" Bill Gates semasa ditanya bagaimana dia menjadi manusia terkaya di dunia. Beliau menjawab "Pertama saya berada pada tempat dan masa yang betul. Kedua saya melihat ke hadapan. Ketiga dan yang paling penting saya BERTINDAK."
Sekarang adalah masa yang paling tepat untuk saya berusaha kerana saya berada pada tempat, masa dan landasan yang betul menuju kejayaan, iaitu melalui pernulisan.
Tiada manusia yang gagal di dalam hidup melainkan dia malas mencuba apa sahaja peluang yang ada.
Saya telah mencuba pelbagai bidang, sains hayat, multimedia, “graphic designer”, landskap, bisnes tapi ia tidak serasi dengan jiwa. Seandainya peluang yang diberi itu tidak serasi dengan diri, keluar dari kepompong. Lakukan apa yang disukai tanpa membelakangkan agama. Insya Allah, Berjaya.
Bermula dari hobi, suka dengar kuliah agama dan motivasi sambil membuat catatan. Kalau tak buat catatan, mengantuk. Syaitan kacau.
Saya memilih bidang pernulisan motivasi dan dakwah Islam kerana ia serasi dengan jiwa. Sejak daripada zaman persekolahan lagi. Mungkin kehidupan berdikari di asrama sekolah dan sentiasa dekat dengan kuliah agama menjadikan saya begini, Alhamdulillah jika begitu. Semoga ia kekal sehingga ke akhir hayat saya, insya Allah.
Alhamdulillah. Saya dapat kepuasan tersebut. Kebahagiaan apabila hasil pernulisan sudah siap. Alhamdulillah. Saya tidak mementingkan pujian daripada orang, kalau ada Alhamdulillah. Kalau tiadapun, saya masih boleh menulis. Saya cukup menghargai setiap pujian dan kritikan yang diberikan kerana saya nak belajar.
Cita-cita saya untuk menulis buku, tidak puas rasanya seandainya belum menerbitkan buku. Doa-doakanlah saya. Semoga saya dapat menerbitkan buku pada suatu masa nanti, insya Allah.
Wallahua'lam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan