Mencari Redha Ilahi


30 Mei 2011

Coretan buat kekasihku, pemanduku di dunia menuju ke destinasi akhirat

Ya Allah, sungguh aku tidak mampu untuk menterjemahkan perasaan ini kepada dia
seandainya dia adalah takdirku di dunia dan akhirat
Engkau pertemukanlah kami dalam RahmatMu
aku bersedia menerimanya
jodohku ketentuanMu
aku telah menyerahkan segalanya kepadaMu
doa dan istikharahku padaMu
kuyakini dia adalah peneman hidupku
hanya Engkau yang mengerti hatiku ini
aku sebagai hambaMu
ketenangan yang aku rasakan ketika bersamanya
tidak dapat aku coretkan di sini
mungkin ia hanyalah sementara
walau aku tahu ia pinjaman untuk menguji kecintaanku lagi
aku tidak mampu untuk menyatakan isi hatiku kepadanya
hanya doa
biarlah aku menanti saja jawapan itu daripada dia
aku mencintai dia keranaMu
bukan kerana kebaikan dia
aku tidak mengenali siapa dia sebenarnya
akhlaknya , kebaikannya juga belum kutahu
aku tidak mahu ia ditutupi kepura-puraan lagi
cinta itu tidak bertambah dengan kebaikan
cinta itu juga tidak berkurang angkara keburukan
tetapi saling lengkap-melengkapi ketidaksempurnaan itu

"Kita bertemu kerana Allah Subhanallahtaala, biarlah Dia menentukan jodoh pertemuan ini"- insya Allah

Salam sayang daripada hati yang merindui pemanduku di dunia menuju ke destinasi akhirat- Assalamualaikum.....

Orang ni kena penyakit angau lagi, hahahahaha......

Nasihat pakar percintaan - Doakan, simpan saja perasaan itu di hati. Jelmakan ia berhati-hati. Insya Allah, adalah nanti.

ko tengah sibuk dengan kerja mengemas, kerja ko tak siap lagi wei. buatlah kerja ko itu elok-elok. ko kena ingat kerja ko tu ibadah, di dunia ko tanggung, di akhirat nanti ko nak jawap apa...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan