Mencari Redha Ilahi


18 November 2010

Dakwah Kepada Orang Kelainan Upaya Pendengaran

Tidak semestinya orang bermasalah pendengaran ini, mereka pekak dan bisu sepenuhnya. Berdasarkan pengalaman saya bekerja bersama mereka di Bengkel Persatuan Permulihan Orang Perak.

Ada manusia yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan sepenuhnya. Terdapat juga golongan yang boleh bersuara dan mendengar tetapi masih memerlukan bantuan alat pendengaran. Mereka masih boleh bercakap, mendengar, serta memahami apa yang kita cakapkan.

Malah untuk beribadah, golongan ini menunaikan solat seperti biasa. Cuma perbezaannya mereka tidak boleh bersuara.

Berdialog dengan mereka memerlukan teknik isyarat tangan. Di Malaysia, ia dikenali sebagai "Bahasa Isyarat Malaysia" ataupun ringkasnya BIM.

Kod tangan pula adalah kod-kod dan isyarat-isyarat yang telah diseragamkan asas tatabahasanya serta mematuhi prinsip Bahasa Malaysia.

Saya juga berkomunikasi dengan mereka menggunakan bahasa isyarat tangan. Teknik terbaik untuk belajar bahasa isyarat ialah berdialog bersama mereka. Kaedah ini lebih mudah difahami daripada menggunakan buku. Buku cuma digunakan sebagai rujukan sekiranya terdapat perkataan yang tidak difahami. Seandainya mempunyai perkataan yang kita tidak tahu, kita juga boleh berkomunikasi secara menulis nota di atas kertas. Mereka akan menggunakan isyarat tangan untuk mentafsirkannya serta menjawab soalan yang ditanyakan itu dengan menulisnya di atas kertas tersebut.

Kaedah penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia


Ejaan Jari (Fingersfelling)

Ini adalah bahagian penting dalam penggunaan bahasa isyarat. Mereka menggunakannya apabila terdapat perkataan yang tidak mempunyai kod tangan atau kata nama khas.
 
Asas

Kod Huruf











Sebagai manuusia, kita wajib menghormati dan menerima mereka sebagai insan.
Allah SWT hanya akan mengangkat darjat orang-orang beriman dan bertaqwa kepadaNya  Wallahhhualam. Wassalam.

Rujukan : Buku Bahasa Isyrat Malaysia

2 ulasan:

  1. as'kum...saudari..
    sy pnah ada kwn bisu tp dia xfham apa yg saya tlis keats..pas2 lma2 ckit sy blaje isyarat hrf ngan dia spya dpt komunikasi ngan dia bek...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan dengan ulasan. itu perkara biasa, sesetengah mereka ada yang faham dan ada yang tak faham seandainya dituliskan. sememangnya baik untuk belajar bahasa isyarat ini. saya sudah lama tidak menggunakannya kerana persekitaran saya sekarang adalah orang normal.

    BalasPadam