22 Mei 2012
motivate ourselves to successful life
Empower our self, develop our mind to keep whatever as a positive thinking.
Write our motto and labeling it on wall or where ever (Nak senang kat cerminlah, kita kan selalu tengok cermin hihihihi).
Read it in our heart. Insya Allah, it will catch up to our mind.
Our vision and mission will come true!!!!!!!!!!!!! Insya Allah, my heart.
15 Mac 2012
Biasan rindu seorang penulis
'saya cinta awak' itu ayat aktif, tetapi 'awak cinta saya' itu ayat pasif strukturnya. tetapi betulkah begitu hakikat perasaan dan hati manusia ini? sukar untuk dimengertikan.renungkan-renungkanlah. kerana ia tidak semestinya begitu mudah seperti yang dilafazkan. inilah yang sering terjadi apabila cinta tidak berbalas.tetapi cinta untuk Allah Subhanallahtaala ada balasannya. cinta untuk manusia belum tentu ada balasannya. cinta manusia kerana Allah Subhanallahtaala, walau ia tiada berbalas, sentiasa ada ketenangan sebagai balasanNya. Lama sungguh tak buat ayat-ayat cinta ini. Jarang-jarang masuk sini. Rindu berbalas juga akhirnya . Pernulisan adalah dunia saya, saya suka menulis. Penulisan dakwah adalah 'seni' dan cinta bagi saya.
terubat juga rindu nak menulis ini.......Alhamdulillah
seorang penulis adalah pemikir, pembaca, pemerhati. kadang-kadang apa yang dituliskan itu adalah biasan kepada persekitaran diri penulis itu sendiri. idea, emosi, hati....semuanya bernilai untuk dijadikan coretan
'thumbprint' oh 'thumbprint'
Kadang-kadang saya pelik dengan manusia ni tahu. Kenapa? Hari ini telah berlaku sesuatu yang mungkin sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang.
Kalau pergi ke mana-mana pejabat, sekarang ni kebanyakkannya menggunakan sistem 'thumbprint' untuk masuk atau keluar bagi semua staf. Dah tak ada "punch card' lagi tau. hahahaha.
Sesetengah orang tak faham kenapa saya tak gunakan sistem tu. Mungkin orang ingat saya ni normal agaknya. Secara luarannya mungkin tampak OK kebijaksanaan Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah Subhanallahtaala tetapi sebenarnya ada juga KOnya.
Selama sebulan saya sudah menggunakan 'thumbprint' itu, Asyik 'try again, try again, try again' katanya. Tulis buku sajalah. hahahaha.
Akhirnya gunalah 'pass number'. Ada pula orang 'complain' belakang-belakang. Orang tak puas hati. Tetapi orang tu tak jumpa saya cakap terus dengan saya. Mungkin orang tu segan agaknya, sebab di sini terlalu ramai staf. Tak kenallah sangat.
Alhamdulillah, ia juga menyebabkan saya sedar kekurangan diri saya. Saya dah tahu masalah saya yang sebenarnya. Kenapa jadi begitu? Gerakan motor halus saya kurang baik. Apabila saya perhati jari saya lama-lama. Barulah saya sedar. Terketar-ketar jari saya dibuatnya. Memang gagal. Patutlahpun selama ini saya lambat untuk menyiapkan sesuatu kerja. Bukanlah disengajakan.
Inilah hakikatnya. Saya tidak mampu untuk memuaskan hati orang. Saya minta maaf dengan semua pihak dan juga keampunan kepada Allah Subhanallahtaala.
Wallahhua'alam.
24 Januari 2012
Lupa lagi...........
Kadang-kadang kita terlupa kerana kita memang pelupa. Kita tahu dosa itu bawa ke neraka tapi kita buat juga. Kita faham bahawa amal ibadah bekal ke syurga, tapi kita tak buatpun. Di mana kita? Ke mana kita mahu pergi sebenarnya? Syurga atau neraka?Tetapi ingatlah kita masuk syurga dengan Rahmat Allah dan untuk dapatkan Rahmatullah itu, jadilah hamba yang mentaati perintahNya seandainya belum mampu untuk menjadi kekasih Allah Subhanallahtaala. Wallahhua'alam
28 November 2011
Talk, Talk, Talk
If you want to talk to Allah, perform solah. If you want Allah talk to you, read al-qur'an.
11 Muharam 1402 Hijri, insya Allah
Hari lahir Norfazihah Hani. Sekarang dah tahun 1433 hijrah..........umurnya nanti insya Allah, 31 tahun. Umur meningkat, ilmu dan pengalaman juga insya Allah meningkat. Masih dalam pencarian, belajar. "The lifelong Learning to daqwah Islamiah not a destination but it is journey in our life" insya Allah. Wallahhua'alam.
Tahun 1433 Hijrah
Assalamualaikum. Alhamdulillah, selamat tahun baru. Bermulanya hijrah baru. Setiap saat adalah baru. Jangan disia-siakan, manfaatkan ia demi kesatuan ummah. kita menuju destinasi Allah yang satu. Daei Islamiah memerlukan tindakan, insya Allah. Kita majukan umat melalui ajakan maaruf, mencegah kemungkaran. Kekayaan hati adalah kekayaan sebenar, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Lupakan apa yang telah kita berikan untuk seseorang, tetapi ingatlah apa yang akan kita buat untuk memajukan Islam, iaitu Dakwah islamiah, ia cuma memerlukan ilmu. Tetapi laksanakan ia dalam kelembutan dan senyuman insya Allah pasti Allah Subhanallahtaala memberikan jalanNya. Wallahua'alam.
Langgan:
Catatan (Atom)