Mencari Redha Ilahi


22 Mei 2012

Tulis novel atau sajak?

Soalan : Bagaimana nak ubah atau mengolah bahasa yang digunakan dalam sesuatu cerita? Apabila saya mula menulis, saya lebih terikut-ikut dengan kaedah pernulisan sajak. Saya sudah cuba berulang kali untuk tidak mengetengahkan penulisan sajak ke dalam sesebuah cerita tetapi masih belum berjaya. Keindahan bahasa sajak yang ringkas tetapi mendalam maksudnya seringkali menjadi perangkap saya apabila menulis sesuatu karya berbentuk cerpen atau novel.

Jawapan: Penulisan sajak dan penulisan novel sememangnya berbeza. Konsep alam menjadi satu dan satu menjadi alam menjadikan keduanya berbeza. Oleh kerana Norfazihah sudah terbiasa menulis sajak, maka perlu beralih perlahan-lahan ke dalam penulisan novel. Sajak seolah-olah seorang gadis yang pendiam dan menyembunyikan makna. Sedangkan novel pula seumpama seorang gadis petah yang tidak berhenti berkata-kata. Satu tips yang boleh dikongsikan, ialah bercakap semasa menulis (bercerita) supaya lama-lama minda dan lidah akan terbiasa. Jangan bersajak pula. Namun begitu, penulis yang pandai bersajak mempunyai kelebihan bermain kata-kata yang indah. Jadi gunakan kelebihan ini di tempat-tempat tertentu bagaikan menabur emas di sepanjang laluan. Seumpama buah pukulan yang mantap dan digunakan apabila perlu. Harap membantu sedikit sebanyak.

Jawapan disediakan : Najwa Kejora (facebook)
 
Penyunting : Norfazihah Hani Binti Abnol Kassim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan