Mencari Redha Ilahi


07 November 2013

Hari Lahir 13 Muharam 1402


http://www.falak.unisza.edu.my/calc/kalendar.php?nextm=1&c_m=10&c_y=1981

10 Oktober 2013

"Lupakan Saja Aku Ni!"

“Kalau ada seseorang yang kau cintai, suruh kau lupakan dia, kau buat apa?” “Doa.” “Doa supaya dia buka hati untuk kau?” “Tak.” “Dah tu?” “Aku akan doa ; Ya Allah temukanlah dia dengan seseorang yang baik akhlak, iman dan taqwanya. Aku mahu dia gembira, Ya Allah walaupun bukan kerana aku. Aku mahu dia dicintai dengan selayaknya tidak seperti mana aku mencintainya, dan aku mahu dia ditemukan dengan seseorang yang melihat dirinya bukan dengan pandangan nafsu manusia dan syaitan, tetapi pandangan dari-Mu, ya Allah.” [be the light, eventhough your own heart is not bright enough] Ya allah, Sesungguhnya dia telah melalaikan aku daripada mengingatiMu. Maka kurniakanlah aku kekuatan untuk melupakannya. Sesungguhnya hanya kepadaMu hatiku berserah.

Air @ Darah?


Dalam BADAN kita banyak AIR tapi kenapa bila kulit kita terluka darah yang keluar? Dalam HATI kita banyak DARAH tapi kenapa bila hati terluka air mata yang keluar? Subhanallah indahnya ciptaan Allah...

Lihatlah

Hari ini kucuba pakai cermin mata yang dijual di sini. Hoooo,, ku lihat, kabur. Bila dibuka kembali, Alhamdulillah, lebih baik. Kita sering melihat sesuatu daripada pandangan diri kita sendiri atau orang lain, tetapi kita jarang melihat ia daripada pandangan Allah Subhanallahtaala melalui 'mata hati'.

Berdoalah kerana...


Doa memberikan kekuatan kepada orang lemah. Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberi keberanian kepada orang yang ketakutan.

Cubalah


Selagi perkara itu perkara baik, tak rugi untuk mencuba. Yang rugi apabila kita tidak cuba melakukan sesuatu perkara yang baik.

Cinta milik siapa? Hanya Allah Pemiliknya


Siapa yang paling cinta, dialah yang paling banyak memberi. Siapakah yang paling banyak memberi berbanding Allah? DIAlah yang paling mencintai dan layak dicintai... kerana Allah Maha Pemberi!