Mencari Redha Ilahi


31 Ogos 2010

Sekolah

Saya juga seperti orang biasa, hidup berdikari sudah sinonim dengan saya sejak kanak-kanak lagi. Bersekolah dengan orang biasa. Memasak, membasuh, seterika pakaian bergerak ke sana-ke sini, naik-turun bas. Ditambah pula kehidupan bersekolah, orang biasa. Sekolah Kebangsaan Felda Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah. Bukan kelas pelajar berkeperluian khas. Belajar di kelas nombor dua. 1 Merah. 2 Merah, 3 Merah, 4 Merah, 5 Biru dan juga 6 Merah. Masa tu budak-budak, sememangnya saya sensitif orangnya, Sering menangis kerana budak-budak selalu hina.Tetapi Alhamdulillah, saya dapat cikgu, ustaz, ustazah dan sahabat yang penyayang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Teloi Kanan, saya berada di kelas pertama. 1-3 Cempaka. Pengalaman lalu menjadikan saya kebal, Alhamdulillah. Dah tak kisah orang nak hina, itu hal mereka. Saya tak peduli dah. Meminati, 'cinta monyet', ah, tak perlu diceritakan kerana perkara tersebut sudah menjadi memori. Namun Alhamdulillah, ini semua mematangkan saya. Menjadikan saya lebih kuat dan tabah, Alhamdulillah.

Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera, Baling. Tetap dalam ingatan, biar jauh di mata. Kelas Sains Tulen ( Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Pendidikan Seni itulah pilihan yang diambil untuk matapelajaran elektif.bagi SPM ) . berhadapan Gunung Baling dan Gunung Pulai, setiap pagi menikmati keindahan ciptaan Allah SWT. Kabus pagi meliputi puncak gunung, begitu indah. Subhanallah. Hampir setiap minggu balik ke rumah, naik bas daripada sekolah ke pekan Kuala Ketil, bersama kawan-kawan. Bas KBRT. 'bas komunis', itulah istilah yang kami berikan. Dari pekan Kuala Ketil, naik kereta sewa, prebet sapu untuk balik ke rumah di Felda Teloi Timur.

Berada jauh daripada keluarga, Pusat Latihan Felda Trolak, Sungkai, Perak. Belajar Sijil Pembangunan Multimedia dan Rekabentuk Grafik selama 6 bulan, jauh daripada keluarga yang berada di Kedah. Kerinduan amat dirasai. Alhamdulillah, Abah selalu datang melawat. Begitu penyayang Abah terhadap saya, Alhamdulillah.

Bercuti daripada pembelajaran, beberapa tahun lamanya, belajar sijil kontraktor landskap. Ha, jangan tak tahu saya mempunyai kelayakan untuk menjadi kontraktor landskap kelas F. Hmmmm, macam-macam.

Bekerja, Bengkel Lembah Kinta, Persatuan Permulihan Orang Cacat Perak.

Belajar Diploma Pengurusan di Open University Malaysia, tetapi cuma 1 semester sahaja. tidak dapat diteruskan kerana masalah peribadi. Sayang tak sayang., menguji keimanan. ibadah solat sering diltinggalkan disebabkan mengikut jadual pembelajaran.

Bekerja di Kolej Kejururawatan Ipoh, Alhamdulillah, sampai sekarang. Jawatan Pembantu Tadbir N17.

Masihkah kau ingat ? ...........Semuanya buat sendiri.

Tapi sayang,ini hanyalah kenangan. Epilepsi telah menyekat segalanya. kehidupan berdikari menjadi memori di ingatan. Kerosakan kelenjar cellebrum, menjadikan diri ini memerlukan bantuan walaupun pada mulanya agak sukar serta merimaskan kerana sudah diajar dan dibiasakan untuk berdikari sejak kanak-kanak.

Namun saya tetap bersyukur kerana Allah SWT begitu mengasihi diri saya, menjadikan saya lebih kuat dan tabah. Biarpun saya memerlukan sokongan dan bantuan. Masih banyak kelebihan yang saya ada. Bakat, kemahiran, kerjaya, ilmu, kasih sayang. Rahmat Allah SWT kepada saya terlalu agung untuk saya persia-siakan, memberi manfaat kepada semua makhlukNya yang memerlukan selagi otak ini masih berfungsi. Saya sayang semuanya.

Firman Allah SWT :
“(Iaitu ) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.” ( Surah Ar Ra’du ayat 28 )

Semoga ada baiknya.

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan