Mencari Redha Ilahi


25 Mei 2010

Percaturan

Assalamualaikum

Sahabat-sahabatku yang dikasihi.
Hari ini 26 Mei 2010, ada sukaneka peringkat kolej di padang DR. Tak pergipun kerana kurang sihat, sakit tekak dan selsema sedikit. Alhamdulillah, bersyukur kerana masih diberikan kesihatan andai dibandingkan dengan pesakit kronik di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Alhamdulillah.

Sukan, hmmm bila dikenang-kenang, sememangnya saya kurang melibatkan diri di dalam aktiviti ini semasa sekolah. Mungkin disebabkan keterbatasan fizikal, ditambah pula bersekolah dengan orang normal. Tetapi bukan bermakna saya kosong tanpa aktiviti sukan. Saya lebih suka permainan catur. Saya merupakan salah seorang anggota Kelab Catur semasa sekolah dulu. Permainan yang menduga kebijaksanaan seseorang, berjam-jampun boleh main.Tetapi selalunya saya kalah. Hehehe.tak pernah menangpun sebab IQ orang biasa lawan dengan IQ orang kelainan upaya pembelajaran seperti saya,.Saya mempunyai masalah pembelajaran ”slow learner”. Disebalik kelebihan permainan catur ini, ada kekurangannya. Dari sudut Agama Islam, ada tanda salib di atas kepala king, ia wajib dipatahkan. Permainan yang agak melalaikan dan kadang-kadang mengambil masa berjam-jam untuk menghabiskan perlawanan, boleh terlepas waktu solat dibuatnya.

Ha, jaga-jaga. Allah SWT is No1, utamakan solat fardhu. Inilah kriteria pertama dalam permilihan ”pakwe” saya. Sama ada dulu, sekarang dan selamanya. Tetapi jangan haraplah nak jadi pakwe saya sekarang. Saya masih belum bersedia untuk berkahwin. Saya malu apablia orang tanya ”bila nak kahwin?”. Allah, merah muka, macam anak dara. Walaupun saya tahu, diri saya peminat ramai ditambah pula mempunyai keempat-empat ciri yang Nabi Muhammad SAW sebutkan. Senyuman diberi, jawapannya adalah tidak buat masa sekarang.

Saya lebih suka menumpukan perhatian kepada Allah SWT, diri, keluarga, kerjaya dan ilmu serta sahabat-sahabat saya. Walaupun dugaan terlalu banyak semenjak menjanda, tetapi saya yakin Allah SWT sayangkan saya dengan mengurniakan ketenangan di hati serta sokongan keluarga dan sahabat yang sentiasa membantu ketika menghadapi ujianNya. Alhamdulillah.

Wallahu’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan