Hidup ini tak semudah yang kita impikan kerana dunia bagaikan berjalan menulusuri laluan penuh liku untuk masuk ke dewan peperiksaan menuju kepada keputusan di akhirat yang kekal abadi
03 Januari 2013
Tahun 2013
Assalamualaikum. Selamat tahun baru. Dah tak ada azam baru sebab setiap hari adalah baru selagi nyawa dikandung badan, insya Allah. Orang cemerlang menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Orang cemerlang bercita-cita agar setiap saat yang bakal dilalui penuh dengan kebaikan yang berterusan hingga ke akhirat dan berusaha mendapatkannya, insya ALLAH.
31 Disember 2012
aku hanyalah hamba DIA YANG MAHA ESA
Bersaksikan cinta yang tertulis di muka sejadah, aku tunduk bersujud. Namun aku masih mencari jawapan "Apakah itu kemanisan iman?"
27 Disember 2012
Cintamu
Sebelum kau mencintai
Pesanlah kepada dirimu
Jangan tersalah memberi hati kepada insan yang tak mengerti
Kerana
Sekali kau memberi, selamanya dia di hati
Sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati.
Hati-hatilah untuk memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping hati
Namun
Apabila cintamu itu tetap didustai, ingatlah ia cuma pinjaman semata.
Jangan dirayu lagi kepadanya kerana Allah telah menetapkan dia bukan yang terbaik untukmu..
Usah diturut lagi kata hatimu, dia telah membuang segenggam setia yang kau serahkan untuk dirinya.
Lihat jauh ke hatimu
Letak kedua tapak tanganmu ke dada
Yakinlah di situ adanya Asma Ul Husna
Kau masih punya Allah Yang Maha Penyayang
Dia Yang Pengasih lebih dari segala isi langit dan bumi

23 Disember 2012
Peduli apa aku?
Sedikit kepedulian yang dilakukan oleh ramai orang akan menjelmakan kekuatan yang luar biasa, insya Allah.
Bingkisanku untukmu
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh
Seringkali tinta ini ingin menarikan bingkisan rindu dan memercikkan sesuatu ke setiap hati lalu menerjah jauh ke lubuk jiwa.
Namun ia juga pastinya meronta-ronta mencari keindahan itu lantas menanti waktu untuk dihadirkan.

02 Disember 2012
Kebetulankah itu.........
Sesuatu yang tidak disangka seringkali mendepani kita, adakah itu juga pilihan ataupun takdir? Adakah kita mampu menghadapinya? Allah Subhanallahtaala menguji dengan cabaran yang sesuai mengikut kemampuan hambaNya. Semoga perjuangan ini mendapat RahmatNya. Insya Allah.
Sesungguhnya hal yang membuatkan kita bahagia adalah kasih sayang. Kita mendewasakan hidup apabila mendepani masalah. Jangan dihancurkan dengan putus asa tetapi majukan, terus beruasaha untuk menerpa kejayaan.

Langgan:
Catatan (Atom)