Mencari Redha Ilahi


20 Februari 2018

Apa nak kata kalau orang ucap ucapan-ucapan seperti "Jazakallah khairan" dsb?

Apa nak kata kalau orang ucap ucapan-ucapan seperti "Jazakallah khairan" dsb? Cara menjawapannya ialah dengan melihat kepada jenis fi'il yang digunakannya sama ada ia merujuk kepada maf'ul bihi secara terus ATAU berperantaraan huruf jar. Perlu dingat bahawa maf'ul bihi yang dimaksudkan di sini ialah orang yang ditujukan doa kepadanya. . 1. Jika merujuk terus, maka ucapan balasnya adalah إيَّاك. Contohnya : . جَزَاك الله خيرا / وَفَّقَك الله /شَفَاكَ الله . Kita perhatikan, fi'il2 yang digunakan, iaitu شفى, وفق dan جزى semuanya adalah fi'il yang merujuk kepada maf'ul bihi secara terus tanpa adanya perantara huruf jar. . Makanya bila orang sebut ucapan2 di atas kita terus jawab وإيَّاكَ. . 2. Jika ia berperantarankan huruf jar maka kita perlu mengulangi semula huruf jar tersebut, bukan إيَّاك lagi. Contohnya : بارك الله فيك / أعاده الله عليكم بالخير / ستر الله عليك . Jadi bila jawap kita kata وفيك atau وفيك بارك الله. Untuk ucapan kedua kita jawab علينا وعليكم. Begitu juga dengan yang ketiga dan seterusnya. Ataupun kita jawab آمين يا رب. . Jika ucapan dimulakan dengan perkataan أسأل الله maka cara menjawabnya sangat mudah. Kita hanya perlu kata, آمين ATAU ولَكَ بِمِثْلٍ ATAU ولك بمثل ما دَعَوْتَ لِي ATAU لِي ولَك. . Begitulah caranya. Bukan bila dilontarkan ucapan berbentuk doa sahaja, kita langsung jawab إيّاك.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan