Mencari Redha Ilahi


14 Mac 2011

Berdakwah - Penghargaan yang tulus, jujur dan ikhlas

"Saya mencintaimu seadanya"

Kasih sayang itu berprinsipkan menerima tanpa sebarang syarat. Ia tidak bertambah dengan kebaikan, tidak pula berkurang disebabkan keburukan yang ada pada diri seseorang.

Tinggalkan kenangan, jejak-jejak penghargaan yang kecil tetapi mesra dalam perjalanan kehidupan kita. Insya Allah, suatu masa nanti kita pasti terkejut melihat bahawa semua nostalgia itu akan merapatkan lagi hubungan persaudaraan dan mengeratkan tali silaturrahim di antara kita serta orang-orang yang akan kita temui dalam pertemuan seterusnya.

Hakikatnya kita adalah manusia yang dahagakan pujian, penghormatan dan penghargaan. Gunakan pelbagai kaedah bagi memulihkan kembali semangat seseorang tatkala dia ditimpa kesusahan. Jadilah sahabat yang terbaik.

Carilah kelebihan, perkara yang baik dan keistimewaan dalam diri orang lain. Lupakan perkataan 'ampu'. Berikanlah penghargaan yang tulus, jujur lagi ikhlas. Orang yang menerimanya pasti menghargai dan mengingati kata-kata itu di hati mereka sepanjang kehidupan mereka. Sewangi kuntuman mawar yang mekar bertahun-tahun lamanya biarpun selepas kita melupakannya, insya Allah.

Wallahhua'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan