Soalan :
Bagaimana nak jaga pandangan sedangkan saya berhadapan dengan ramai lelaki sebagai pelanggan disebabkan saya berada di kaunter pertanyaan, sukar untuk mengelakkan daripada berurusan dengan lelaki. Saya terpaksa mengekalkan senyuman serta berpersonaliti ceria, mesra. Apabila mereka memberi salam,patutkah saya menjawabnya ?
Jawapan :
Apabila orang memberi salam maka kita jawab. Kalau orang itu memainkan salam, maka dia yang bertanggungjawab. Bukan salah kita. Cuma kita tidak mahu buruk sangka. Senyuman tidaklah menjadi satu kesalahan. Kalau senyuman itu hingga ke peringkat menggoda, maka lainlah hukumnya. Wallahhualam.
Jawapan disediakan oleh : Mohamad Hafiz Ng Abdullah (hhtp://www.hafizng.com/) JAIPK
Penyunting: Norfazihah Hani Binti Haji Abnol Kassim
26 September 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan