulis
2. Pelajari mengenai ilmu pernulisan tersebut dengan terperinci
3. Timba pengalaman di dalam bidang pernulisan yang diceburi. Cuba menulis dalam pelbagai genre sehingga anda menjumpai genre pernulisan yang benar-benar sesuai dan serasi dengan kreativiti anda. Kreativiti adalah cabaran untuk semua penulis.
4. Berkongsi kemahiran dan ilmu dengan orang lain.
5. Perbaiki kelemahan dan kekurangan yang anda kenalpasti.
6. Ambillah inisiatif untuk melihat semula bahan rujukan yang diperolehi contohnya daripada buku, pengalaman penulis-penulis hebat yang telah dijadikan model kejayaan dan internet. Kaji semula segala-galanya.
7. Terus berusaha sehingga berjaya menghasilkan karya kreatif sendiri.
8. Letakkan sijil atau gambar kejayaan walaupun ia cuma 'sijil penyertaan peraduan' yang telah anda perolehi di tempat yang mudah dilihat untuk memotivasikan pernulisan.
9. Sokongan orang tersayang, keluarga serta sahabat dan juga peminat setia yang membaca karya anda.
10. Jagalah Allah.
Hiduplah sebagai seorang penulis, kerana penulis akan sentiasa 'hidup' dengan karya mereka walaupun sesudah dimatikan Allah Subhanallahtaala, insya Allah.

30 Mei 2011
Baru sebentar tadi
sesaat yang berlalu menguji
tiada apa yang mengujakan sebenarnya
tidak pula dikejutkan
tanpa sinis
biarlah ia cuma menjadi debu-debu
berterbangan halus semulus zarah
apa ada
hanya cerita
sebuah kisah
tauladan buat hati yang mahu mengerti
peringatan buat siapa yang menyedarinya
tiada apa yang mengujakan sebenarnya
tidak pula dikejutkan
tanpa sinis
biarlah ia cuma menjadi debu-debu
berterbangan halus semulus zarah
apa ada
hanya cerita
sebuah kisah
tauladan buat hati yang mahu mengerti
peringatan buat siapa yang menyedarinya
Langgan:
Catatan (Atom)