15 Mac 2012
Biasan rindu seorang penulis
'saya cinta awak' itu ayat aktif, tetapi 'awak cinta saya' itu ayat pasif strukturnya. tetapi betulkah begitu hakikat perasaan dan hati manusia ini? sukar untuk dimengertikan.renungkan-renungkanlah. kerana ia tidak semestinya begitu mudah seperti yang dilafazkan. inilah yang sering terjadi apabila cinta tidak berbalas.tetapi cinta untuk Allah Subhanallahtaala ada balasannya. cinta untuk manusia belum tentu ada balasannya. cinta manusia kerana Allah Subhanallahtaala, walau ia tiada berbalas, sentiasa ada ketenangan sebagai balasanNya. Lama sungguh tak buat ayat-ayat cinta ini. Jarang-jarang masuk sini. Rindu berbalas juga akhirnya . Pernulisan adalah dunia saya, saya suka menulis. Penulisan dakwah adalah 'seni' dan cinta bagi saya.
terubat juga rindu nak menulis ini.......Alhamdulillah
seorang penulis adalah pemikir, pembaca, pemerhati. kadang-kadang apa yang dituliskan itu adalah biasan kepada persekitaran diri penulis itu sendiri. idea, emosi, hati....semuanya bernilai untuk dijadikan coretan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan