Mencari Redha Ilahi


10 November 2011

cetusan hati

Kenapa saya pilih dakwah…………Damaikan jiwa yang kosong, carikan hati yang sejuk dan tenang

Segala pujian hanyalah untuk Allah Subhanallahtaala. Selawat dan salam untuk para nabi dan rasul khususnya kepada Nabi Muhammad Sallahhualaiwassalam yang dicintai.

Nabi Muhammad Sallahhualaiwassalam dan para sahabat Baginda. Para Tabi’in, ulama zaman silam. Teguhnya iman mereka menjadikan diri saya kuat. Alhamdulillah, saya banyak membaca kisah-kisah mereka. Saya bekerja sebagai pembantu tadbir di perpustakaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta. Walaupun buku rujukan agama tidak banyak di sini, ia adalah cabaran sebagai seorang pendakwah. Mencari sumber lain adalah jalan terbaik, iaitu internet. Tetapi ia memerlukan kepakaran membezakan antara yang benar dan yang batil. Seringkali menimbulkan kekeliruan, Alhamdulillah. Allah Subhanallahtaala mengurniakan kepada saya sahabat-sahabat dari kalangan ustaz dan ustazah sebagai rujukan.

Siapa lagi? Keluarga saya. Inilah model kedua terbaik yang saya ada. Hanya abah, mak dan saya yang betul-betul meminati program agama di rumah, Kenapa tidak saya teruskan? Mak saya adalah guru al qur’an saya. Mak dan abah saya berani menhantar saya belajar di sekolah biasa, sedangkan saya adalah orang kelainan upaya yang bermasalah pembelajaran ‘slow learner’ siapa sangka anak meeka boleh belajar di kalangan orang biasa, sekolah biasa. Alhamdulillah. Saya bangga memiliki mak dan abah serta keluarga yang memahami saya.

Masa sekolah dulu saya duduk di asrama, selalu mengikuti program kuliah maghrib menjadikan saya minat kepada Islam, ditambah pula dengan keIslaman seorang ketua pengawas, Mohamad Ooi Abdullah. Saya menjadikan dia sebagai ikutan, kenapa dia minat kepada Islam? Sedikit sebanyak membuka ruang untuk saya terus belajar melalui kuliah yang diadakan selepas maghrib. Itulah kenangan terindah saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera. Saya cuba ubah diri saya kepada kebaikan, sedikit demi sedikit. Cuma satu perubahan yang masih saya tercari-cari sehingga sekarang. ‘Pemakaian tudung labuh bidang 60 inci” kenapa saya perlu memakai tudung labuh? Sedangkan penutupan aurat cuma setakat melabuhkan tudung ke dada. Saya masih mencari jawapan. Adakah faktor iman? Mungkin orang tidak memahami apa yang saya rasa setiap kali melihat orang memakai tudung labuh. Saya sayangkan semua itu tetapi saya tidak mempunyai kemampuan untuk meneruskannya sekarang. Adakah ia cuma ikut-ikutan?

Dakwah, hmmm kenapa? Siapa membawa saya kepada dakwah? Namanya Mohamad Hafiz Ng, pendakwah di Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Dia banyak membantu saya di saat saya merasakan terumbang-ambing untuk menjadi pendakwah atau tidak? Syaitan sentiasa membuai hati inii. Dia juga mengenalkan saya kepada “facebook” dan pernulisan blog Islam. Saya ada membaca satu artikel mengenai facebook. Wah. Rupa-rupanya facebook itu adalah milik sebuah kesatuan bekas pelajar-pelajar yahudi di sebuah universiti. Adakah saya akan terus berdakwah? Insya Allah, semoga Allah Subhanallahtaala membuka hati saya terus-menerus untuk membuai bersama program agama Islam. Meneguhkan prinsip perjuangan kepada kemajuan dan kemenangan umat Islam.

Kita lancarkan perang saraf ke atas puak yahudi menggunakan facebook. Penulisan tazkirah di laman tersebut. Mengajak orang melakukan kebaikan, dengan kejujuran dan keikhlasan. Teknik pernulisan mestilah mudah difahami, jaga peribadi sebagai seorang Muslim.

Majukan ekonomi umat Islam melalui iklan produk Islam, bisnes. 90% ekonomi adalah daripada perniagaan, kecil atau besar itu bukan alasan, apa yang penting ialah kekayaan hati.

Gambar, jagalah keperibadian kita sebagai seorang Muslim.Menutup aurat. Tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Firman Allah SWT yang berbunyi :
“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya, dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”(Al-Baqarah : 208)

Orang nampak usaha kita ini mungkin kecil. Tapi apa jadi kalau satu usaha yang selama ini dipandang remeh kepada mereka memudahkan kita, membuatkan kita masuk syurga. Siapa tak nak masuk syurga. insya Allah, kita masuk ke syurga bukan kerana amalan tapi sebab rahmat dan kasih sayang Allah Subhanallahtaala kepada kita. Untuk mendapatkan rahmat dan kasih saying Allah Subhanallah, apa yang diperlukan? Amalan kita juga. Kedua-keduanya diperlukan untuk meniti jalan ke syurga Allah Subhanallahtaala. Insya Allah.

Tazkirah untuk diri saya juga.

Wallahua’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan