Sedikit kepedulian yang dilakukan oleh ramai orang akan menjelmakan kekuatan yang luar biasa, insya Allah.
23 Disember 2012
Bingkisanku untukmu
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh
Seringkali tinta ini ingin menarikan bingkisan rindu dan memercikkan sesuatu ke setiap hati lalu menerjah jauh ke lubuk jiwa.
Namun ia juga pastinya meronta-ronta mencari keindahan itu lantas menanti waktu untuk dihadirkan.

02 Disember 2012
Kebetulankah itu.........
Sesuatu yang tidak disangka seringkali mendepani kita, adakah itu juga pilihan ataupun takdir? Adakah kita mampu menghadapinya? Allah Subhanallahtaala menguji dengan cabaran yang sesuai mengikut kemampuan hambaNya. Semoga perjuangan ini mendapat RahmatNya. Insya Allah.
Sesungguhnya hal yang membuatkan kita bahagia adalah kasih sayang. Kita mendewasakan hidup apabila mendepani masalah. Jangan dihancurkan dengan putus asa tetapi majukan, terus beruasaha untuk menerpa kejayaan.

15 November 2012
Gambar Oh Gambar
Buang saja...hari ini saya buang gambar di facebook. Ada yang saya suaikan untuk keluarga dan kawan-kawan seperjuangan dulu. Susah sebenarnya menjadi orang cantik di internet.Terasa tiada ketenangan. mungkin lebih mudah untuk saya jadi Orang Kelainan Upaya di luar sana. Sungguh, saya tidak mampu untuk jadi orang cantik. Ada hikmahnya Allah Subhanallahtaala jadikan saya Orang Kelainan Upaya. Walaupun satu ketika dulu saya pernah rasa sedih, sekarang saya bersyukur dengan apa yang Allah Subhabnallahtaala anugerah kepada saya iaitu keperibadian yang baik, insya Allah. Semoga ia kekal bersama saya walau di mana saja saya berada, insya Allah. Saya berjuang sebenarnya, antara hidup dan mati. Selagi saya masih bernafas, insya Allah ada ruang-ruang kebaikan yang akan saya nukilkan.
Wallahhua'alam.
Wallahhua'alam.
13 November 2012
Buah hatiku
Pernulisan bolehlah saya anggap seperti 'buah hati'. Membaca setiap butir-butir kata yang dituliskan membuai fikiran. Rindu-rinduan bertamu andai lama tidak bertamu.
Selamat Hari Lahir
13 Muharam 1402 Hijrah, hari Isnin ..............5.30 petang.........lahirnya seorang insan bernama Norfazihah Hani Binti Abnol Kassim. Sekarang, umurku menghampiri 32 tahun kerana esok 1 Muharam tahun 1434 Hijrah, insya Allah.
01 November 2012
Catatan cintaku ilmi
Aku belajar dari pengalaman lampau. Aku hidup pada saat ini. Aku yakini apa yang akan aku lalui nanti. Rahmat Allah itu di mana saja...
Langgan:
Catatan (Atom)