Mencari Redha Ilahi


28 September 2010

Kebaikan Sikap Binatang Untuk Dicontohi

Ambil sikap binatang  di dalam mengikat hubungan dengan Allah SWT, sesama manusia dan juga alam sekitar.

Taat umpama anjing dengan tuannya.

Tawakkal umpama burung yang pergi tinggalkan anaknya untuk cari rezeki.

Mesra umpama kucing tapi kalau dipijak kepala, dia cakar balik kita.

Sepakat umpama semut yang gigih.

Tegas umpama si singa.

Berguna umpama ikan. Di laut masin. Tetapi tetap sedap dimakan, tak masin pun.

Wallahhua'lam.

Facebook : Saiifuldin Mohd Nawawi

Penyunting : Norfazihah Hani Binti Haji Abnol Kassim

Tanggungjawab - Dakwah Islamiah

Orang Kelainan Upaya Pembelajaran Dan Pertuturan menyampaikan dakwah Islamiah?

Sudahlah cacat. Fizikalpun tak betul, masalah saraf. Goyang sana, goyang sini. Lambat buat kerja. Lembab. Celebral Palsi. Orang nak ketawapun, ketawalah. Saya dah puas diketewakan orang, dah tak rasa apa dah, sudah lali. Tetapi saya tetap rasa kasihan dan sayangkan mak yang telah bersusah payah mengandungkan, melahirkan serta menjaga saya sejak saya di dalam kandungan lagi sehingga sekarang. Dia cukup sedih apabila anak dia dihina. Ingatlah, doa seorang ibu amatlah mustajab. Tiada hijab di sisi Allah SWT.

Masalah otak, Epilepsi, Sawan, Masalah Pembelajaran "Slow Learner". IQ, Alhamdulillah dikurniakan kebijaksanaan dalam ilmu agama. Tanda orang ini ditakdirkan untuk jadi baik, Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT

Gagap, memang sah tidak boleh membaca Al Qur'an dengan lancar, bacaannya merangkak-rangkak tapi Alhamdulillah, diberikan kebijaksanaan menghafaz Al Qur'an biarpun sedikit. Cukuplah untuk dibaca dalam solat fardhu. Insya Allah.

Dakwah Islamiah, Pernulisan, Alhamdulillah. Ya Allah, hambaMu ini bersyukur dengan kelebihan yang Engkau anugerahkan ini.

Pernulisan memerlukan kemahiran dan kebijaksanaan bagi menyusun ayat. Seorang penulis juga perlu banyak membaca serta membuat kajian. Bukan semua orang boleh menulis dengan baik, meskipun dia adalah penceramah yang hebat lagi tersohor. Sebagai seorang penulis, kekuatan hati banyak membantu dan ia datang daripada hidayah Allah SWT. Alhamdulillah.

"......kalau kita buat apa yang Allah suka dan ingatlah bahawa dengan pertolongan Allah SWT, tiada apa yang mustahil. Perkataan mustahil itu hanyalah pada fikiran manusia, bukan pada pandangan Allah." Dr. Mohd Shafie Md. Amin.

Membawa Islam sangat berat amanah dan tanggungjawabnya. Sering diuji. Juga diragu-ragukan. Berdoalah kepada Allah SWT supaya ditetapkan iman. Bertenang dan bertawakallah selalu agar ujianNya mampu kita hadapi. Insya Allah.

Ya Allah, janganlah Engkau gelincirkan hatiku. Ya Allah, jagalah hatiku ini.. Ya Allah, kurniakanlah kebaikan beragama kepadaku. Ya Allah, berikanlah aku ilmu yang bermanfaat untuk bekalan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, terangkan hatiku untuk mudah menerima dan memberikan nasihat. Amin Ya Rabbal Allamin.

Wallahhua'lam.

26 September 2010

Persoalan Salam Dan Menjaga Pandangan

Soalan :

Bagaimana nak jaga pandangan sedangkan saya berhadapan dengan ramai lelaki sebagai pelanggan disebabkan saya berada di kaunter pertanyaan, sukar untuk mengelakkan daripada berurusan dengan lelaki. Saya terpaksa mengekalkan senyuman serta berpersonaliti ceria, mesra. Apabila mereka memberi salam,patutkah saya menjawabnya ?

Jawapan :

Apabila orang memberi salam maka kita jawab. Kalau orang itu memainkan salam, maka dia yang bertanggungjawab. Bukan salah kita. Cuma kita tidak mahu buruk sangka. Senyuman tidaklah menjadi satu kesalahan. Kalau senyuman itu hingga ke peringkat menggoda, maka lainlah hukumnya. Wallahhualam.
 
Jawapan disediakan oleh : Mohamad Hafiz Ng Abdullah (hhtp://www.hafizng.com/) JAIPK
Penyunting: Norfazihah Hani Binti Haji Abnol Kassim

24 September 2010

Kenyataan hidup

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.”


(Al-An’am : 162)

23 September 2010

Kesempurnaan....daripada facebook.....(editor)

Kesempurnaan, tiada manusia sesempurna akhlak Rasulullah SAW, tetapi kita boleh letakkan kesempurnaan di hati seandainya kita redha dan qanaah, cukuplah dengan apa yang Allah SWT berikan.Bukan bermaksud dunia ini ditinggalkan. Kejarlah keduniaan, kayakan harta. Gunakan ia untuk akhirat. Wallahhualam.

 kaya sebenarnya di hati, kalau kita rasa kita dah kaya, sangat-sangat kaya. mudah untuk kita memberi, mudah untuk kita syukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita.mudah untuk kita berkongsi apa saja.insya Allah,

Dia akan menambah nikmatNya kepada kita,insya Allah. "aku kaya" Alhamdulillah, kaya dengan kasih sayangNya, kaya dengan kebahagiaan, kaya dengan ketenangan. semuanya anugerah Allah SWT. Wallahhualam

 hahahaha, siapa nak jadi kaya?

saya

saya kaya, Alhamdulillah

 alhamdullillah...

Alhamdulillah

 tp ramai yg x tahu ... dunia ni jambatan tuk akhirat ....

mngambil sekadar yg perlu .... sudah sgt mencukupi ....


tidak menjadi kesalahan untuk kaya, contohnya kaya seperti Nabi Sulaiman, cuma cukuplah rasa kaya itu terletak di hati, baru syukur dan qanaah itu datang.Alhamdulillah.

 sebab tu dalam Islam ada ibadah zakat dan haji yang memerlukan harta dan peruntukan wang untuk menunaikannya , wajib dilakukan bagi yang mampu dan kaya

08 September 2010

Bebaskanlah cinta itu

Istikharah dan doa mengatakan dia adalah jodoh yang Allah SWT tetapkan buat saya, sememangnya kukuh dan melekat di hati sehinggakan saya berani untuk menyatakannya kepada dia. Kekuatan dan keberanian datang daripada Allah SWT. Saya juga seperti wanita lain, pemalu orangnya.

Bagi seorang janda seperti saya, perkahwinan bukanlah matlamat utama. Berani saya mengatakan saya tak nak kahwin sebenarnya. Saya mempunyai pengalaman pahit sepanjang perkahwinan yang lalu, boleh dikatakan ia menimbulkan trauma perkahwinan. Dengan keadaan diri, berat sebenarnya tanggungjawab yang bakal dipikul sebagai seorang isteri dan ibu. Saya akui saya tak mampu sebenarnya untuk memikul tanggungjawab tersebut. Perkahwinan yang lepas telah membuktikannya. Orang beriman tidak melakukan kesilapan berulangkali, kan ?

Perkahwinan yang lepas juga saya mulakan dengan solat sunat isthikharah dan doa tapi hati saya resah dan gelisah, tidak tenang seolah-olah ada ‘benda’ yang tak kena. Tapi apakan daya bagi seorang anak dara, ikut saja apa yang mak dan abah suruh.

Perkahwinan kami cuma bertahan beberapa bulan sahaja. Bagaimana perasaan seorang isteri pada masa tersebut, semestinya sedih dan menangis dengan trauma yang ditinggalkan.Tapi Alhamdulillah, banyak perkara yang saya dapat. Pengalaman jadi pengantin, urusan pejabat agama, peguam syariah, dan mahkamah syariah. Bukan semua orang dapat pengalaman begitu. Alhamdulillah, saya dapat. Pengalaman yang mendewasakan saya.

Adakah saya akan berkahwin semula? Biarlah Allah SWT menentukannya kerana Dia yang menjaga hati saya. Saya hanya mampu beristikharah dan berdoa kepada Allah SWT. Allah SWT telah menemukan ssaya dengan seseorang. Alhamdulillah, kami serasi sebagai kawan. Dia tahu saya sayangkan dia. Saya dapat merasakan dia menyayangi saya. Alhamdulillah, pengalaman banyak mengajar saya. Cuma mungkin masanya belum tiba untuk Allah SWT menyatukan kami sebagai suami isteri yang sah. Hidup kami penuh dengan tanggungjawab.

Allah SWT yang menemukan kami. Saya sebagai hambaNya hanya berusaha yang terbaik, berdoa dan berserah kepada Allah SWT. Bebaskan cinta itu, suatu masa nanti dia akan kembali kepada saya, insya Allah. Saya cukup yakin dengan istikharah dan doa saya kepada Allah SWT. Wallahhualam. Biarlah Allah SWT menentukan.

5.03pm
Sabtu
4/9/2010

06 September 2010

SALAM AIDIL FITRI

Tiada kata seindah bacaan Al Quran
Tiada ingatan secantik Zikrullah
Tiada mata secerah keikhlasan
Tiada kasih sebersih Rahmatullah
Hanya Dia Maha Mengatahui betapa sayangnya hati ini kepadamu
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir Dan Batin

02 September 2010

Cuti Raya

Cuti, cuti oh cuti. Hari Raya Aidilfitri yang dua hari itulah cuti saya dan ditambah hari kelepasan negeri Perak, iaitu hari Ahad. Insya Allah, dah cukup kerana ada peristiwa penting akan berlaku. Majlis perkahwinan adik saya, insya Allah pada 1 Oktober 2010. Menanti hari yang membahagiakan itu cukup mendebarkan bagi bakal pengantin. Boleh dikatakan setiap hari telefon sentiasa di tangan. Hahahaha.menanti saat disatukan sebagai suami isteri. Rindu-rinduan.