Mencari Redha Ilahi


31 Disember 2012

aku hanyalah hamba DIA YANG MAHA ESA

Bersaksikan cinta yang tertulis di muka sejadah, aku tunduk bersujud. Namun aku masih mencari jawapan "Apakah itu kemanisan iman?"

27 Disember 2012

Cintamu

Sebelum kau mencintai
Pesanlah kepada dirimu
Jangan tersalah memberi hati kepada insan yang tak mengerti
Kerana
Sekali kau memberi, selamanya dia di hati
Sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati.
Hati-hatilah untuk memberi hati sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping hati

Namun
Apabila cintamu itu tetap didustai, ingatlah ia cuma pinjaman semata.
Jangan dirayu lagi kepadanya kerana Allah telah menetapkan dia bukan yang terbaik untukmu..
Usah diturut lagi kata hatimu, dia telah membuang segenggam setia yang kau serahkan untuk dirinya.

Lihat jauh ke hatimu
Letak kedua tapak tanganmu ke dada
Yakinlah di situ adanya Asma Ul Husna

Kau masih punya Allah Yang Maha Penyayang
Dia Yang Pengasih lebih dari segala isi langit dan bumi

23 Disember 2012

Peduli apa aku?

Sedikit kepedulian yang dilakukan oleh ramai orang akan menjelmakan kekuatan yang luar biasa, insya Allah.

Bingkisanku untukmu

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Seringkali tinta ini ingin menarikan bingkisan rindu dan memercikkan sesuatu ke setiap hati lalu menerjah jauh ke lubuk jiwa.

Namun ia juga pastinya meronta-ronta mencari keindahan itu lantas menanti waktu untuk dihadirkan.

02 Disember 2012

Kebetulankah itu.........

Sesuatu yang tidak disangka seringkali mendepani kita, adakah itu juga pilihan ataupun takdir? Adakah kita mampu menghadapinya? Allah Subhanallahtaala menguji dengan cabaran yang sesuai mengikut kemampuan hambaNya. Semoga perjuangan ini mendapat RahmatNya. Insya Allah.

Sesungguhnya hal yang membuatkan kita bahagia adalah kasih sayang. Kita mendewasakan hidup apabila mendepani masalah. Jangan dihancurkan dengan putus asa tetapi majukan, terus beruasaha untuk menerpa kejayaan.

 

15 November 2012

Gambar Oh Gambar

Buang saja...hari ini saya buang gambar di facebook. Ada yang saya suaikan untuk keluarga dan kawan-kawan seperjuangan dulu. Susah sebenarnya menjadi orang cantik di internet.Terasa tiada ketenangan. mungkin lebih mudah untuk saya jadi Orang Kelainan Upaya di luar sana. Sungguh, saya tidak mampu untuk jadi orang cantik. Ada hikmahnya Allah Subhanallahtaala jadikan saya Orang Kelainan Upaya. Walaupun satu ketika dulu saya pernah rasa sedih, sekarang saya bersyukur dengan apa yang Allah Subhabnallahtaala anugerah kepada saya iaitu keperibadian yang baik, insya Allah. Semoga ia kekal bersama saya walau di mana saja saya berada, insya Allah. Saya berjuang sebenarnya, antara hidup dan mati. Selagi saya masih bernafas, insya Allah ada ruang-ruang kebaikan yang akan saya nukilkan.

Wallahhua'alam.

13 November 2012

Buah hatiku

Pernulisan bolehlah saya anggap seperti 'buah hati'. Membaca setiap butir-butir kata yang dituliskan membuai fikiran. Rindu-rinduan bertamu andai lama tidak bertamu.

Selamat Hari Lahir

13 Muharam 1402 Hijrah, hari Isnin ..............5.30 petang.........lahirnya seorang insan bernama Norfazihah Hani Binti Abnol Kassim. Sekarang, umurku menghampiri 32 tahun kerana esok 1 Muharam tahun 1434 Hijrah, insya Allah.

 

01 November 2012

Catatan cintaku ilmi

Aku belajar dari pengalaman lampau. Aku hidup pada saat ini. Aku yakini apa yang akan aku lalui nanti. Rahmat Allah itu di mana saja...

09 Oktober 2012

Hari ini

Hari ini hari lahir mak, Alhamdulillah. Allah masih beri kesempatan untuk mak. Ani sayang mak sampai bila-bila. Semoga umur mak diberkati oleh Allah Subhanallahtaala. walaupun Ani tak mungkin jadi anak yang terbaik untuk mak lantaran ketidaksempurnaan ini, tapi Ani sayang mak insya Allah sampai ke akhirat.

04 Oktober 2012

Mana satu, antara pujian atau kejian?

Kau tahu? Apabila aku dipuji, aku cuma tersenyum. Benarnya aku lebih suka diuji dengan ujian begini kerana ia meyakinkanku adanya Allah menutup keaibanku yang banyak itu. Alhamdulillah.Tapi, aku tidak pula membenci kejian, kerana ia membuatkan aku lebih kuat dan kental menghadapi ujianNya. Yakinlah "Barangsiapa bertaqwa kepada Allah Subhanallahtaala, nescaya Dia akan memberikan jalan keluar." -Surah At -Thalaq : 2

02 Oktober 2012

SMS OH SMS


Kadang-kadang kita menyampah betul bila hantar SMS langsung tak dijawab tapi sebenarnya yakinlah SMS itu tetap dibaca namun tak sempat dijawab, malas nak menaip. hahahaha 

Jangan marah kalau SMS tak pernah berjawab tetapi senyumlah kerana anda tetap kawan dia, Selalu 'set'kan minda, dia sibuklah tu.


Allah masih buka hati anda untuk berkawan dengan dia. Kalau Allah dah tutup hati kita, tiada lagi pintu-pintu ingatan anda untuk dia  


Ini selalunya terjadi kalau makwe hantar SMS kat pakwe, makwe jangan merajuk tau. Teruskan saja. Kalau sampai makwe dah jemu, itu tandanya hati anda tidak ditakdirkan untuk sehati dan sejiwa. TAMATkan saja hubungan anda itu.


Ingatan tulus ikhlas daripada insan yang menyayangi dirimu. hahahaha. mengarut betullah.


(Dari Facebook, Editor : Norfazihah Hani)

17 September 2012

Pandai Oh Pandai

Saya tahu saya tak pandai. Tapi saya pilih orang pandai jadi kawan saya. Alhamdulillah, Allah takdirkan saya kerja di tempat orang pandai. Saya mewajibkan diri saya untuk pandai, pandai cari maklumat, pandai cari kawan & pandai jaga diri. Doakanlah saya lebih pandai ya, sebab saya nak memaksimumkan penggunaan bahagian selebrum otak saya. Saya nak sihat, insya Allah untuk mudah beribadah kepada Allah Subhanallahtaala.

27 Ogos 2012

Misterinya kehidupan ini

Banyak duri yang perlu ditempuhi sepanjang kehidupan ini. Kadang-kadang teramat sakit, membuatkan kita dalam dilema. Semua manusia ditakdirkan Allah Subhanallahtaala punya hati dan perasaan. Kebijaksanaan adalah apabila menyimpan memori yang pernah dilalui itu sebagai kenangan terindah. Seandainya anda mampu bertenang dan masih tersenyum apabila menceritakan kembali kedukaan itu, bermakna anda telah menikmati kedamaian dI dalam hidup, insya Allah. Hidup ini penuh misteri, kita tidak tahu apa akan berlaku sesaat yang mendatang, sejam kemudian, esok, lusa, tulat, minggu depan, semuanya dalam tangan Allah Subhanallahtaala.

Cinta itu bagaikan angin. Kadang-kala datangnya mendamaikan, sepoi-sepoi bahasa. Acapkali juga ia bagai taufan yang membawa petir dan hujan lebat membasahi bumi lalu menumbangkan pohonan yang dahulunya merimbun. Kehidupan dan cinta itu datang bersama-sama. Namun cinta yang bertunjangkan keimanan kepada Allah Subhanallahtaala tetap utuh, kukuh walau dilanda badai. Carilah cinta yang membawa kita kepada Allah Subhanallahtaala. Cinta yang halal melalui jalan perkahwinan.

Namun, andai ia tidak ditakdirkan untuk bersama di dalam perkahwinan, ingatlah kalimah-kalimah ini.

Ccinta sejati itu adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum sambil berkata: "Aku turut bahagia untukmu".

Seandainya ditakdirkan Allah subhanallahtaala menjumpai manusia sebegini, anda telah menemui sahabat, bukannya kekasih. Sahabat tetap bersama tatkala senang mahupun susah. Tetapi kekasih belum tentu begini, kerana cinta itu boleh bertukar menjadi kebencian dan dendam. Balaslah persahabatan itu dengan kasih sayang kerana pengorbanan hati ini amat berat untuk dilakukan.

Putaran waktu akan membuka ruang-ruang bahagia untuk semua jiwa yang pernah merasai sebuah kehilangan, insya Allah. Jangan membiarkan diri menggalas kehampaan dan bebanan yang berat di bahu. Kita berupaya mengubah suasana kehidupan kita dengan kebijaksanaan dan kewarasan akal serta keimanan yang teguh kepada Allah Subhanallahtaala.

* Dah lama tak menulis ayat-ayat cinta sebegini, huh. macam orang tengah ber'cinta' pula rasanya.
"Jatuh cinta lagi, aku sudah jattuh cinta." Teringatkan lirik lagu.

13 Ogos 2012

Kepimpinan - 'Apa yang saya mahukan daripada seorang pemimpin?


1. Sentiasa serius tetapi memberi peluang berbincang dengan bebas tanpa meninggikan suara

2. Arahan mudah difahami

3. Sasaran kerja yang ditetapkan sentiasa mencabar minda dan kesabaran. Kenapa begitu?
Minda seseorang itu kalau tak tahan diuji, tidak akan berkembang

4. Sentiasa konsisten dengan keputusan yang telah ditetapkan.

Terkenangkan Sesuatu ( Selamat Hari Raya Aidil Fitri )

Ketupat daun palas atau ketupat daun kelapa, mana satu pilihan? Satu berasnya pulut, yang satu lagi beras nasi.

Kalau balik Kedah, makan ketupat pulut. Kalau balik Selangor, makan ketupat nasi. Berbeza bentuk, berbeza rasa. Tetapi kuahnya boleh yang sama saja, Sama ada rendang ataupun serunding. Tak kisahlah. Asal makan. Baca doa. Halallantoyiba. Amin.

Itulah, Abah orang Selangor. Mak pula orang Kedah.
Hari raya AidilFitri di Selangor, hari raya Aidiladha pula di Kedah.
Kemeriahannya, Alhamdulillah.

Hidup sebagai perantau, sentiasa bermusafir.
Sering juga muhasabahkan diri, kita sebenarnya nak ke mana?
Lubang neraka atau taman-taman syurga?
Penyelidikan kuantitatif dan kualitatif.
Dosa kita, maksiat kita?
Pahala kita, ibadah kita?
Jawabnya. Sentiasa ilmu, sentiasa amal, sentiasa iman, insya Allah.

Saya sentiasa sayang semuanya. Tak kiralah hati ini dilukaipun, sebab hati kita sering dilukai oleh orang-orang yang kita sayangi.

Tepuk dada, tanyalah iman. Mereka tidak mampu untuk menyayangi kita lebih daripada kasihnya Allah Subhanallahtaala terhadap kita.
Rahmat Allah Subhanallahtaala lebih tinggi dan jauh mengatasi segalanya. Yakinlah. Angkat tangan dan berdoalah agar Allah Subhanallahtala membuka hati semua makhlukNya untuk menyayangi kita
Kenapa? Jawabnya, hati kita milik Allah Subhanallahtaala.

Tiada dendam di hati ini, biarlah ia berlalu. Andai diingati juga, merana jiwa.

Hidup mesti bahagia kerana misi kita adalah untuk kembali kepada Allah Subhanallahtaala dengan nafsu mutmainnah atau jiwa yang tenang.

Minta maaf dan memaafkanlah.

Sentiasa sayang dan bahagia dengan Rahmatullah, insya Allah.

Kita mungkin tidak mengenali antara satu sama lain tetapi apa yang penting adalah kita saudara seIslam. Kita berkongsi matlamat hidup yang sama sebagai hamba yang diciptakan Allah Subhanallahtaala dan dengan Rahmat Allah, kita akan sampai penghujung destinasi - Syurga al-Firdaus bersama-sama. Insya Allah.
Salam Aidilfitri.

Wallahhu'alam.
Norfazihah Hani Binti Abnol Kassim.

12 Ogos 2012

What matters the most importent Is how you see yourself


Iqra' And Open Distend Learning, 
Whatever you are, you must have a mission for your life in world and ever after .Learn from your history and update your knowledge. Positive thinking,. "If you are only a cat, you must have the mind of the giant lion" insya Allah. The Greatest Allah Subhanallahtaala must give the success in your life, insya Allah.- 

08 Ogos 2012

Kebijaksanaan cinta

"Insan yang bijak tidak akan jatuh ke lubang yang sama setiap kali berjalan."

1. Niatkan hati kerana Allah Subhanallahtaala perintahkan kita untuk jadi baik.

2. Mesti letakkan doa sebagai satu cara hidup. Mengharapkan hanya kepada Dia. Sama ada ketika senang mahupun susah.

3. Jika berlaku kesilapan, terus beristighfar, muhasabahkan diri, dan cari jalan penyelesaiannya.

Hadiahkan cintamu itu kepada yang sewajibnya kau cintai.

Wallahhua'alam.


29 Julai 2012

Apa yang boleh diyakini bila ada cinta?

"Seseorang yang yakin tidak akan bertanya apapun jika tiada jawapan yang boleh mengubah persoalan kejadian"

Tapi itulah manusia, banyak benar alasannya. Tak apalah, kita cakap pasal cinta ok?

Dengan cinta kita berdakwah, berhujah dan menjelaskan dengan penuh hemah, hikmah tanpa dibauri oleh kebencian atau prasangka.

Dengan cinta kita tidak hanya menyebut nama-Nya, mengingati-Nya dan mendaulatkan hukum-hakam-Nya dalam diri-sendiri tetapi kita akan kembangkan sayap cinta itu kepada keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

Yakinlah atas nama cinta, kita masih bernyawa untuk berjuang dalam kehidupan walau keperitan ujian meresahkan jiwa. Munajatkan tangan pohonlah agar diberikan limpahan kecintaanNya untuk kita.

25 Julai 2012

Apa ditulis, itulah saya pada hari ini

Yakinlah anda boleh menulis, percayakan apa yang ditulis. Dengarkan apa yang ditulis. Baca dari hati nurani.
Tulislah apa yang diketahui. Apa yang anda tulis itulah keperibadian anda,.itulah diri anda. Cerminan minda.
Sama ada hari yang anda lalui ialah hari yang menggembirakan, kelakar, dendam, serius, sensitif, sedih, jatuh cinta. Apa saja.
Lebih realistik anda menulis, itulah diari anda sebenarnya pada hari ini. Lebih mudah untuk pembaca menerimanya
Anda tidak perlu berlakon, cuma baca kuat-kuat dan dengarkan apa yang anda telah nukilkan. Itulah kehidupan.

Jika hari ini saya menulis tentang keceriaan, kegembiraan, insya Allah itulah saya pada hari ini. Hati yang penuh keceriaan. 
Jika hari ini anda baca karya kesedihan, itulah saya sebenarnya pada hari tersebut. Saya memohon ketenangan daripada Allah Subhanallahtaala.
Jika ada hari yang Allah Subhanallahtaala takdirkan saya jatuh cinta atau terpaut hati kepada seseorang. Saya akan menulis tentang cinta 
Cuma bezanya saya mengaitkan konsep keTuhanan di dalam setiap karya saya, insya Allah. Ada Allah Subhanallahtaala. Saya mengadu ketidaksempurnaan saya kepada Allah Subhanallahtaala..Saya memohon Rahmat Allah.

Wallahua'alam

Kenapa saya menulis?

Orang cakap saya tak boleh menulis sebab otak dah rosak, tak boleh guna teruk-teruk. tak boleh stres.sakit sebenarnya ,epilepsiy (general) ditambah pula dengan celebral palsi. lembab bila buat kerja.

Tapi saya ambil semua itu sebagai cabaran dan ini hasilnya. Alhamdulillah, walaupun saya dalam keadaan begini, saya ambil semua itu sebagai cabaran ditambah pula saya bersekolah di sekolah biasa, dengan pelajar biasa, persaingan memang di luar jangkaan. tingkatan 4 dan 5 aliran sains tinggal di asrama walaupun SPM cuma pangkat 3, saya berpuas hati. Alhamdulillah

24 Julai 2012

Kadang-kadang inilah kita

Terlupa saja
Nak ingatpun, tiada guna lagi, dah hancur
Ketawapun boleh, tersengih lagilah

Pernah kau tazkirahkan dirimu
Ketenanganmu, kedamaian
Bahagianya di sini
Bumi bertuah
Namun sekadar pinjaman semata

Kau belum dijajah?
Sejenak
Fikir dulu
Nanti dulu ya

(Tazkirahkan buat diri ini juga............)

Allahhuakbar
Hati ini menjerut
Satu demi satu ia hilang
di mana khilafnya?
Mereka?
Mungkin juga
Tidak !
Haram hukumnya menjatuhkan kerajaan Islam
Kau tahu itu?

Nak buat apa?
Tunggu, tengok saja?

Ha, kan dah pesan
Kau tak ingat ya?


*Rapatkan jurang perbezaan, sayangi dan maafkanlah sesama rakyat. Berkorbanlah demi keamanan negara tercinta.. Satu-satunya negara kita, negara ini tanah kita, insya Allah sampai bila-bila*

23 Julai 2012

From my heart i love you

Sorry, from my heart I write. Whatever I do or I thiink to do. I have something in my heart that nobody should know except Allah Subhanallahtaala and me. 'Rahsia Besar' haaaa. Kacau, kacaulah begini. Nasik sudah jadik bubuq. Tapi saya suka makan bubuq nasik. Ternanti-nanti bulan posa. Ramadhan yang akan mendatang, insya Allah. Norfazihah Hani nak memohon ampun dan maaf andai ada yang terasa, berkasar bahasa. merajuk hati, membuka rahsia. marahkan orang, mengutuk orang. Norfazihah Hani sudah memaafkan semua. Salam Sayang buat semua. I will always love you, insya Allah. Assalamualaikum.

Keyakinan yang sejati

Di balik cerminan mimpi
Ada yang tersirat 
Tanpa aku tahu rahsianya
Walau telah aku mencari
Menelusuri kembara 
Menerobosi di celahan kaca yang pecah 
Namun aku belum temui apa hikmahnya 
Lalu ia menjerut fikirku

Membawa halilintar serta awanan hitam
Membelah bumi tanpa ada belas 
Menghancurkan keheningan malam 
Namun itu cuma panahan buat syaitan laknatullah 

Aku yakin 
Biar segunung dosaku 
Tetap setia kasihNya menanti 
Lalu mencurah 
RahmahNya buatku, insya Allah

Pintaku, sedayaku
Walau cinta ini pernah datang dan pergi
Kurniakanlah hati ini kepada yang berhak

Ya Allah, seandainya dia baik untuk aku demi duniaku dan akhiratku, maka pertemukan serta kekalkanlah jodoh antara kami dengan kemesraan dan kelembutan kasihMu
Aku rela kepadanya
  
RedhaMu adalah milikMu walau di mana saja aku berada

*Agak lama tak menulis ayat-ayat cinta begini. Alhamdulillah, Allah Subhanallahtaala memberikan ruang dan peluang itu. Manfaatkan*- 

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak, semoga ada kebaikan melimpahi, insya Allah.

Wallahhua'alam.

01 Julai 2012

Mari meluncur di taman syurga

Assalamualaikum Warahmatullah

Tinta Menari Meluncur Laju
Menerbangkan Bunga-bunga Hidayah Di Kanvas Ilmu
Lalu Membuai Wangian Cinta Ar Rahim

10 Jun 2012

"Terbaiklah" dengan terbaik

Godaan............
Bagaimana bila rasa nak menggoda, tergoda atau digoda?

"Jauhkan saja."

Andai tak boleh?

"Oh, tak boleh, ya? hmmmm"
"Apa yang anda tak suka makan?"

Jeruk, hihihihi

"Oh, adakah anda suka menyediakan jeruk di rumah?"

Tidak.

"Adakah sama dengan soalan yang ditanyai dengan 'jeruk' ? Kalau tidak suka, tak beli..Kalau tidak mahu, jangan dekati."

Sebenarnya saya berdakwah kerana saya nak ubah perangai itu, hehehehehe.

Allah Subhanallahtaala berfirman di dalam Al-qur'an :

Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada 'penjara' dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya". Surah Yusuf, Ayat 33

'Penjara'kanlah hati dan nafsuku daripada melakukan dosa kepadaMu, Ya Alllah.". Alhamdulillah, itulah kisahnya.

Berbaiklah dengan yang terbaik. Semoga berjaya dalam Rahmatullah, insya Allah.

06 Jun 2012

Fikirlah

Jika ditanyakan apa di fikiranku, nanti jawabnya aku sedang mencari ilham. Jika ditanya apa di otakku, aku sedang berperang menawan saraf-saraf berpenyakit . Jika ditanya apa ada di hati, bergelodaklah jiwa menentang nafsu, melawan godaan syaitan. Hati merintih, mencari sesuatu, yang entah bila akan punya hasilnya. Namun, senyumlah kerana sinar matamu itu mampu membuatkan hatiku kembali tenang, insya Allah.
 
Kerap terlupa, itu jawapan sering diberi, rupa-rupanya petanda awal kesakitan menjalar ke saraf, menerjah ke fikiran, Namun siapa tahu itu tandanya epilepsi. Kekecewaan mula melanda, Banyak perkara terpaksa dikorbankan, memasak, cita-cita untuk belajar lagi, dan percintaan. Tetapi ada hikmah yang terhimpun, terlalu banyak.

Kasih sayang dan Rahmatullah, Siapa sangka saya boleh menulis, punya bakat. Kenapa tak disedari dulu? Walau pernah menang anugerah khas pertandingan menulis sajak peringkat sekolah. Alhamdulillah. cuma tak termampu untuk menghasilkan cerita.  Keindahan tetap ada. seumpama wanita pendiam berbicara lembut lidahnya, penuh hikmah terukir di sini.Insya Allah. Alhamdulillah. Kalau tulis surat cinta, memang 'power' hhehehehehe Pakwe saya tahulah. Dakwah, dakwah, dakwah.

03 Jun 2012

Si jantung hati

mestikah ia berulang lagi? ia anugerah terindah atau cuma bayangan mimpi yang belum tentu ditunaikan? kedua-keduuanya menjadi kesayangan. perpustakaan adalah cita-cita. penulisan pula merupakan cinta. andai kedua-duanya diadunkan, wow..........hebat. membentuk gedung ilmu. tetapi dengan keterbatasan fizikal. perjalanan penuh berliku namun saraf ini masih mampu menafsirkan yang tersirat lalu menterjemahkannya kepada suratan, tentunya melayang terus menayang tabir yang selama ini tersimpan lalu membuka pintu-pintu kerahsiaan tetapi bukan menjadikan ia kelam, sudah terang lagi bersuluh. boleh menulis lagi rupanya, Alhamdulilllah
Facebook

22 Mei 2012

Tulis novel atau sajak?

Soalan : Bagaimana nak ubah atau mengolah bahasa yang digunakan dalam sesuatu cerita? Apabila saya mula menulis, saya lebih terikut-ikut dengan kaedah pernulisan sajak. Saya sudah cuba berulang kali untuk tidak mengetengahkan penulisan sajak ke dalam sesebuah cerita tetapi masih belum berjaya. Keindahan bahasa sajak yang ringkas tetapi mendalam maksudnya seringkali menjadi perangkap saya apabila menulis sesuatu karya berbentuk cerpen atau novel.

Jawapan: Penulisan sajak dan penulisan novel sememangnya berbeza. Konsep alam menjadi satu dan satu menjadi alam menjadikan keduanya berbeza. Oleh kerana Norfazihah sudah terbiasa menulis sajak, maka perlu beralih perlahan-lahan ke dalam penulisan novel. Sajak seolah-olah seorang gadis yang pendiam dan menyembunyikan makna. Sedangkan novel pula seumpama seorang gadis petah yang tidak berhenti berkata-kata. Satu tips yang boleh dikongsikan, ialah bercakap semasa menulis (bercerita) supaya lama-lama minda dan lidah akan terbiasa. Jangan bersajak pula. Namun begitu, penulis yang pandai bersajak mempunyai kelebihan bermain kata-kata yang indah. Jadi gunakan kelebihan ini di tempat-tempat tertentu bagaikan menabur emas di sepanjang laluan. Seumpama buah pukulan yang mantap dan digunakan apabila perlu. Harap membantu sedikit sebanyak.

Jawapan disediakan : Najwa Kejora (facebook)
 
Penyunting : Norfazihah Hani Binti Abnol Kassim

motivate ourselves to successful life

Empower our self, develop our mind to keep whatever as a positive thinking. Write our motto and labeling it on wall or where ever (Nak senang kat cerminlah, kita kan selalu tengok cermin hihihihi). Read it in our heart. Insya Allah, it will catch up to our mind. Our vision and mission will come true!!!!!!!!!!!!! Insya Allah, my heart.

15 Mac 2012

Biasan rindu seorang penulis

‎'saya cinta awak' itu ayat aktif, tetapi 'awak cinta saya' itu ayat pasif strukturnya. tetapi betulkah begitu hakikat perasaan dan hati manusia ini? sukar untuk dimengertikan.renungkan-renung​kanlah. kerana ia tidak semestinya begitu mudah seperti yang dilafazkan. inilah yang sering terjadi apabila cinta tidak berbalas.tetapi cinta untuk Allah Subhanallahtaala ada balasannya. cinta untuk manusia belum tentu ada balasannya. cinta manusia kerana Allah Subhanallahtaala, walau ia tiada berbalas, sentiasa ada ketenangan sebagai balasanNya. Lama sungguh tak buat ayat-ayat cinta ini. Jarang-jarang masuk sini. Rindu berbalas juga akhirnya . Pernulisan adalah dunia saya, saya suka menulis. Penulisan dakwah adalah 'seni' dan cinta bagi saya. terubat juga rindu nak menulis ini.......Alhamdulillah seorang penulis adalah pemikir, pembaca, pemerhati. kadang-kadang apa yang dituliskan itu adalah biasan kepada persekitaran diri penulis itu sendiri. idea, emosi, hati....semuanya bernilai untuk dijadikan coretan

'thumbprint' oh 'thumbprint'

Kadang-kadang saya pelik dengan manusia ni tahu. Kenapa? Hari ini telah berlaku sesuatu yang mungkin sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang. Kalau pergi ke mana-mana pejabat, sekarang ni kebanyakkannya menggunakan sistem 'thumbprint' untuk masuk atau keluar bagi semua staf. Dah tak ada "punch card' lagi tau. hahahaha. Sesetengah orang tak faham kenapa saya tak gunakan sistem tu. Mungkin orang ingat saya ni normal agaknya. Secara luarannya mungkin tampak OK kebijaksanaan Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah Subhanallahtaala tetapi sebenarnya ada juga KOnya. Selama sebulan saya sudah menggunakan 'thumbprint' itu, Asyik 'try again, try again, try again' katanya. Tulis buku sajalah. hahahaha. Akhirnya gunalah 'pass number'. Ada pula orang 'complain' belakang-belakang. Orang tak puas hati. Tetapi orang tu tak jumpa saya cakap terus dengan saya. Mungkin orang tu segan agaknya, sebab di sini terlalu ramai staf. Tak kenallah sangat. Alhamdulillah, ia juga menyebabkan saya sedar kekurangan diri saya. Saya dah tahu masalah saya yang sebenarnya. Kenapa jadi begitu? Gerakan motor halus saya kurang baik. Apabila saya perhati jari saya lama-lama. Barulah saya sedar. Terketar-ketar jari saya dibuatnya. Memang gagal. Patutlahpun selama ini saya lambat untuk menyiapkan sesuatu kerja. Bukanlah disengajakan. Inilah hakikatnya. Saya tidak mampu untuk memuaskan hati orang. Saya minta maaf dengan semua pihak dan juga keampunan kepada Allah Subhanallahtaala. Wallahhua'alam.

24 Januari 2012

Lupa lagi...........

Kadang-kadang kita terlupa kerana kita memang pelupa. Kita tahu dosa itu bawa ke neraka tapi kita buat juga. Kita faham bahawa amal ibadah bekal ke syurga, tapi kita tak buatpun. Di mana kita? Ke mana kita mahu pergi sebenarnya? Syurga atau neraka?Tetapi ingatlah kita masuk syurga dengan Rahmat Allah dan untuk dapatkan Rahmatullah itu, jadilah hamba yang mentaati perintahNya seandainya belum mampu untuk menjadi kekasih Allah Subhanallahtaala. Wallahhua'alam