Mencari Redha Ilahi


31 Ogos 2010

Sekolah

Saya juga seperti orang biasa, hidup berdikari sudah sinonim dengan saya sejak kanak-kanak lagi. Bersekolah dengan orang biasa. Memasak, membasuh, seterika pakaian bergerak ke sana-ke sini, naik-turun bas. Ditambah pula kehidupan bersekolah, orang biasa. Sekolah Kebangsaan Felda Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah. Bukan kelas pelajar berkeperluian khas. Belajar di kelas nombor dua. 1 Merah. 2 Merah, 3 Merah, 4 Merah, 5 Biru dan juga 6 Merah. Masa tu budak-budak, sememangnya saya sensitif orangnya, Sering menangis kerana budak-budak selalu hina.Tetapi Alhamdulillah, saya dapat cikgu, ustaz, ustazah dan sahabat yang penyayang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Teloi Kanan, saya berada di kelas pertama. 1-3 Cempaka. Pengalaman lalu menjadikan saya kebal, Alhamdulillah. Dah tak kisah orang nak hina, itu hal mereka. Saya tak peduli dah. Meminati, 'cinta monyet', ah, tak perlu diceritakan kerana perkara tersebut sudah menjadi memori. Namun Alhamdulillah, ini semua mematangkan saya. Menjadikan saya lebih kuat dan tabah, Alhamdulillah.

Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera, Baling. Tetap dalam ingatan, biar jauh di mata. Kelas Sains Tulen ( Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Pendidikan Seni itulah pilihan yang diambil untuk matapelajaran elektif.bagi SPM ) . berhadapan Gunung Baling dan Gunung Pulai, setiap pagi menikmati keindahan ciptaan Allah SWT. Kabus pagi meliputi puncak gunung, begitu indah. Subhanallah. Hampir setiap minggu balik ke rumah, naik bas daripada sekolah ke pekan Kuala Ketil, bersama kawan-kawan. Bas KBRT. 'bas komunis', itulah istilah yang kami berikan. Dari pekan Kuala Ketil, naik kereta sewa, prebet sapu untuk balik ke rumah di Felda Teloi Timur.

Berada jauh daripada keluarga, Pusat Latihan Felda Trolak, Sungkai, Perak. Belajar Sijil Pembangunan Multimedia dan Rekabentuk Grafik selama 6 bulan, jauh daripada keluarga yang berada di Kedah. Kerinduan amat dirasai. Alhamdulillah, Abah selalu datang melawat. Begitu penyayang Abah terhadap saya, Alhamdulillah.

Bercuti daripada pembelajaran, beberapa tahun lamanya, belajar sijil kontraktor landskap. Ha, jangan tak tahu saya mempunyai kelayakan untuk menjadi kontraktor landskap kelas F. Hmmmm, macam-macam.

Bekerja, Bengkel Lembah Kinta, Persatuan Permulihan Orang Cacat Perak.

Belajar Diploma Pengurusan di Open University Malaysia, tetapi cuma 1 semester sahaja. tidak dapat diteruskan kerana masalah peribadi. Sayang tak sayang., menguji keimanan. ibadah solat sering diltinggalkan disebabkan mengikut jadual pembelajaran.

Bekerja di Kolej Kejururawatan Ipoh, Alhamdulillah, sampai sekarang. Jawatan Pembantu Tadbir N17.

Masihkah kau ingat ? ...........Semuanya buat sendiri.

Tapi sayang,ini hanyalah kenangan. Epilepsi telah menyekat segalanya. kehidupan berdikari menjadi memori di ingatan. Kerosakan kelenjar cellebrum, menjadikan diri ini memerlukan bantuan walaupun pada mulanya agak sukar serta merimaskan kerana sudah diajar dan dibiasakan untuk berdikari sejak kanak-kanak.

Namun saya tetap bersyukur kerana Allah SWT begitu mengasihi diri saya, menjadikan saya lebih kuat dan tabah. Biarpun saya memerlukan sokongan dan bantuan. Masih banyak kelebihan yang saya ada. Bakat, kemahiran, kerjaya, ilmu, kasih sayang. Rahmat Allah SWT kepada saya terlalu agung untuk saya persia-siakan, memberi manfaat kepada semua makhlukNya yang memerlukan selagi otak ini masih berfungsi. Saya sayang semuanya.

Firman Allah SWT :
“(Iaitu ) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.” ( Surah Ar Ra’du ayat 28 )

Semoga ada baiknya.

Wallahualam.

Erti Cinta

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
Pelajar : Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru : Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya : Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab : Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta...

Pada hari yang lain pula, pelajar tersebut bertanya kepada gurunya tentang perkahwinan.

Pelajar : Apa itu perkahwinan ?

Guru : Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur ke
belakang. Tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab : Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya, ia adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya dan menyesal kerana tidak memilihnya...

Maka guru itu menjawab : Itulah perkahwinan.......

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.


Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan.....
 
Suntingan : Norfazihah Hani Binti Haji Abnol Kassim, daripada emel

24 Ogos 2010

Sahabat

“ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya…-Imam Syafie.


Semoga ukhwah ni berada dalam rahmat Allah. Ukhwah Fillah Abadan Abada

Istimewa Ramadan

Ramadhan istimewanya ibarat bandingan nabi yusuf dgn 12 adik beradiknya..amat bersinar dan istimewa disisi Ayahandanya....ibaratnya juga perjalanan hidup nabi Yusuf susah senang nya yg akhirnya mencapai kemanisan menjadi gabenor mesir


http://www.facebook.com/profile.php?id=100000045491368&v=wall&story_fbid=143084349065123

22 Ogos 2010

ISLAM sebagai agamaku

Soalan :

Bolehkah hikmah atau tujuan sesuatu ibadah itu diketahui, contohnya seperti solat, solat jemaah, puasa, haji, menutup aurat ikut syariat dan juga sains biologi, fizik, kimia?

Jawapan :

Boleh. Tidak menjadi masalah.

Cuma kalau nak membentuk hati yang 100% ikhlas, kita jangan bertanya apa tujuan ini atau itu. Niat sebenar kita mengikut adalah kerana ia satu perintah Allah.


Keperluan kepada agama ditafsirkan mengikut sains atau sebagainya tidak menjadi masalah dengan syarat ia tidak memesongkan ajaran Agama Islam..
 
Wallahualam.
 
Jawapan disediakan oleh Mohamad Hafiz Ng Abdullah (Jaipk) http://www.hafizng.com/
Penyunting : Norfazihah Hani Binti Haji Abnol Kassim

Sedekah ilmu

Bulan Ramadan juga meraih pahala melalui bersedekah ilmu dengan membaca, membeli dan memberi buku supaya pahala berterusan selagi buku dibaca...........Saya suka membaca- Norfazihah Hani Binti Haji Abnol Kassim

19 Ogos 2010

PILIHAN ANTARA IBU DAN PASANGAN.

PILIHAN ANTARA IBU DAN PASANGAN.


Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...

bolehkah kau kirim wang untuk Mak?

Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".



Berderai air mata jika kita mendengarnya........



Tapi kalau Mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....



Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Sumber : http//www.hafizng.com
Hakcipta terpelihara

Berkawan, Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamun dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..

Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,

TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.

Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.

Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..

Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..

Kamu juga yang akan MENYESAL

Hakcipta Terpelihara : Sumber : http://www.hafizng.com/

18 Ogos 2010

.....nak bincangkan idea daripada minda HEBAT....sebuah novel biografi

Berkata benarlah, meskipun kebenaran itu pahit untuk diterima. Inilah 'mesej tersembunyi' yang tidak disedari yang hendak dimasukkan ke dalam minda pembaca. Di akhir pembacaan nanti, saya mahu pembaca mensyukuri dan menghargai setiap kekurangan sebagai kelebihan yang Allah SWT berikan.

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kalian. Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal.

(QS. Al Hujuraat (49) : 13)



MEKAH

Sesungguhnya kerinduan untuk berada di bumiNya membuatkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang berada di fikiran selama ini. "Adakah dia  mampu untuk beribadah kepada Allah yang Maha Esa ketika sampai di mekah Al mukaramah nanti?" Sepi, dia cuma mampu berbisik di hati tanpa mengucapkannya. Bayangan Masjidil Haram dan binaan Kaabah semakin hampir.

SIHAT

Tekanan selepas dimarahi bos. Hani telah jatuh pengsan ke bawah meja, terjadilah sesuatu yang tidak disangkakan, epilepsi.
"Ya Allah, Hani, kenapa ni?" Suasana di dalam pejabat menjadi kelam-kabut.
"Cepat-cepat, telefon ambulans."


Sayup-sayup kedengaran suara Doktor Abdul Wahi, dari kejauhan.
”Setelah membuat pemeriksaan, kami mendapati anak encik menghidap sindrom 'slow learner' dan juga epilepsi disebabkan kecederaan otak. Mungkin kesan sampingan akibat 'jaundice' yang dialami semasa dia dilahirkan.” penerangan Doktor Abdul Wahi, salah seorang daripada doktor pakar di Unit Neurologi, Hospital Tuanku Bainun kepada abah dan mak. Kepiluan hati ini amat dirasai.

CINTA

Solat Istikharah dan doa

Ya Allah, seandainya dia ini baik untuk aku demi dunia dan akhiratku, pertemukanlah dan kekalkanlah jodoh antara kami di dunia dan akhirat dengan kelembutan kasih sayangMu sehingga ke akhir hayat kami. Tapi ya Allah, seandainya dia tidak baik untuk aku demi dunia dan akhiratku, pisahkanlah kami dalam persahabatan dan persaudaraan Islam dengan ketenangan.

Sesungguhnya,

Imam Ali bin Abi Thalib berkata: "Jadilah engkau sebagai sumber kebaikan dan maafkan kesalahan orang lain, kerana kamu melihat dan mendengar sendiri apa yang kamu perbuat. Jika kamu mencintai seseorang, cintailah dia biasa-biasa saja, kerana kamu tidak tahu bila kamu akan mencabut cinta itu.

Siapapun tidak menjangka
Sejak detik yang ditinggalkan
Aku merasai ketenangan
Biar dia yang aku sayangi makin jauh
Aku melepaskan dia tanpa dendam
Walau hati berderai
Bagai kaca jatuh tak dapat disatukan
Namun
Aku bersyukur
kerana As-Sobru mengurniakan aku ketabahan
Mendepani ujianNya dengan redha di hati
Ketenangan zikrullah
Bersama kasihnya Ar Rahim padaku
Alhamdulilllah

Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Ujian adalah tempaan Allah SWT agar manusia pilihanNya lebih baik dan hebat.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)””


Andai yang tercipta untukku adalah yang terbaik, akan kujadikan dia sebagai KENANGAN yang TERINDAH dalam hidupku.....siapa? Wallahhua'lam.

Jujur dan saling bertolak ansur itu merupakan elemen penting dalam sesebuah perhubungan. Cemburu berlebihan akan menimbulkan kerimasan.

Saya lebih suka membebaskan. Bebaskan cinta itu.


Jika tidak dapat apa yang disukai, kita mesti menyukai apa kita ada...................syukur nikmat persahabatan ini. Alhamdulillah,persahabatan ini sudah cukup membahagiakan hati saya. Kenapa? cinta boleh menjadi benci, tetapi kasih sahabat insya Allah kekal sampai bila-bila.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana di situlah pintu hatinya.. Tempat di mana cinta itu ada.



Hidup ini umpama sebuah novel. Kisahnya pelbagai cerita. Suka, duka. Kehidupan juga begitu. Punyai bermacam-macam cerita. Ada cerita suka, ada cerita duka. Tetapi tetap ada perbezaan jelas,di antara novel
dan kehidupan.

Jalan cerita dalam novel ditentukan oleh penulisnya iaitu manusia, penamatnya suka atau duka. Tamat
dibaca, tutup novel. Novel dan ceritanya tetap sama, tiada beza.

Jalan kehidupan?

Kita hanya berupaya merancang dan berusaha sebagai khalifahNya di dunia dan hidup ini merupakan perjuangan.

Hanya Allah S.W.T yang membuat ketentuanNya. Namun sebagai hambaNya adakah kita mampu mengubah atau sekadar redha dengan takdir qada dan qadarNya? Insya Allah
mampu...taqwa......ikhlas....usaha....doa.....nampak duit$$$$$$$

tapi

Ya, Allah, hanya ketenangan dan kasih sayangMu yang aku dambakan daripadaMu.

Ya Allah, bantulah aku untuk memperjuangkan agamaMu.




nantikan


Dakwah.........pernulisan, hobi.....dengar ceramah agama dan motivasi boleh tulis blog dan buku, insya Allah telah membuktikan.....http://norfazihah.blogspot.com

rekabnntuk grafik, multimedia, pembinaan web,blogger

graphic designer.....hmmm tak jadi walau seni tu ada......
seni landskap................sememangnya berkelayakan utk jadi kontraktor landskap tetapi tidak........

jawatan tetap pembantu tadbir N17, kerja sememangnya minat. kerana kerja saya adalah hobi saya.    buku....membaca, menulis, segalanya berkenaan ilmu, Alhamdulillah. perpustakaan. hanya 2 pilihan jawatan dipohon semasa mengisi borang SPA, 1 jawatan pembantu perpustakaan 2 pembantu tadbir tetapi rezeki Allah SWT itu amat luas, Alhamdulillah. dapat jawatan pilihan kedua tetapi kerjanya pilihan pertama......Ya Allah.apa nak dikata lagi, rasa bersyukur sangat-sangat.


membawa mesej bahawa Islam agama yang luas dan tidak hanya bertumpu kepada akhirat semata-mata.

insya Allah seandainya ada kesempatan, sambung lagi......

Watak utama lembut tapi tegas. penyayang, mudah mesra, 'berseni', mengikut perintah agama, bijak. Bagaimana nak hidupkan watak sebegini?


Dialog
1- Riak wajah & nada suara orang yang berbicara

2- Kelakuan watak ketika itu.(Apa yang dibuat ketika itu?)
3- Penerangan suasana sekeliling jika bersesuaian
4- Apa yang difikirkan oleh watak utama, atau apa yang mungkin difikirkan oleh watak lawannya.
5- Perasaan pada masa itu


Minda kecil menyatakan hal-hal manusia atau benda.
Minda yang biasa memceritakan peristiwa dan kenangan.
Tetapi Minda Besar membincangkan Idea.........Weh, tolong bagi idea............

kerana, saya cuma hamba Allah SWT yang serba kekurangan, tiada apapun................semoga ada baiknya, insya Allah.

Wallahhualam.

11 Ogos 2010

Dosa

Walau dicuba sedaya upaya utk tidak terjebak dgn dosa, sbg manusia kita akan gagal. 'Zero dosa ' bukanlah target kita, ia di luar kemampuan. Target kita adlh ‘minima dosa kecil, zero dosa besar'. Kerana kita manusia & bukan Malaikat. Tapi jgn jadikan sifat ‘kemanusiaan' kita sebagai excuse utk berterusan selesa dlm dos...a. Kelak kita kemanusiaan hilang, lalu ‘sifat kebinatangan' muncul malah lebih teruk dari binatang.

Sumber : www.facebook.com/pages/Zaharuddinnet/226669856575

10 Ogos 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

bulan mencari keredhaan dan rahmatNya
dengan pesta ibadah
bukan hanya pesta makanan
tidak sekadar lapar dan dahaga
nafsu
jangan kau menggoda
jangan pula tergoda
sememangnya kuat ketika berpuasa

Ya Allah, jagalah pandangan mata serta hati ini
perutku berkerocong nun berbuka nanti
tapi tika berbuka...duhai nafsu tak mampu dah nak masuk lagi
hehehe, nantikan sambungannya.....insya Allah

RENUNGAN BERSAMA UNTUK WANITA DAN LELAKI.

Allah SWT berfirman yang :bermaksud :

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, dia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa."
"Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekuatan hati untuk membuat dia tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya walau dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu; kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya..Tempat di mana cinta itu ada."

Hakcipta terpelihara / Sumber : http//:www.hafizng.com
Edit : Norfazihah Hani Binti Haji Abnol Kassim

02 Ogos 2010

Keberkatan sedekah : Cerita IluvIslam

Alhamdulillah. Pagi ini, saya bekerja seperti biasa di Kolej Kejururawatan Ipoh. Tahap kesihatan juga sudah semakin baik, Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah SWT, Ar Rahman, Ar Rahim.

Uncle hantar surat khabar seperti biasa tapi kali ini ada tambahan kepada saya iaitu RM 4 untuk 2 naskah iluvislam.

1 naskah untuk hamba Allah, sahabat baik saya di kolej ini, saya sedekahkan sahaja kepada dia. senang cerita. RM 2 sahaja, berapa sangatlah nak dikirakan. Hahaha.

1 naskah lagi saya beri kepada ustaz. Nak tahu berapa RM yang saya dapat? RM 5 ( duit hijau ) daripada ustaz. Ya Allah. Alhamdulillah. Tergamam saya dibuatnya.

Hanya dengan sebab RM 2 yang diberikan, saya dapat kembali RM 2 tersebut dan tambahan RM 1. Ya Allah. Saya bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah.

Pengajarannya, banyak-banyakkanlah bersedekah. Boleh jadi kaya, insya Allah. Alhamdulillah.

Wallahhua'alam.

Keindahan sebuah pernantian

Assalamualaikum

Kerinduan untuk menulis amat menebal di hati ini, seindah membaca warkah cinta daripada kekasih. Agak lama menyepi, bukan bermakna hilangnya tiada coretan. cuma mungkin kesibukan tugasan dan tahap kesihatan yang kurang baik menjadi tembok, Alhamdulillah. sekurang-kurangnya, sepi itu mengajar erti kesabaran, kerinduan dan keindahan sebuah pernantian.

Menulis itu bagaikan aliran air. Tulislah dan teruskan menulis kerana ia bagai sungai yang mengalir deras menolak segalanya, hingga tiada lagi tembok batuan atau sampah sarap di fikiran, insya Allah. Itulah ketenangan buat seorang penulis. Kejernihan jiwa bersama kebersihan hati, namun hidayah Islamiah hanya milik Allah SWT. Doakanlah semoga hidayah itu kekal bersama sehingga ke akhirat kerana itulah keberkatan ilmu, insya Allah.


Wallahhualam, Wassalam.