Mencari Redha Ilahi


12 Oktober 2010

Saya masih mencari......

Firman Allah yang bermaksud :
“Serulah manusia kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik Sesungguhnya TuhanMu yang lebih mengetahui mengenai siapa yang tersesat daripada jalanNya dan Dia yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk”.- [al-Nahl :125]
Cabaran meraih kepercayaan orang ramai terhadap keupayaan diri dalam bidang dakwah Islamiah cukup berat sebenarnya.
Bagaimana membuatkan orang faham apa yang kita sampaikan.
Bagaimana menutup kelemahan diri dengan bertanya kepada yang lebih tahu iaitu ustaz-ustaz dan alim ulama, jangan malu. Saya akui saya masih belajar. Kecintaan saya kepada ilmu. Saya sayang semua guru-guru saya.
Cabaran sebagai orang kelainan upaya bermasalah pembelajaran.
Cabaran sebagai seorang janda.
Cabaran sebagai seorang Muslimah yang masih mencari diri.
Alhamdulillah, saya percaya kepada jenama diri dan kaedah permasaran yang baik  Jenama diri saya ialah "norfazihahhani". nama yang kurang popular di dunia ini, tapi orang kenal, insya Allah. Kita tunggu dan lihat suatu masa nanti. Mungkin masa itu nanti, saya pula yang tiada masa untuk diri saya, hahahahaha.
Bagaimana menyuntik kehadiran diri dalam dunia dakwah, iaitu melalui penulisan di laman sosial facebook dan blog.
Apabila mereka sedar, barulah peluang datang.
Alhamdulillah. saya nampak peluang yang Allah SWT berikan.
Satu peluang untuk saya berdakwah, satu lagi peluang untuk saya jadi baik. Alhamdulillah. insya Allah.
Saya mempunyai sesuatu yang betul-betul saya sayang dan bersyukur sebab saya memilikiinya.
Saya berbesar hati untuk menawarkannya kepada orang lain nikmat tersebut.
Saya nak kongsikan apa yang saya sayang ini, ilmu tentang Islam dengan semua orang selagi saya mampu, Insya Allah.
Peluang hanya datang sekali dalam hidup saya dan ia perlu digunakan dengan sebaik-baiknya.
Sebelum Allah SWT menarik nikmat 'otak' ini,. kerana kelenjar pituitari saya dah rosak sikit. Kelenjar yang mengawal semua bahagian otak. Kenapa saya perlu tunggu lagi?
Saya belajar ilmu kerana kecintaan saya kepada Islam itu sendiri.
Bukankah ayat al-qur'an yang pertama diturunkan mewajibkan kita membaca. Iqra'. Bacalah. Saya suka membaca. Membaca bagai bicara bisu antara kita dan penulisnya.
Sesiapa yang nak jadi penulis, carilah ilmu banyak-banyak dengan kembara sedunia, dengar kuliah, membaca buku ataupun melayari internet.
Jadilah pecinta ilmu. Pecinta orang yang berilmu.
Semoga Allah SWT membuka pintu hidayahNya buat saya untuk jadi baik dengan berdakwah, insya Allah. Saya bahagia melakukannya.
Wallahhualam.

1 ulasan: