Mencari Redha Ilahi


27 Jun 2010

Novel

Pernulisan novel ? Sememangnya itulah cita-cita saya sejak dari mula saya menceburkan diri dalam bidang pernulisan pada 1998. Saya bermula dengan pernulisan sajak selepas memenangi Anugerah Khas di dalam Pertandingan Mendeklamasi Sajak Sempena Hari AIDS Sedunia peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera, Baling, Kedah. Itulah kenangan manis sewaktu sekolah kerana saya belajar aliran sains tulen. Alhamdulillah.

Lenggok bahasa yang saya gunakan setiap kali menulis sememangnya cantik dan sedap apabila dibaca. Ini diakui oleh ramai pembaca emel saya dan juga blog ini. Penjanaan idea juga kreatif dan menarik.

Cuma satu sahaja kelemahannya, saya tak pandai memanjangkan isi cerita. Ini mungkin disebabkan masih terikut-ikut dengan pernulisan sajak. Bagaimana nak mengatasi masalah tersebut?

Saya bercita-cita untuk menulis novel Islam, insya Allah suatu masa nanti tentang kehidupan saya. Kisah motivasi. Kecintaan saya kepada Allah SWT. Alhamdulillah, saya mendapat kebahagiaan tersebut. Kasih sayang Allah SWT terhadap saya terlalu agung dan tak ternilai harganya biarpun saya cuma OKU yang tiada apapun. Cacat, dipandang rendah, dihina, dan dibuang, dibenci manusia. Namun, Rahmat Allah kepada saya amat tinggi nilainya 

Alhamdulillah, saya menemui ketenangan hati dan rasa berTuhankan Allah SWT setiap detik. Dia tetap ada, tidak berpisah walau sesaatpun. Alhamdulillah. Allah sentiasa bersama. Mintalah kepada Dia kerana Dia Maha Pengasih dan Maha Menyayangi setiap hambaNya yang dekat kepadaNya. Seandainya perkara tersebut baik untuk kita, insya Allah, Dia pasti akan menunaikannya cuma perlukan kesabaran dan teruskan usaha. Namun, seandainya perkara itu tidak baik untuk kita, pasti ada ganti yang lebih baik. Itu janjiNya buat kita.

Kalau minta dengan orang, belum tentu orang nak bagi tau. Kedekut betullah orang ni kan,kan,kan. hehehe. Betul tak?

Wallahu’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan