Jika anda mahu berjaya di dalam pernulisan, resipinya adalah seperti berikut:
1. Tumpukan usaha anda kepada satu model pernulisan jika anda baru bermula belajar menulis
2. Pelajari mengenai ilmu pernulisan tersebut dengan terperinci
3. Timba pengalaman di dalam bidang pernulisan yang diceburi. Cuba menulis dalam pelbagai genre sehingga anda menjumpai genre pernulisan yang benar-benar sesuai dan serasi dengan kreativiti anda. Kreativiti adalah cabaran untuk semua penulis.
4. Berkongsi kemahiran dan ilmu dengan orang lain.
5. Perbaiki kelemahan dan kekurangan yang anda kenalpasti.
6. Ambillah inisiatif untuk melihat semula bahan rujukan yang diperolehi contohnya daripada buku, pengalaman penulis-penulis hebat yang telah dijadikan model kejayaan dan internet. Kaji semula segala-galanya.
7. Terus berusaha sehingga berjaya menghasilkan karya kreatif sendiri.
8. Letakkan sijil atau gambar kejayaan walaupun ia cuma 'sijil penyertaan peraduan' yang telah anda perolehi di tempat yang mudah dilihat untuk memotivasikan pernulisan.
9. Sokongan orang tersayang, keluarga serta sahabat dan juga peminat setia yang membaca karya anda.
10. Jagalah Allah.
Hiduplah sebagai seorang penulis, kerana penulis akan sentiasa 'hidup' dengan karya mereka walaupun sesudah dimatikan Allah Subhanallahtaala, insya Allah.
23 Jun 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan