Apa adanya anjing…….
Anjing
Siapa pernah tengok anjing?
Muslim yang melihatmu pasti melarikan dirinya jauh daripadamu
Walau engkau najis
Sentuh, belailah
Andai tangan ketika itu basah atau berpeluh
Basuhlah 7 bahagian air mutlak bersama 1 bahagian air tanah
Tiada haram untuk menyentuhmu
Tak serupa manusia walau sama keadaan
Sering berdekatan pula
Berlainan jantina bukan muhrim tetap haram disentuh
Setiamu, sabarmu kepada tuanmu
Dipanggil mari
Dihalau pergi
Dipanggil mari
Dihalau pergi
Dipanggil mari
Engkau sahabat terbaik buat tuanmu, kesetiaanmu
Al-kisahnya Ashhabul Kahfi?
Kesabaranmu , kasih sayangmu
Penghibur di kala tuanmu sepi
Penjaga terbaik buat tuanmu
Penyelamat tuanmu daripada gangguan
Tetapi apa yang engkau dapat?
Penghinaan akhirnya......mereka tidak menyukaimu
24 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Al kisahnya, semasa saya buka mel yang dihantar oleh seorang hamba Allah B hari Jumaat lalu. Mel tu diposkan melalui akaun hamba Allah A. Saya tak sangka, saya terlupa akaun tu akaun hamba Allah A. Saya jawab mel tu punyalah panjang dalam bentuk tazkirah untuk hamba Allah B. Aduh, akhirnya hamba Allah A balas. Hamba Allah A tu cakap saya 'anjing'. Allahhuakbar, barulah saya sedar akaun tu hamba Allah A punya. Tapi tidak mengapa, saya jawab kepada dia satu ayat iaitu "semoga Allah merahmatimu". Lepas tu hamba Allah A terus tutup akaun mel hamba Allah A dan juga hamba Allah B sampai sekarang. Apa perasaan saya? Saya rasa lebih tenang, Alhamdulillah kerana itu menunjukkan program dakwah saya berjaya. Bukan semua orang boleh berdakwah. Alhamdulillah, saya bersyukur saya mampu berdakwah. Jiwa saya tenang dengan berdakwah kerana itu cabaran, dan saya sayangkan agama Islam. Cuma saya kecewa bila terkenangkan ada juga 'ustaz'- hamba Allah A yang begini, merosakkan imej pendakwah itu sendiri. Tanpa kesabaran. Namun, jiwa saya tenang kerana inilah pengalaman yang menguatkan hati saya sebenarnya untuk menjadi pendakwah, Alhamdulillah.
BalasPadam